Google+ Followers

Friday, 16 January 2015

Surat Zahid hanya penjelasan dan bukan sokongan (Full statement)

Lokasi : Kemen Dalam Negeri, Putrajaya

Acara : Sidang media khas oleh Menteri Dalam Negeri

Tarikh : 15/1/2015


Ringkasan kepada kenyataan media DS Zahid Hamidi

1. Surat kepada FBI bertarikh 18/12/2014

2. bertujuan menjelaskan status rakyat malaysia bernama Paul Phua Wei Seng yang sedang dibicarakan di USA atas tuduhan perjudian haram

3. sebagai menteri KDN, Zahid telah menjelaskan, bukan menyokong, status Paul Phua dan triad 14K seperti yang dinyatakan oleh KPN

4. tidak ujud triad 14K di Malaysia

5. Paul Phua bukan terlibat dengan 14 di Malaysia

6. Zahid tidak dapat mendedahkan kandungan surat mengenai Paul Phua yang membantu urusan keselamatan kerana ianya berstatus rahsia besar dan melibatkan keselamatan negara (OSA)

7. atas budibicara, Zahid mengeluarkan surat penjelasan dan bukan surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua seperti yang dilaporkan portal berita

8. Zahid mengulangi bahawa beliau akan tetap membenteras gejala gangsterism, judi, dadah dan aktiviti hingga jenayah hingga keakar umbi di Malaysia

9. kerajaan tidak akan melindungi individu seperti Paul Phua yang mungkin terlibat dalam organisasi jenayah

10. kabinet telah menerima baik penjelasan Zahid

11. min 4.55 Menteri-Menteri Dalam Negeri yang terdahulu (sebelum beliau) telah mengeluarkan surat penjelasan berdasarkan kepada kuasa pada menteri KDN...Zahid menandatangi surat tersebut bersandarkan kuasa tersebut

12. permohonan untuk mendapatkan surat penjelasan dibuat oleh firma guaman USA melalui firma guaman di Malaysia dan bukanya melalui saluran rasmi kerajaan





File pic.