Google+ Followers

Wednesday, 11 February 2015

Bakal ada perebutan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen ?

Lokasi : Pusat Media, Ibupejabat Keadilan, Merchant Square, Selangor

Acara : Sidang media pimpinan Keadilan

Tarikh : 10/2/2015


Azmin Ali menolak kemungkinan beliau menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen secara otomatik kerana menurut beliau ada ramai pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang berkelayakan untuk dipertimbangkan secara konsensus.

Namun kesemua ini bergantung kepada kesudahan kemelut dalaman Pakatan Rakyat. Secara amalan pihak yang mempunyai kerusi paling banyak dikalangan pembangkang akan diberi kerusi Ketua Pembangkang. DAP mempunyai kelebihan tersebut.

Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat dijadualkan pada hari Jumaat ini dijangka akan membincangkan antara lain kedudukan Ketua Pembangkang. Jadi buat masa ini memang sukar buat Azmin Ali untuk menyatakan pendirian beliau secara jelas selagi isu kerjasama dalam Pakatan Rakyat tidak diselesaikan dahulu.



1
 2