Google+ Followers

Friday, 6 March 2015

Akaun Rahsia PMO ? Ketua Pengarah Biro Tata Negara diheret ke SPRM

Lokasi : SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane, KL

Acara : Laporan SPRM keatas Ketua Pengarah Biro Tata Negara

Tarikh : 5/3/2015


Sudah berbulan Rafi Awang Kechik membuat pendedahan dan serangan keatas Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Datuk Raja Arif bin Raja Ali.  Serangan bertambah hebat sejak penyambungan kontrak Raja Arif sebagai Ketua Pengarah BTN.

 Hari ini pengadu mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendedahkan keborokan dan salahguna kuasa dalam urustadbir BTN.

Apa motif sebenar laporan ini ? Adakah ianya bertujuan untuk mendapat perhatian Perdana Menteri yang dikatakan tidak langsung memperdulikan suara rakyat dan hanya mendengar dan mengikuti telunjuk segelintir orang yang rapat dengan beliau, selain daripada isu Raja Arif ?

Rafi berjanji akan melakukan banyak lagi pendedahan salah laku dalam urustadbir agensi kerajaan yang lain demi rakyat, sekira nya Perdana Menteri tidak mengambil langkah pembetulan.

Nampak gayanya nekad betul si pengadu untuk 'meperbetulkan' urustadbir agensi kerjaan sehingga mendedahkan Akaun Rahsia Pejabat Perdana Menteri sebagai sandaran kepada tuduhan beliau keatas Raja Arif... Ikuti rakaman video berikut..
  


1

2
 3