Saturday 28 March 2015

Gerakan rakyat hilang fokus, Anwar sudah tidak relevan ?

Lokasi : Air Terjun depan Dataran DBKL dipersimpangan Jalan TAR dan Tun Perak

Acara : Perkhemahan seminggu mendesak perletakan jawatan Ketua Polis Negara

Tarikh : 27/3/2015


Perkhemahan bermula dari hari Sabtu lepas dengan tujuan mendesak perletakan jawatan oleh TS Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara. Malam kelmarin telah berlaku kekecohan disini apabila beberapa orang Penguatkuasa DBKL diserang dan dipukul oleh peserta haram perkhemahan ketika mereka cuba menarik turun kain rentang yang dipasang.

Sebentar tadi pula sekitar jam 945 pm, aktivis Hishamuddin Rais telah di 'culik' oleh sepasukan orang yang tidak dikenali yang menaiki kereta Honda betul-betul dipersimpagan Jalan TAR / Jalan Tun Perak dihadapan tontonan semua yang berada dilokasi. Hishamuddin yang dalam perjalanan ke lokasi telah ditarik atau 'di-bundled-in' kedalam kereta yang memecut kearah Pudu. Mereka dipercayai anggota Polis Cawangan Khas menurut beberapa rakan wartawan yang bertugas dilokasi. 

Isu Anwar nampak nya semakin tenggelam dengan pelbagai isu lain yang dibawa peserta yang berfahaman lain dari penyokong Keadilan... Di lokasi ada yang bawa isu GST dan isu Ketua Polis Negara .. Banner #march2freedom langsung tidak kelihatan.. Program berlilin di Sg Buloh pun sudah seminggu dihentikan setelah tiada sambutan ...  Kecuali Nurul Izzah yang turun membaca sajak pada malam pertama, tiada laporan diterima yang menunjukkan anak-anak Anwar membuat kunjungan lanjut ke tapak lokasi. Gerakan rakyat nampak nya sudah fragmented dan tidak fokus pada satu isu utama.

1
 2
 3
 4
 5 
 6
 7  Kaunter mengumpul tandatangan untuk pembebasan Anwar ditutup awal. Tunggu lama pun tak berguna lagi dah setelah berita permohonan pengampunan dilaporkan telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan.
 8
 9
 10
 11
 12

2 comments:

  1. Hishamuddin Tukar Tiub sepatutnya sudah lama di cekup,jangan di Isakan tapi di dakwa kerana kesalahan menghasut merusuh jalanan.Menukar kerajaan melalui demonstrasi jalan raya merupakan hasutan beliau pada rakyat dari dulu kini dan selamanya.Satu kesilapan Mahahtir kerana membenarkan beliau pulang kenegara ini tanpa sebarang tindakan,kalau tidak beliau terus merempat di negara orang.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya makin ramai yg sedar kerja2 bodoh tu memang tidak berfaedah. Minta siapa pecat igp? Minta pada najib? Atau minta kepada orang ramai? Real bodoh!!! Mana mungkin kerajaan akan pecat igp sebab igp buat kerja ikut spek. Dah la para bangang sekelian, balik rumah tidur, lepas tu buat kerja cari rezeki macam biasa. Anwar sudah tidak relevan, sudah tua dan sudah tidak mampu buat apa2 utk kamu.

    ReplyDelete