Saturday 7 March 2015

Sabbaruddin hanya geram dengan Hasan Malek, bukan Rosmah atau pun Najib

Lokasi : Zam Zam Cafe & Satay Club, Damansara, Selangor

Acara : Pelancaran buku "MEMBONGKAR SKANDAL DEEPAK & BANK RAKYAT"

Tarikh : 4/3/2015



Saya masih belum berkesempatan membaca habis buku Membongkar Skandal Deepak dan Bank Rakyat ini tetapi daripada bacaan yang telah saya buat dan melalui kenyataan yang diperolehi daripada Tan Sri Sabbaruddin Chik dalam sesi sidang media dapat saya membuat rumusan berikut :

1. buku ini tidak bertujuan menjatuhkan kepimpinan Najib Razak

2. Sabbaruddin Chik sendiri tidak mengetahui bahawa Menteri KPDNKK, Hasan Malek ada lah sepupu kepada Rosmah Mansor and the board of directors was not intimidated by Rosmah.

3. Pihak Lembaga Pengarah Bank Rakyat telah menuntut Deepak membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM5 juta sebagai "show of sincerity" dalam membuat pembayaran balik pinjaman berbaki RM32 juta dan baki nya dibayar secara ansuran.

4. Hasan Malek telah mencampuri urusan pentadbiran dengan 'memaksa' Pengerusi Bank Rakyat dan lembaga pengarah untuk menerima pembayaran melalui 120 keping post dated cheques. Cara begini bukan amalan Bank Rakyat dalam menuntut pembayaran semula hutang.

5. Setelah berlaku perselisihan faham mengenai skim bayaran balik pinjaman Deepak, Menteri KPDNKK tidak memperbaharui kontrak Pengerusi Bank Rakyat . Kini setelah hampir setahun setelah kerusi Pengerusi dikosongkan , masih belum ada pengganti yang dilantik oleh Menteri KPDNKK.

6. Jelas Sabbaruddin Chik begitu geram dengan tindakan Menteri KPDNKK memecat beliau tanpa pertemuan empat mata dan tanpa memberi peluang membela diri. Beliau juga kecewa Perdana Menteri yang beliau kenal rapat tidak langsung menunjuk minat untuk mengetahui apa yang berlaku kepada beliau.

Buku ini kini boleh diperolehi dari Pustaka Mukmin, Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan harga RM30 senaskah.




1
 2
3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
19
 20
 21
 22


5 comments:

  1. Mcm cerita p ramlee daaaa... Penyamun lama marah kat penyamun baru.... Penyamun baru baru nak kaya penyamun lama tak cukup cukup nak kaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyamun lama masih nak mengamuk sakan..tanpa pencen... dahlah penyamun ...tamak pulak... Yg hadir tu semua semacam ...juga... Tak puas puas nak ....

      Delete
  2. Keling overide semua orang daa....

    ReplyDelete
  3. Mahal betul....adui

    ReplyDelete
  4. Nampak gaya....mereka ni kumpulan samdol.....si Tamrin yg selalu jiwa kacau pun ada... Si katak lompat pun ada... dah macam caca murba..daa..Nasib baik mereka dah tiada dalam gov... kalau tidak...hmmm

    ReplyDelete