Google+ Followers

Wednesday, 1 April 2015

Ahli Parlimen merayu minta dihormati pegawai penjara

Lokasi : Pintu utama Penjara Sg Buloh, Selangor

Acara : Cubaan Ahli Parlimen Pakatan untuk melawat Anwar Ibrahim

Tarikh : 31/3/2015


Hakikat nya pihak Penjara Sg Buloh tidak pernah memberi kelulusan atau persetujuan untuk membenarkan Ahli-ahli Parlimen Pakatan berjumpa dan 'bermesyuarat' dalam penjara. Namun notis yang diberi Wan Azizah terbukti satu penipuan dan penganiyaan kepada 'rakan-rakan media' yang turun membuat liputan. Sudah pasti Kak Wan mengetahui bahawa pihak penjara tidak memberi sebarang kelulusan walaupun permohonan telah dibuat. Ini diakui sendiri oleh MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar.

Alasan yang diberi Shamsul Iskandar untuk mereka meneruskan agenda berjumpa Anwar ialah kerana beliau masih lagi Ketua Pembangkang di Parlimen dan banyak perkara yang perlu diputuskan setelah mendapat persetujuan Anwar.

Sekiranya pihak penjara membenarkan pertemuan hari ini, ianya akan menjadi teladan atau precedent kepada banduan-banduan berprofil tinggi yang lain. Nanti ada pula Pengarah Urusan yag dipenjarakan memohon untuk mengadakan AGM dalam penjara.





1
 2
 3
 4
 5