Google+ Followers

Sunday, 12 April 2015

Musa Hassan anggap Tun M tidak menghasut tetapi cuma bertanya dan bukan menuduh

Lokasi : Shah Motel, Petaling Jaya, Selangor

Acara : Sidang media oleh Tan Sri Musa Hassan mengenai POTA (2015) anjuran
NGO, Malaysian Crime Care Community (MCC)

Tarikh : 9/4/2015


Rakyat Malaysia boleh mengkritik kerajaan kalau mereka rasakan kerajaan melakukan perkara yang tidak betul tetapi tidak lah sehingga menghasut orang ramai untuk membenci seseroang pemimpin atau kerajaan. Tan Sri Musa berpendapat bahawa Tun Dr Mahathir bukanlah 'political extremist' kerana teguran beliau tidak berbentuk hasutan dan hanyalah berbentuk pertanyaan untuk mendapatkan penerangan dari pihak kerajaan.

Dalam isu 1MDB kerajaan telah pun memberi jawapan bahawa auditor akan menyiasat , jadi kita tunggu lah untuk laporan auditor. Dalam polimik Sirul pula, Musa memberi nasihat untuk laporan Polis dibuat segera sekiranya ada bukti dan keterangan baru kerana kes tersibut telah pun disiasat rapi dan diputuskan oleh Mahkamah.

Dalam isu Altantuya, Tun Dr Mahathir tidak menuduh Najib terlibat tetapi beliau hanya meminta penjelasan. Oleh itu tidak timbul isu beliau menghasut sesiapa untuk menuduh Najib terlibat.