Tuesday 14 April 2015

PAS akan bantu PKR di Permatang Pauh

Lokasi : Pusat media, Pejabat Agung PAS, KL

Acara : Sidang media selepas mesyuarat bulan jawatankuasa pengurusan PAS Pusat

Tarikh : 13/4/2015


Boleh juga rujuk kepada komen-komen awal di
My FB Quick Entry


Keputusan yang diambil dalam mesyuarat hari ini ialah:

1. PAS akan bertanding dalam PRK Rompin dan Pengurus Pilihanraya islah Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Man Tuan Ibrahim. PAS akan bantu calon PKR dalam DUN Muazzam, salah satu dari tiga DUN dalam Parlimen Rompin (DUN Tioman dan Bukit Ibam ditandingi calon PAS)

2. PAS juga akan turun membantu calon PKR di PRK P.044 Permatang Pauh yang akan di urus oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mat Sabu

3. PAS juga akan turut mengambil bahagian dalam himpunan mega Anti GST  pada 1/5/2015 kelak



1
 2
 3
 4
 5
 6


10 comments:

  1. Padan muka....dulu sayang UMNO dah bertukar benci...macam mana chai chai upahan UMNO sekarang? Nak salah siapa? Tun Mahathir?

    Kemarahan rakyat akan di terjemahkan pada P.Pauh , silap haribulan rompin pun UMNO bungkus kalau PAS, ISMA, PERKASA dan lain2 parti melayu bersatu.

    Lambung la lagi tinggi tinggi Najib tu!

    ReplyDelete
  2. Bungkus jangan x bungkus bro..yang menaikkan Mamak@Tun M tu pun parti Melayu@UMNO..Mamak Mudah Lupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ni Gabenor Johor, apa yang Tun Dr. Mahathir persoalkan itu ada kaitan dengan kepentingan rakyat. Macam isu 1MDB itu, jumlah wang terlibat bukannya sedikit, tetapi RM 45 bilion. Jumlah RM 45 bilion itu boleh bina ratusan hospital, ribuan klinik, ribuan sekolah, ribuan ibu pejabat polis, ribuan balai bomba, ribuan bangunan-bangunan kerajaan, malahan berpuluh ribu rumah kos rendah boleh dibina dengan jumlah RM 45 bilion itu. Isunya juga bukanlah kerana angka RM 45 bilion itu, tetapi isu yang sebenarnya adalah apa dah jadi dengan RM 45 bilion itu, hingga kini tak diketahui apakah yang sebenarnya yang berlaku dengan RM 45 bilion itu, malahan tak tahu di manakah RM 45 bilion itu, dan tak apakah yang diperbuat dengan RM 45 bilion itu.

      RM 45 bilion itu adalah wang negara Malaysia, bukannya wang Najib atau wang Shahrir Samad, atau wang Lokman Nor Adam, atau wang Mat Lebai Bukit Lada, atau wang Hishammuddin, atau wang Pemuda UMNO, atau wang Tengku Adnan, atau wang Hassan Malek, atau wang Rosmah, tetapi RM 45 bilion itu adalah wang negara Malaysia, wang untuk pembangunan negara Malaysia bukannya wang milik Najib atau kuncu-kuncunya untuk dibiarkan lingkup tanpa diketahui apa yang terjadi dengan wang itu.

      Ada yang mengaitkan dengan kerugian di zaman Tun Dr. Mahathir, tetapi kerugian yang berlaku di zaman Tun Dr. Mahathir kita tahu apa sebabnya, macam kerugian pasaran niaga hadapan timah di Bursa Logam London, kita tahu bahawa kerugian itu disebabkan penipuan oleh pihak Bursa Logam London yang hanya memperdagangkan kertas yang ditulis berapa tan timah, bukannya timah sebenar. Niat kerajaan pada masa itu adalah untuk menstabilkan harga timah, tapi menjadi mangsa penipuan oleh Bursa Logam London yang menggunakan undang-undang untuk menipu negara.

      Inilah bezanya kerugian di zaman Tun Dr. Mahathir yang kita tahu kerajaan bukannya suka-suka merugikan wang negara itu, tetapi nak memulihkan harga pasaran timah kerana Malaysia adalah antara pengeksport terbesar timah dunia pada masa itu, tetapi menjadi mangsa perundangan akibat permainan licik Bursa Timah London.

      Bukannya macam 1MDB, tak tahulah ke mana wang itu lesap sekarang ini, apakah masih ada tersimpan di mana-mana atau telah lesap seperti asap begitu sahaja. Malahan tidak diketahui juga apa yang dibuat dengan RM 45 bilion itu, kemudian urus niaga yang merugikan negara seperti pihak yang menguruskan hutang 1MDB iaitu Goldman Sachs yang diberikan komisen 10% dari jumlah hutang yang diuruskan, ingat bahawa 10% itu bukannya bayaran faedah, tapi adalah komisen pengurusan hutang, faedahnya lain pula.

      Lihatlah, dalam isu bayaran komisen itu sahaja pun sudah berbilion ringgit kerugian kepada negara Malaysia dan rakyatnya. Begitu juga dengan Jho Low yang menguruskan dana pelaburan 1MDB, menjadi kemuskilan kepada kita siapakah Jho Low ini sebenarnya? Apakah dia Ketua Pegawai Kewangan (CFO) kepada 1MDB hingga boleh sesuka hati menguruskan dana berpuluh bilion ringgit milik 1MDB? Apakah Jho Low ini salah seorang pegawai atau kakitangan 1MDB? Kalau bukan mengapakah dia boleh masuk campur dalam pengurusan kewangan 1MDB hingga sebegitu rupa? Apakah fungsi pegawai-pegawai atasan yang dibayar gaji berpuluh ribu ringgit sebulan oleh 1MDB jika mereka tidak tahu untuk menguruskan dana itu? Apakah 1MDB melantik orang-orang yang bodoh yang tak tahu apa-apa untuk menjadi pegawai atasan dan melingkupkan ratusan ribu ringgit setiap bulan untuk bayar gaji mereka itu?

      Bersambung...............

      Delete
    2. Sambungan .....................



      Lagi satu pertanyaan, mengapakah dana USD 1.103 bilion yang bersamaan lebih kurang RM 4 bilion yang kononnya dah ditebus di Cayman Island disimpan di Singapura? Ada yang kata peraturan di Malaysia memerlukan pengeluaran melebihi RM 50 juta perlu mendapat kelulusan Bank Negara, apakah Bank Negara susah sangat nak beri kelulusan kepada syarikat berkaitan kerajaan? Malahan jika nak disimpan di Singapura pun, mengapakah tidak disimpan di Maybank Singapura yang merupakah bank yang pegangan ekuitinya dikuasai oleh kerajaan Malaysia, mengapakah perlu disimpaan di BSI Ltd.? Apakah 1MDB dan Najib sendiri tak yakin dengan kemampuan Maybank menguruskan dana berjumlah USD 1.103 bilion itu dan memandang rendah akan keupayaan Maybank? Kalau nak kata kerana nak mendapat faedah tukaran wang asing, itu tak masuk akal kerana wang yang disimpan adalah dalam USD, nilainya tetap dengan nilai USD, maka sila beri penjelasan jika ada jawapannya.

      Jika Gabenor Johor boleh menjawab isu yang saya utarakan ini, di mana isunya sama dengan isu yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir, dengan memberikan jawapan yang sahih beserta bukti yang berkredebiliti, maka hari ini juga saya akan buat sepanduk besar menyatakan sokongan kepada Najib dan akan berkempen supaya menyokong 1MDB dan Najib.

      Jika Gabenor Johor gagal menjawab soalan ini, sila Gabenor Johor menilai semula sokongan terhadap Najib adalah kerana Gabenor Johor menyokong membuta tuli tanpa berfikir atau Gabenor Johor menjual maruah diri kepada Najib kerana habuan tertentu.

      Ini cabaran saya kepada Gabenor Johor, jika benar manusia yang bermaruah, punya harga diri, sila jawab soalan saya ini. Jika tak ada jawapan pun, mengaku salah dan menjelaskan mengapa kamu menyokong Najib secara membuta tuli sebelum ini.

      Delete
  3. Kalau diadakan piliharaya sekarang ini, berkemungkinan besar Barisan Nasional akan tumbang dalam PRU itu, kerana bukannya kuatnya PAS, PKR, dan DAP, tetapi kerana Barisan Nasional sudah dilemahkan oleh kepimpinan atasan Barisan Nasional sendiri yang merupakan pengkhianat terhadap parti.

    Pemuda UMNO boleh julang Najib dan lambung Najib tinggi-tinggi, tetapi itu semua tidak boleh mengabui hakikat sebenar kegagalan Najib hingga mendatangkan mudarat kepada negara dan rakyat. Lagi lama dijulang, lagi lama dilambugn, lagi tinggi di lambung, kerana undi dari pengundi yang makin hari makin benci kepada sikap hipokrit puak-puak Najib dan Najib sendiri itu, maka Najib boleh jatuh terjelepuk hingga mampus kerana tinggi sangat dilambung dan tidak disambut oleh puak pemuda yang mata duit yang lari ke pihak lain lepas Najib tak ada kuasa apa-apa lagi.

    Semua ketua bahagian dan pemimpin parti komponen yang menjadi pak turut dan tukang ampu kerana mendapat habuan tertentu dari Najib boleh memberikan sokongan yang begitu padu kepada semua kegagalan dan kemusnahan Najib ini yang mereka katakan kejayaan yang maha cemerlang itu, tetapi sokongan rakyat yang merupakan pengundi yang akan mengundi sudah tidak mempercayai terhadap Najib lagi sekarang ini kerana dia sememangnya pemimpin yang tak bertanggungjawab dan jenis lepas tangan yang hanya tahu menyusahkan rakyat dan melingkupkan negara ini kerana syok sendiri.

    ReplyDelete
  4. Birlah najib merasa syok sendiri diampu oleh menteri dan ketua-ketua bahagian..Yang akan mengundi pada PRU akan datang bukan menteri dan ketua bahagian saja tapi rakyat malaysia keseluruhannya. Rakyat sekarang bukan bodoh tak tahu apa-apa. tapi mereka adalah pemerhati keatas apa yang berlaku sekarang ini dan akan menterjemahkan dalam undi PRU akan datang. Kalau masih dalam sikap play safe dan kaki mengampu terimalah akibatnya. Aku ni tidak lah pandai matematik tapi aku kira-kira bodoh lebih kurang macam ini sahaja

    Kerajaan Bagi BRIM RM 1,200.00 Setahun itu paling tinggi lah

    Perbelanjaan sebulan RM 1,800.00 X 6% GST = RM 1,908.00

    Bayar GST sebulan RM108.00 X 12 Bulan = RM 1,296.00

    Bayar GST setahun RM 1,296.00 Tolak BRIM RM1,200 .00 = Baki RM 96.00 Kita kena tambah bayar duit poket sendiri

    ini sudah namanya tidak membantu rakyat tapi menyusahkan rakyat.... pikir sendirilah

    ReplyDelete
  5. Ini lagi KWSP nak tahan duit orang nak pencen 55.mana logiknya budak sekolah pun kena cukai gst .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cukup dengan itu, nak jual aset di UK kononnya dah matang, kalau aset itu mengalami kerugian tak apalah jual, tapi kalau aset itu masih mendatangkan keuntungan, maka jutaan pencarum KWSP kerugian. Mungkin penjualan aset KWSP kepada 1MDB sebagaimana jualan tanah di TRX, jual harga murah kepada 1MDB kononnya syarikat kerajaan juga, tapi yang rugikan pencarum KWSP. Sedarlah semua bahawa Najib hanya syok sendiri disokong oleh beberapa orang ketua bahagian, beberapa orang parti komponen serta beberapa orang pimpinan Pemuda UMNO, itu sahajalah, sedangkan berjuta-juta orang temasuk kanak-kanak pun mahu Najib berundur dari jawatan perdana menteri kerena kanak-kanak beli coklat dan mainan pun kena GST.

      Apa yang pastinya sekarang ini adalah Najib perlu berundur segera dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO sekiranya tidak mahu sesuatu yang dahsyat berlaku dalam PRU 14 yang akan memberikan cop di muka Najib bahawa dia adalah punca kehancuran dan kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional dalam PRU 14 kelak.

      Delete
  6. Mana Gabenor Johor? Pasal apa tak jawab soalan yang diberikan? Tadi berdegar-degar hina Tun Dr. Mahathir, tapi bila kita minta dia berikan jawapan entah lari melingkup ke mana pun tak tahulah.

    ReplyDelete
  7. Har har har har har belum apa-apa dah kena boikot http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pas-leaders-absent-from-pkr-campaign-launch-in-permatang-pauh-bernama. PAS mungkir janji

    ReplyDelete