Google+ Followers

Tuesday, 14 April 2015

Pemuda UMNO tidak mahu terperangkap dalam 'Denial Syndrome'

Lokasi : Dewan Tun Hussein 2, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Pertemuan khas Pemuda UMNO dengan PM Najib Razak

Tarikh : 13/4/2015


Boleh juga rujuk kepada komen-komen awal di
My FB Quick Entry

Secara ringkas nya apa yang saya fahami dari sesi sidang media adalah:

Pemuda UMNO menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Presiden UMNO selepas satu perjumpaan khas untuk mendapat penerangan dan penjelasan mengenai isu-isu semasa.

Dalam perjumpaan tertutup lebih satu jam tersebut, Presiden UMNO diberitakan telah memberi penjelasan mengenai isu 1MDB, isu Altantuya, isu jet kerajaan, isu jambatan bengkok, isu GST, isu ekonomi dan lain-lain isu semasa.

Isu yang diberi penjelasan kebanyakan nya bertumpu kepada soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir. Presiden UMNO bersetuju untuk mempercepatkan pengauditan 1MDB dan mengambil tindakan tegas keatas mereka-mereka yang didapati menyeleweng

Pemuda UMNO menyarankan kepada Najib untuk mendekati rakyat dan meneruskan usaha-usaha penerangan kepada setiap lapisan masyarakat khususnya ahli UMNO untuk memberi penjelasan dalam isu-isu semasa.

Menurut Khairy cabaran yang dihadapi amat besar dan Pemuda UMNO tidak mahu terperangkap dalam 'sindrom penafian' walaupun mereka percaya dan yakin dapat atasi segala  masalah masa ini setelah menerima dengan positif segala penjelasan daripada Presiden UMNO.

 Khairy juga menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa sokongan yang diberikan adalah palsu kerana kebanyakan mereka yang memberi sokongan adalah mereka yang berpangkat dan berjawatan dalam parti.

Khairy berpendapat bahawa cabaran yang dihadapi UMNO kini tidak lah sehebat cabaran yang dihadapi semasa zaman permulaan reformasi dahulu dan amat yakin UMNO dapat melayari cabaran yang dihadapi sekarang.

Presiden UMNO seterusnya menegaskan bahawa beliau bertanggungjawab kepada rakyat dan parti dan bukan kepada mana-mana indivdu dan akan hanya menjawab kepada parti dan rakyat.


Ikuti rakaman video penuh sesi Sidang Media untuk mendapat penjelasan sepenuhnya

 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23