Google+ Followers

Saturday, 11 April 2015

POTA dari kacamata Tan Sri Musa Hassan

Lokasi : Shah Motel, Petaling Jaya, Selangor

Acara : Sidang media oleh Tan Sri Musa Hassan mengenai POTA (2015) anjuran
NGO, Malaysian Crime Care Community (MCC)

Tarikh : 9/4/2015



Tan Sri Musa Hassan, mantan Ketua Polis Negara berpendapat bahawa POTA amat-amat diperlukan oleh PDRM dalam berhadapan dengan ancaman pengganas yang terhasil dalam gerakan IS (Islamic States). Namun beliau masih berharapan bahawa ISA atau undang-undang sampingan yang terkandung didalam ISA dapat dikembalikan bagi melengkapkan PDRM dengan persenjataan undang-undang. POCA (Prevention of Crime Act), EO (Emergency Ordinance) dan AMLA (Anti Money Laundering Act) adalah tools yang diperlukan PDRM dalam menjalankan operasi pencegahan jenayah, subversif dan keganasan dengan effektif.

Perbezaan utama diantara POTA dan ISA ialah dibawah POTA kuasa menahan dan menangkap mereka yang disyaki hanya boleh dikeluarkan oleh satu majlis khas yang akan dibentuk apabila POTA dikuatkuasakan nanti. Ianya tidak lagi terletak sepenuhnya kepada budibicara seorang Menteri KDN yang bakal mengundang tuduhan salahguna kuasa.


Ikuti penerangan penuh oleh Tan Sri Musa Hassan perihal POTA dan undang-undang yang diperlukan PDRM dalam menjalankan tanggungjawab mereka


1
 2
   3
 4
5