Google+ Followers

Sunday, 12 April 2015

Syed Ali Al-Habshee - TV3 jangan jadi batu api pecah belahkan rakyat dan orang UMNO

Lokasi : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Acara : Sidang media khas UMNO W.Persekutuan bagi menyatakan sokongan penuh kepada
kepimpinan Perdana Menteri DS Najib Razak

Tarikh : 11/4/2015


Ketua UMNO Cheras dan juga Setiausaha UMNO W.Persekutuan, Datuk Syed Ali Al-Habshee meminta media arus perdana terutamanya TV3 jangan melaga-lagakan Tun Dr Mahathir dan Najib. Razak kerana ianya akan menyebabkan perpecahan dikalangan rakyat dan ahli UMNO sendiri. Kedua dua mereka mempunya penyokong mereka tersendiri dan jika penyokong Tun pula bangkit menyerang adalah dikhuatiri keadaan akan menjadi lebih parah untuk UMNO dan BN.

Sejak kebelakangan ini TV3 banyak menyiarkan pandangan orang ramai yang tidak relevan bertujuan  menyerang teguran Tun Dr Mahathir sehingga pandangan KITA pun diberikan airtime. Siapa itu KITA yang penting sangat untuk diminta pandangan... tanya Syed Ali sebelum rakaman dibuat.


Ikuti rakaman kenyataan penuh oleh Syed Ali