Sunday 3 May 2015

PRK P.44 - Pemuda Pakatan berdolak dalik dan masih dalam denial syndrome

Lokasi : Pak Long Corner, Penanti

Acara : Sidang media Pemuda Pakatan Rakyat

Tarikh : 2/5/2015

Q.1) boleh komen sikit tentang demo oleh pas cawangan bagan?

"Saya tak pasti sama ada demo itu atas keputusan yang rasmi di negeri terbabit

Yang keduanya. Apabila PAS telah memutuskan pada 13 April 2015 yang lepas bahawa PAS akan membantu PKR di Permatang Pauh

Jadi mana-mana keputusan yang bertentangan dengan keputusan PAS Pusat adalah terbatal

Itulah keputusan dan itu pandangan saya tentang perkara ini

Q.2) adakah akan dikenakan tindakan?

"Itu bergantung kepada laporan yang dibuat, kita tidak tahu apa laporan yang telah dibuat

Kalau dengan pengetahuan PAS Pusat, kita tidak benarkan (himpunan itu)

Q.3) kenapa AMK tak nak minta maaf

Nik Nazmi

Saya ingat hari ini kami semua ada bersama dengan saya dan juga saudara Suhaizan

Kita buat kerja bersama fokus untuk menangkan calon Pakatan sama ada di Permatang Pauh atau di Rompin

Jadi kita bergerak ke depan (move forward)

Kita bergerak ke depan, dan kita fokus untuk menangkan calon di Rompin dan Permatang Pauh

 Q.4) pemimpin mungkin nampak ok, bekerjasama tapi di bawah ada lagi yg taknak bekerjasama antara pkr dn pas

Saya turun ke bawah saya tak nampak isu itu, respon akar umbi PAS dan juga DAP sangat positif

Kita teruskan kerja kita

Q.5) kenapa amk susah sgt nk minta maaf?

Itu kena tanya pada orang itu, sebab itu bukan kenyataan rasmi AMK

Kenyataan itu bukan dibuat atas nama AMK

###



1
 2
 3
 4
 5


1 comment:

  1. Dari awal lagi perkahwinan 3 pihak ini memang lakonan,'bersetuju utk tidak bersetuju' kononnya.Apa pun rakyatlah yg kena bijak memilih,kalau tersilap pilih diri sendiri dan anak cucu lah yg bakal menjadi mangsa.Jika Rakyat cerdik mana-mana parti pun kena menjadi baik agar tidak di pinggirkan oleh rakyat yg sudah cerdik,tapi kalau rakyat bodoh,parti yg lebih teruk dari ini pun akan terpilih.

    ReplyDelete