Google+ Followers

Wednesday, 6 May 2015

PRK P.44 - Penceramah MCA kena serang selepas dituduh makan taik

Lokasi : MCA Sama Gagah, DUN Permatang Pasir

Acara : Sidang media MCA mengenai serangan keatas penceramah mereka

Tarikh : 5/5/2015


Kejadian berlaku selepas ceramah kelompok MCA di Seberag Jaya. Penceramah jemputan dari Kedah, Dr Leong Weng Kuang hampir-hampir dibelasah oleh tiga orang (Cina) yang duduk bersama hadirin yang lain.

Selesai berceramah Dr Leong turun pentas dan bersalaman dengan mereka yang hadir tetapi tiga lelaki Cina terebut telah melakukan provokasi dengan berkata "Doktor tiada otak kerana makan taik". Tuan rumah majlis yang juga pengadu masuk campur untuk melerai dan menyelamatkan Dr Leong, tetapi berlaku tolak menolak dan beliau telah ditumbuk dan baju ditarik sehingga koyak.

Laporan Polis telah pun dibuat tetapi setakat masa sidang media tiada tangkapan dibuat lagi.


1
2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
10
 11
 12
 13
 14