Google+ Followers

Tuesday, 5 May 2015

PRK P.44 - Usahawan ahli PKR dakwa dianiaya pemimpin PKR negeri

Lokasi : Kovil Karumariaman, Seberang Jaya

Acara : Aduan oleh ahli PKR yang dianiaya pemimpin PKR negeri

Tarikh : 4/5/2015



A.Vigneswaran  seorang pengusaha perniagaan cuci kereta mendakwa telah dianiaya oleh pemimpin PKR, secara khususnya oleh Dr Afif Bahardin, ADUN Seberang Jaya merangkap EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Bandar dan Kesihatan

Beliau mendakwa telah dipaksa tutup perniagaan disebabkan  tapak perniagaan yang dibenarkan pada asal oleh Timbalan Ketua Mnteri II, Prof Dr P.Ramasamy merangkap Exco Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknoloji dan Innovasi, telah ditarik balik dan dibatalkan oleh Dr Afif tanpa sebarang sebab.

Vignes yang juga ahli PKR Ranting Jalan Tenggiri adalah seorang OKU yang mengalami kecacataan kekal dikaki kanan disebabkan kemalangan merasa begitu tertekan dan menganggap Dr Afif te;ah melakukan satu tindasan dan diskriminasi kaum. Beliau menuntut penjelasan segera dari Dr Afif setelah usaha untuk bersemuka gagal.



1
 Ketua Ranting PKR Jalan Tenggiri, Muhammad Mahatma Abdullah turut merasa ada diskriminasi kaum yangketara dilakukan oleh kepimpinan PKR Negeri .
3
4
5
Vignes menunjukkan lokasi tapak perniagaan yang diberikan oleh Timbalan Ketua Menteri II yamg telah ditarik balik oleh Dr Afif. Kerugian dianggarkan sekitar RM65,000
6
7