Google+ Followers

Saturday, 11 July 2015

Tun M diraikan kenalan rapat di hari lahir beliau

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Solat Isyak / Tarawikh dan Moreh

Tarikh : 10/7/2015


Petang tadi saya berbuka puasa dahulu di Majlis Iftar media di DBKL.. Selepas solat maghrib saya bergegas untuk bersolat Isyak dan Tarawikh bersama Tun Dr Mahathir dan tetamu beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana. Terdahulu selepas berbuka Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah telah diraikan di satu majlis menyambut hari lahir beliau yang ke-90.

Saya terpanggil untuk berkongsi dengan semua rakyat Malaysia rakaman kandid saat-saat kemesraan yang ditunjukkan Tun suami isteri bersama Tan Sri Hanapiah, rakan terapat mereka sebelum mereka semua berangkat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana.

Ini sedikit maklumat mengenai Tan Sri Hanapiah bin Hussain :-


  • dilahirkan pada 16/4/1927 di Yan, Kedah
  • anak Melayu pertama menjadic Chartered Accountant
  • Pengasas firma perakaunan yang pertama iaitu Hanapiah, Raslan, Mohamad & Partners
  • Pengarah Urusan LUTH yang pertama  (1964)
  • Pengerusi FAMA yang pertama (1965) 
Seperti rakan karib beliau, Tun Dr Mahathir , Tan Sri Hanapiah juga mempunyai pemikiran yang cerdas dan tajam.. a rarity amongst very senior citizens... Saya doa kan beliau sentiasa sihat sepanjang hayat..




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
8
 9
 10
 

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
27 
 28
 29
 30
 31
 32
33
 34
 35
 36
 37
 38
 39
 40
 41
 42
 43
 44