Monday 24 August 2015

Guna kapal korek tak apa , tapi jangan korek kapal

Lokasi : Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu,Terengganu

Acara : Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Kuala Nerus oleh PM Najib Razak

Tarikh : 22/8/2015


Formula lima K Najib elak Umno karam

Datuk Seri Najib Razak menasihati ahli Umno itu supaya tidak mengamalkan sikap "mengorek kapal" bagi memastikan parti itu tidak "tenggelam".
Dengan memberikan formula lima "K", Najib mengumpamakan Umno sebagai sebuah kapal dan menasihati akar umbinya tidak mengkhianati parti.
Menjelaskan maksud "K" itu perdana menteri berkata, pertama ialah jangan "khianat" kepada parti dengan mengamalkan sikap peteh keting (tikam belakang).
"K yang kedua, jangan korek kapal. Kalau kita korek kapal apa akan terjadi? Maknanya kita semua akan mati lemas. Ini mesti dielakkan.
"Semangat kepartian mesti ada. Setia kawan mesti ada. Susah senang kita kena bantu," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat Umno Kuala Nerus, Kuala Terengganu hari ini.
Turut hadir, Ketua Umno bahagian itu yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Jaga aib masing-masing
Selain itu, Najib berkata, perkara yang perlu diamalkan oleh semua ahli parti ialah menanamkan semangat "kerjasama", "kemampuan" dan "keyakinan" kepada parti.
Sementara itu, Najib turut memberi peringatan kepada kira-kira 400 perwakilan Umno Kuala Nerus supaya tidak mengaibkan antara satu sama lain.
Menurut Najib, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa di dalam parti.
Namun, katanya, perbezaan dan perbalahan yang wujud tidak wajar dihebohkan bagi menjaga aib masing-masing.
"Perbezaan pendapat biasa dalam Umno, dalam sejarah kita. Tapi perbezaan pendapat biarlah cara beradab. Orang Melayu ni ada seni dia, seni orang Melayu.
"Ibarat kita sama kita berbalah, jangan kita singkap semua habis barai semua orang tahu. Akhirnya kita akan ditertawakan.
"Tapi kalau kita ada pendapat berbeza, tegur cara beradab. Jaga keaiban kita kerana Islam menyuruh kita menjaga keaiban orang. Jangan jatuhkan dan aibkan orang," kata Najib lagi.

Video ucapan perasmian (FULL / Penuh)



 2
 3
 4
 5
  6
 7
 8
 9
  10  
   
11

  12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
 30
 31
 32
 33
  34
 35
 36



7 comments:

  1. Tiba tiba bercakap pasal seni Melayu pulak. Bila masa dia ni Melayu? Mulanya Cina, kemudian Bugis. Mana pernah dia mengaku dia Melayu? Bila tersepit barulah sibuk Melayu lah, Islam lah. Padahal perbuatan tak mencerminkan addab Islam.

    ReplyDelete
  2. Gambar terbaek. Attitude terbaek. Syabas tuan blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada diskriminasi walaupun kami tahu tuan berpihak sebelah mana. Contoh professional yang perlu diikuti jurufoto lain.

      Delete
  3. Bukan ahli bawahan UMNO yang korek kapal tapi tuan presiden yang korek kapal!

    Para ahli UMNO kena berhentikan kegiatan tuan presiden mengorek kapal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah #najibbangsat #tangkapnajib #tangkaprosmah

      Delete
  4. Apa punya presiden cakap macam budak tak cukup akal daa ? Berundur lah secara terhormat.

    ReplyDelete
  5. Cakap-cakap Najib ni dengar boleh, percaya jangan. Saya pro establishment, tetapi sokongan saya bukan mutlak, tidak membuta tuli. Yang terang lagi bersuluh salah pun takkan kita nak diamkan, nak telan? Pemimpin datang dan pergi.. pergilah Najib, pergilah. Kami tak perlukan bugis yang sekejap berubah jadi melayu, sekejap jadi cina Ah Jib Gor. Kami pernah ada sesumpah dan sekarang duduknya di Sungai Buloh. Kami tak perlukan sesumpah kedua, ketiga atau keempat! Pergilah Najib, pergilah...

    ReplyDelete