Google+ Followers

Sunday, 16 August 2015

Rakyat Malaysia ditakutkan dengan konspirasi gulingkan kerajaan ?

Lokasi : Dewan Dato' Setia Mufti Shuib, Ampang

Acara : Perasmian Mesuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang

Tarikh : 15/8/2015


Dalam keadaan ekonomi negara yang sedang gawat dan suasana politik yang semakin tidak menentu, rakyat Malaysia hari ini dikejutkan dengan pendedahan oleh Zahid Hamidi bahawa satu 'komplot jahat' oleh seorang pemimpin UMNO / BN sedang digerakkkan untuk menjatuhkan Najib Razak dan kabinet beliau.

Cara nak menjatuhkan kerajaan Najib Razak ialah melalui Akuan Bersumpah atau Sttautory Declaration oleh cukup jumlah Ahli Parlimen yang menyatakan hilang kepercayaan kepada Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Akuan Bersumpah ini akan diserahkan kepada YDP Agong untuk mendapat perkenan dan seterusnya melantik Perdana Menteri yang baru tanpa perlu melalui proses pembubaran Dewan Rakyat.

Saya difahamkan proses ini dapat dilakukan mengikut prosedur ketika menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat / Nizar Jamaluddin di Perak. Ketika itu kesemua ADUN BN menandatangani Akuan Bersumpah ditambah dengan tiga ADUN Pakatan Rakyat yang berpaling tadah. Sultan Azlan ketika itu telah memperkenankan pertukaran Menteri Besar Perak dari Nizar Jamaluddin kepada Zambry Kadir tanpa melakukan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri sekali lagi.

Saya juga mendapat khabar bahawa Tun Dr Mahathir telah melakukan pertemuan berasingan bersama Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi dan Tengku Razali pada hari Selasa 13/8/2015 sbelum beliau berangkat ke Italy. Itu sahaja yang dapat saya berkongsi bersama pembaca sekalian. Yang pastinya Zahid Hamidi akan menggunakan segala kelebihan yang beliau ada sebagai Menteri Dalam Negeri untuk melakukan 'Counter Strike' dan memastikan masa depan politik beliau tidak tergugat.   



1
 2
 3
Saya hanya guna G-Shock
 5
Saya hanya guna G-Shock
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
27
 28
 29
 30
 31
 32
 33
 34
 35
 36
 37
 38