Google+ Followers

Tuesday, 18 August 2015

UMNO Kampar mahu TSMY kekal sebagai Timbalan Presiden

Lokasi : RTC Gopeng, Perak

Acara : Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kampar, Perak

Tarikh : 16/8/2015


Video 1 - Saranan Mukhriz mengenai cara menangani isu dalam parti. Biarlah dengan cara 'menarik rambut dalam tepung' ...rambut tak putus, tepung tak tumpah...


Video 2 - Kenanglah jasa dan pengorbanan Tan Sri Mahyuddin Yassin yang telah berkorban demi UMNO selama 40 tahun ... Mukhriz dan UMNO Kampar bersetuju TSMY dikekalkan dalam jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden kerana jawatan tersebut adalah pilihan ahli dan bukan nya perlantikan oleh Presdien


Video 3 - Media pro-UMNO menjadi ajen pemecah perpaduan dikalangan ahli UMNO dan rakyat Malaysia am nya. Adalah tidak beretika dan masuk akal apabila musuh UMNO digunakan oleh stesyen TV pro-UMNO untuk menyerang kepimpinan UMNO. Ini ada lah salah satu punca utama media sosial menjadi begitu popular apabila rakyat sudah menjadi muak dan jelak dengan media arus perdana yang tidak seimbang dalam laporan berita mereka.


Video 4 - Jawab saja lah dengan tepat dan jangan anggap rakyat bodoh. Jangan keluar kenyataan yang bukan bukan dan tidak menjawab soalan yang sebenar. Siapa yang sebenar tidak berapa cerdik jika soalan pun tak boleh jawab dengan tepat.  Jangan ganggu ajensi dan suruhanjaya yang diamanahkan untuk menyiasat dari menjalankan tugasan mereka sehingga selesai


Video 5 - Tidak dapat dinafikan skandal RM2.6 billion yang dimasukkan kedalam akaun Presiden melunturkan integriti UMNO. Mukhriz sedar kedudukan jawatan beliau yang dilantik oleh Presiden boleh ditarik balik bila bila masa sahaja. Beliau tidak selesa terpalit secara tidak langsung dengan skandal dana RM2.6 billion sebagai pemimpin di peringkat negeri.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24