Google+ Followers

Wednesday, 9 September 2015

Najib yakin dia tidak keseorangan

Lokasi : Bangunan UMNO Bahagian Batu, Taman Bullion, Batu Caves, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Bangunan UMNO Bahagian Batu oleh PM Najib Razak

Tarikh : 7/9/2015


Dalam ucapan perasmian beliau, PM Najib Razak telah mengucapkan terima kasih dan berbesar hati dengan sokongan yang telah diberikan oleh UMNO Bahagian Batu kepada beliau. Beliau yakin beliau tidak keseorangan.  Sebagai membalas budi beliau meluluskan permintaan Ketua Bahagian untuk sebuah dewan serbaguna bagi kegunaan UMNO Bahagian Batu yang akan dibina melalui bajet tahun hadapan.

Parlimen Batu sekarang ini diwakili oleh Tian Chua dari PKR yang telah berjaya mempertahankan kerusi tersebut setelah menewaskan calon BN, Dominic Lau dari parti GERAKAN pada PRU 13 yang lalu.. Dalam PRU-12 pada 2008 lalu Tian memenangi Parlimen Batu apabila memperolehi undian sebanyak 29,785 mengatasi pesaing Lim Si Pin dari BN dengan majoriti 9,455. Parlimen Batu pada satu ketika telah diwakili oleh orang kuat GERAKAN, mendiang Datuk Alex Lee sehingga beliau meninggal dunia pada bulan November 1999.

1
Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Tok Abbas, Ketua UMNO Bahagian Batu
2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
 30
 31
 32
33