Google+ Followers

Wednesday, 7 October 2015

Wanita BN akan guna media sosial untuk kekal relevan

Lokasi : Ibupejabat Wanita UMNO, Menara Dato' Onn, PWTC, KL

Acara : Sidang media ASEAN Conference - Women in Politics

Tarikh : 6/10/2015


Wanita BN akan menganjurkan ASEAN Conference Women in Politics bertajuk Promoting Representation Through Connectivity and Innovation

Program akan berlangsung selama sehari setengah bermula dengan perasmian oleh PM Najib Razak pada 16/10/2015 dan berakhir pada petang 17/10/2015

18 parti politik ASEAN dijangka akan menghantar wakil. Keseluruhannya 2,000 peserta termasuk dari wakil NGOs dijangka akan mengambil bahagian dalam persidangan ini.

Wanita BN memilih tajuk teknoloji maklumat dan media sosial sebagai alat untuk maju dalam politik untuk perbahasan dalam persidangan ini. Ikuti penerangan dan jawapan Shahrizat Jalil dalam rakaman video dibawah ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PS -  Pemimpin BN janganlah asyik menyalahkan media sosial dan menunjukkan diri mereka seolah olah tidak boleh bergerak seiring dengan kemajuan. Isu salahguna dan fitnah dalam media sosial hendak lah di ambil kira sebagai cabaran yang harus ditempuh oleh setiap ahli politik. Sekiranya fitnah, gunakan lah saluran media sosial juga untuk melawan dengan fakta dan kebenaran. Bukan semua rakyat Malaysia menyukai setiap pemimpin. 

Yang menjadi masalah ialah pemimpin yang dikatakan difitnah tidak mempunyai fakta untuk melawan balik atau mereka sendiri telah diselaputi dengan pelbagai skandal yang membuat kan mereka takut hendak melawan balik. Walaupun isu yang berbangkit itu kecil mereka ridak akan berani melawan kerana takut isu 'pancing' akan mengundang pendedahan skandal atau isu yang lebih besar.

BOTTOMLINE : Jadilah pemimpin yang cekap menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dan kerajaan. Hindarilah dari terjebak dalam skandal dan gossip-gossip liar. Belajarlah menggunakan media sosial untuk mendekati pengundi dan penyokong dan meningkatkan produktiviti. Jangan bermusuh dengan penggiat media sosial, kerana kekadang tulisan mereka berdasarkan maklumat terhad yang mereka terima. Mungkin mereka tidak berniat untuk menulis perkara yang tidak sahih.

 Tetapi tidak dinafikan ada juga antara mereka memang menulis secara sepenuh masa untuk menyerang dan mencari silap pemimpin. Tapi itu ada lah sebahagian daripada asam garam dunia politik masakini. 

Embrace and Move Forward .. Saya menyokong inisiatif Wanita BN... masih belum terlambat.



1
 2
 3
 4
 5