Sunday 1 November 2015

DBKL korbankan 60 ekar tanah bagi tujuan rekreasi penduduk KL

Lokasi : Tapak Taman Rekreasi Ulu Pudu Fasa 2

Acara : Majlis Pecah Tanah Taman Rekreasi Ulu Pudu Fasa 2

Tarikh : 29/10/2015



Fasa 1 Taman Rekreasi Pudu Ulu telah dibangunkan oleh DBKL dengan kos RM20,0 juta. Fasa 2 ini pula akan dibangunkan dengan kos RM11.0 juta. Keseluruhan fasa 1 dan 2 merangkumi kawasan seluas 60 ekar.

Fasa 1 telah dirasmikan oleh mantan Menteri Wilayah, Zul Hasnan pada bulan Disember 2007.

Dalam fasa 2 wading pool untuk kanak-kanak akan disediakan begitu juga dengan multi-purpose hall untuk disewa bagi kegunaan masyarakat setempat untuk mengadakan majlis kenduri kendara dan majlis perkahwinan.

DBKL juga bercadang untuk membuka segala kemudahan di Taman Rekreasi bagi kegunaan orang ramai sehingga lewat malam.

Menteri Wilayah menyeru kepada orang ramai untuk menyertai NGO Sahabat Taman Pudu Ulu untuk membolehkan mereka terlibat sama dalam memperbaiki kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh DBKL.

DBKL sekali lagi membuktikan bahawa mereka serius dalam menunaikan tanggungjawab mereka kepada penduduk Kuala Lumpur dan tidak hanya mementingkan kentungan dengan menjual tanah bagi tujuan komersial semata-mata. 


1
Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Sahabat Taman Pudu Ulu
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9


2 comments:

  1. Dulu tanah karyaneka bersebelahan den bangunan LTAT milik DBKL apa dah jadi......apa status tanah tsb milik dbkl atau pemaju...kenapa ditutup dng papan iklan projek mewah sekiranya status tanah tsb milik dbkl...apa hak pemaju tutup dng papan iklan bukan milik pemju...tanah bsrnilai tinggi kenapa buat peojek mewah....?

    ReplyDelete
  2. Tapak tanah karyaneka tu bukan rekaan...tanah dbkl ...kenapa projek tersangat mewah diutamakan....sama dng di keramat ...tolong la bawa isu ini ke pihak atasan....

    ReplyDelete