Google+ Followers

Sunday, 22 November 2015

#undurnajib - #telukkemangrebels kembang sayap pengaruh

Lokasi : Port Dickson Golf & Country Resort, Negeri Sembilan

Acara : Sidang media Permuafakatan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Malaysia

Tarikh : 21/11/2015



Seramai 34 Ketua-Ketua UMNO Cawangan dari serata Malaysia telah membuat perhimpunan dan mesyuarat koordinasi,  susulan daripada perkumpulan 13 Ketua-Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang yang dibuat dilokasi yang sama pada 24/10/2015 yang lalu.

Kumpulan ini yang mendakwa mempunyai sokongan lebih 5,000 daripada 22,000 Ketua-Ketua Cawangan UMNO seluruh Malaysia ada perancangan untuk mengadakan satu perhimpunan / permukiman besar sebelum penghujung tahun.

Ikuti rakaman kenyataan penuh oleh  Ketua Cawangan UMNO Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin yang menggariskan tiga tuntutan berikut :

1. Najib razak berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia
2. UMNO tidak mengambil sebarang tindakan disiplin keatas Tan Sri Mahyuddin atau sesiapa sahaja ahli UMNO hanya semata-mata kerana mereka mengkritik kepimpinan parti.
3. UMNO tidak menangguh dan mengadakan pemilihan parti mengikut jadual yang asal. 



1
 2
 3
 4
 5