Tuesday 29 December 2015

Bajet RM160 juta ikhsan dari PM Najib memberi harapan kepada NGO

Lokasi : Ballroom Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Deklarasi Prioriti 2016

Tarikh: 28/12/2015



Majlis anjuran Yayasan Damai Sejahtera Malaysia untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah kos sara hidup yang meningkat. Bottomline NGO yang ramai datang sudah menghidu bajet RM160 juta yang telah diperuntukkan kepada NGO untuk 2016. Jadi bunyi perbincangan banyak berkisar macam mana nak agihkan bajet tersebut.

Video 1 - Bacaan Deklarasi Prioriti 2016 oleh Presiden Yayasan Damai Sejahtera Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom



Video 2 - Ringkasan

1. Kegelisahan kos sara hidup pekerja swasta dan awam. Saran tindakan drastik pemantauan oleh agensi kerajaan keatas peniaga untuk mengawal harga barangan

2. Pesara (740,000) diberi kad diskaun untuk 50% potongan harga dan perkhidmatan kerana mereka adalah pengundi BN

3. Kooperasi diberi suntikan dana supaya dapat bersaing dengan peniaga untuk manafaat kepada ahli

4. YDSM diberi peranan menjadi perantara antara NGO dan pejabat TPM dan PM dan diberi peluang mengadap TPM /PM sekali atau dua dalam setahun.

5. Menyalurkan 50% daripada bajet sebanyak RM160 juta yang diumumkan oleh PM untuk kegunaan NGO melalui YDSM supaya boleh diagihkan kepada NGO-NGO yang bernaung dibawah mereka.

Yang menarik nya, Omar Osman juga secara spesifik meminta sekurang kurang nya RM300,000 diperuntukan untuk presiden NGO untuk membolehkan mereka bergerak keseluruh Malaysia untuk memastikan sokongan kepada kerajaan BN. Ikuti klip rakaman  ucapan Omar yang menyentuh agiahan RM300,000 kepada Presiden NGO.




1
 22
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
12 
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
 30
 31
 32
 33



2 comments:

  1. salam.
    encik jinggo patut tanya khabar sang perdana menteri kita kepada tpm nya itu. tanyalah, seronok bercuti tajaan rakyat semua? walaupun kami boleh makan nasi berlaukkan ikan bilis, di harap perdana menteri tak perlu bersedih dengan keadaan kami rakyat sekalian. kami masih boleh teruskan kehidupan walaupun keadaan menghimpit demi kesejahteraan perdana menteri dan kemewahan menaiki jet kepunyaan kerajaan itu.
    tahun depan katanya semua barang akan naik lagi disebabkan perdana menteri boros berbelanja dan kami rakyat terpaksa berjimat dan juak pm bernama ahmad maslan menyarankan kami melakukan dua kerja utk tambah pendapatan. oh...kami perlu tambah pendapatan utk pm pergi makan angin dan berjoli macam orang kaya. ya lah hotel dan penthouse jenis yang mahal kelu lidah kami rakyat utk menyebut harga semalam dua. boleh kaya raya kami. tapi tak mengapa, demi pm yang boros dan suka berjoli sana sini utk berlagak dan bergengsi, kami rakyat tak boleh kata apa lagi. melihat dgn penuh rasa perit tak terperi. pm ketawa berdekah dekah, rakyat menangis merintih pun tak kisah.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Pm n famili pi berehat dan cari idea nak jwp dgn rakyat ni nnt.Dah 6 bln kes 1mdb x selesai2.Sb2 dah beri repot pada Dato Zahid silap2 Bn dah nak bungkus kalo x kena gaya.Tgk la muka Dato Zahid,senyum dlm tangisan.

    ReplyDelete