Thursday 17 December 2015

DAP sambut 50 tahun yakin UMNO Rasis dan Korup

Lokasi : City Kingdom Hotel, Seremban,Negeri Sembilan

Acara : Majlis Sambutan Ulangtahun DAP ke-50

Tarikh : 9/12/2015



Sudah berbulan-bulan seluruh pemerhati politik tanahair samada dari sebelah BN mahupun dari sebelah pihak lawan mereka bertumpu kepada kemelut dalaman UMNO... ada penyokong BN yang sudah lupa apa isu yang dibawa oleh pihak lawan mereka dalam keghairahan menyerang sesama sendiri. Ikuti rakaman ucapan oleh Lim Kit Siang dan anak beliau Lim Guan Eng untuk 'refresh' ingatan kita akan isu-isu popular dan evergreen yang sentiasa dibawa oleh mereka keserata pelusok tanahair untuk meriah sokongan pengundi.

Video 1 - Ringkasan

1. DAP parti pembangkang yang baik kalau setakat menjadi pembangkang ?

2. DAP Penang telah membuktikan mereka boleh menjadi kerajaan yang jauh lebih baik daripada BN

3. Media sosial berbahasa mandarin menyalahkan Guan Eng tidak memberi lesen kepada nelayan sedangkan lesen dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan bawah BN.

4. Lesen judi pula bukan dikeluarkan oleh kerajaan DAP tetapi kerajaan BN.

5. Kerajaan BN kutip cukai judi, Guan Eng dapat nama busuk.

6. Kampong Buah Pala masih ujud hingga kini.

7. Apa baik pun DAP buat BN tutup mata dan buat fitnah saja

8. DAP akan hapuskan GST jika ambil ambil alih Putrajaya... Kerajaan Penang telah buktikan mereka boleh beroperasi tanpa kutipan GST. Cukai pintu keatas rumah kos rendah dan sederhana rendah  dikecualikan dari cukai pintu.

9. DAP yakin dapat ambil alih dan menjadi kerajaan yang lebih baik buat Negeri Sembilan.

10. DAP Penang telah memperkenalkan pendidikan percuma bagi pelajar-pelajar vokasional yang belajar dan diberi latihan di kilang-kilang antarabangsa di Penang. Pelajar / pelatih diberi elaun sebanyak RM1,000 sebulan disamping mendapat latihan percuma.

11. Perjuangan DAP untuk rakyat , Perjuangan DAP hak-hak kita dan perjuangan DAP untuk masa depan anak anak kita

12. Pemimpin DAP semua tak makan rasuah. Ini lah perbezaan antara pemimpin Pakatan Harapan dengan pemimpin BN

13. Jangan kita dipecah belahkan oleh bangsa dan agama... kita adalah semua anak Malaysia.




Video 2 : Ringkasan

1. DAP dapat menyambut ulangtahun ke-50 kerana pengorbanan semua pejuang-pejuang veteran DAP.

2. PRU 13 memberi keputusan yang terbaik buat DAP dan akan digunakan sebagai batu lonjatan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi

3. UMNO membuktikan mereka tidak terbuka dan telah melangkah kebelakang dengan kejadian yang berlaku semasa PAU2015 disatu majlis Puteri dimana wakil media bukan Islam dihalau keluar dari menghadiri majlis tsbt

4. Rang Undang Undang MKN yang baru diperkenalkan mungkin untuk menutup segala salah laku dalam 1MDB dan lain lain hal lagi yang melibatkan Najib sebagai seorang Diktator. DAP akan melawan RUU ini dalam Dewan Rakyat sehinggalah keperingkat YDP Agong untuk menghalang penguatkuasaan RUU tersebut.

5. Shahrizat Jalil menyeru Tun M, TSMY dan Shafie untuk kembali kepangkuan keluarga UMNO walau apa pun terjadi samada benar atau salah kerana beliau takut dan tidak bersedia untuk ketiga tiga mereka menyerahkan orang Melayu kepada DAP... Kit Siang menganggap ini satu hasutan oleh Shahrizat Jalil

6. DAP tidak mahu orang Cina control orang Melayu dan tidak juga mahu orang Melayu control orang Cina kerana DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia yang sama-sama membangunkan Malaysia. Kenyataan Shahrizat hanya membuktikan orang Melayu UMNO sudah takut dengan kaum Cina

7. Sebaliknya Kit Siang berjanji nasib rakyat Malaysia yang terdiri dari Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya akan lebih terjamin sekiranya DAP dan rakan rakan mereka berjaya menawan Putrajaya.

8. Kit Siang menempelak Najib kerana begitu yakin akan menang PRU14 akan datang atas tiket perpecahan dalam Pakatan Rakyat sedangkan mengikut kajian TSMY sokongan orang Melayu kepada UMNO sudah merudum keparas 30 peratus.

9. Kit Siang mengaku Pakatan Rakyat berada dalam kedududkan yang terbaik sebelum PRU13 tetapi selepas PRU13 Pakatan terkubur disebabkan PAS enggan menuruti apa yang telah dipersetujui dalam dalam perjanjian bersama PR. PAS enggan menerima Anwar sebagai calon PM Malaysia, PAS ingin meneruskan agenda Hudud, tidak mahu menerima Wan Azizah sebagai calon MB Selangor.

10. Parti Amanah Negara memberi harapan baru kepada DAP yang akan membentuk asas Pakatan Harapan. Ianya diharapkan dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka untuk menawan enam negeri dalam PRU14 akan datang. 




1
Pengasas DAP Chen Man Hin di sambut veteran DAP
 2
 3
Lim Kit Siang, Penasihat DAP
 4
Tan Kok Wai, Timbalan Pengerusi DAP
 5
Pengasas DAP, Chen Man Hin diiringi seluruh AJK Penganjur keatas pentas untuk memberi ucapan
 6
 7
Lim Guan Eng dan isteri tiba lewat sedikit dari tetamu lain
 8
Lim Guan Eng dan Chen Man Hin bertanya khabar
 9
 10
Rara ikon wanita Melayu muda DAP menjadi pengacara majlis.

11

Koir DAP
 12
Anthony Loke, MP Seremban dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan
 13
 14
 15
Gimik pelancaran
 16
 17
 18
 19
 20
Lim Guan Eng, ADUN Air Putih dan sekarang memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang
 21
Lim Kit Siang
 22
 23


No comments:

Post a Comment