Tuesday 30 June 2015

Iftar bersama YDP PERKIM, Tun Dr Mahathir

Lokasi : Dewan Merak Kayangan, Felda, Kuala Lumpur

Acara : Iftar bersama Yang diPertua PERKIM, Tun Dr Mahathir Mohamad

Tarikh : 29/6/2015



Dalam ucapan ringkas beliau Tun M telah menyatakan kesyukuran kerana masih boleh menghadiri majlis yang serupa sejak sekian lama tetapi beliau sedih kerana masyarakat Melayu / Islam dinegara ini berpecah kepada tiga puak sehingga terpaksa mengemis bantuan dari puaka lain yang tidak seagama dengan kita.

Ini berlaku kerana umat Islam dinegara ini tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar menurut Al-Quran walaupun rata-rata umat Islam Malaysia adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berimamkan Imam Shafie.

Pokok pangkal nya umat Islam tidak bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang dianugerahkan Illahi. Tun M berharap keadaan yang kita alami sekarang ini tidak bertukar menjadi bencana dan malapetaka. 


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday 28 June 2015

Pemilihan UMNO ditangguh atas permintaan ahli

Lokasi : AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur


Tarikh : 27/6/2015


Kelmarin Najib Razak umumkan bahawa Majlis Tertinggi telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan dari jadual 2016 bagi "memberi peluang kepada UMNO untuk berkhidmat kepada rakyat dan mengukuhkan parti".

Pagi ini Tengku Adnan telah mendedahkan bahawa penangguhan tersebut dibuat bagi menyahut permintaan akar umbi UMNO agar perhatian diberi kepada penyelesaian kemelut dalaman parti disamping memberi fokus kepada usaha memenangi PRU14.





Tiada tindakan disiplin keatas ahli UMNO yang bakar bendera DAP

Lokasi : AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur


Tarikh : 27/6/2015


Bottomline - DAP pun pernah membakar dan memijak bendera UMNO satu ketika dahulu dan kejadian pembakaran bendera DAP di Komtar oleh beberapa ahli UMNO adalah satu tindak balas keatas provokasi yang dilakukan DAP.

Terdahulu Ku Nan telah membuat kenyataan bahawa tindakan disiplin akan diambil keatas ahli UMNO yang terlibat. Tetapi keputusan terkini telah diambil setelah merujuk kepada Unit Disiplin dan Tatatertib UMNO. Nampak gayanya UMNO bersedia berdepan dengan DAP dalam isu ini dari mengambil tindakan keatas ahli yang cuba mempertahankan maruah parti.





Program Shopping Raya bawa keceriaan kepada anak-anak miskin/fakir dan OKU

Lokasi : AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur

Acara : Program Shopping Raya Bersama Anak-Anak Miskin/Fakir Wilayah Persekutuan

Tarikh : 27/6/2015


Video 1 - Program dianjurkan dengan kerjasama Yaysan Wilayah Persekutuan, Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dan AEON AU2. Seramai 880 penerima sumbangan tunai sebanyak RM50 duit raya dan boucer shopping sebanyak RM200  dari Yayasan WP. Mereka terdiri daripada anak-anak miskin/fakir dan OKU dari seluruh Wilayah Persekutuan dan Putrajaya tidak termasuk Labuan. Acara di Labuan akan diadakan pada 2/7/2015.



Video 2 - Yayasan Wilayah Persekutuan punyai sumber pendapatan sendiri



 1
2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
  

Friday 26 June 2015

Iftar PERKASA bersama Tun Dr Mahathir...saat indah ketika Moreh

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Acara : Iftar PERKASA bersama Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah

Tarikh : 25/6/2015


Iftar PERKASA berjalan seperti majlis-majlis Iftar yang biasa saya hadiri di tempat lain. Tetapi acara sembang santai selepas Solat Tarawikh saya yakin akan meninggalkan kenangan manis buat mereka yang bernasib baik untuk dapat bersama Tun Dr Mahathir ketika itu. 

Pelbagai topik, imbauan cerita silam, cerita pasal jam, cerita politik dan cerita pasal cara memakai songkok "Samseng Aloq Staq" membuat kami semua tidak kering gusi dan senak perut ketawa terhibur. Saya kongsikan rakaman saat-saat indah bersama negerawan terulung untuk tatapan pembaca semua..

1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Thursday 25 June 2015

Tindakan akan diambil kepada ahli UMNO yang bakar bendera DAP

Lokasi : Jakel Mall, Kuala Lumpur


Tarikh : 24/6/2015


Oleh SM Amin
KUALA LUMPUR, 24 Jun:

Ahli UMNO yang terbukti terlibat membakar bendera DAP di bangunan Komtar baru-baru ini akan dikenakan tindakan kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun kata Adnan, pihak polis perlu menjalankan siasatan teliti terlebih dahulu bagi menyiasat dalang sebenar disebalik kejadian itu.

"Saya tidak tahu siapa yang buat, ada yang tuduh UMNO buat.
"Tetapi kalau UMNO buat kita akan ambil tindakan kepada ahli-ahli yang buat perkara ini kerana ini bukan sikap UMNO

"Orang boleh guna nama UMNO. Betul atau tidak kita tidak tahu," katanya ketika ditemui pemberita di Program Bantuan Baju Raya anjuran Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di Jakel Mall di sini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berharap pihak polis mengambil tindakan segera kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam cubaan menaikkan semangat kebencian antara satu dengan lain.

Kata Ku Nan, sebagai negara yang berbilang kaum, agama dan bangsa, kekuatan terletak kepada masyarakat Yang bersatu dalam kepelbagaian.

"Jadi jangan ada puak-puak tertentu yang ingin untuk melihat kesatuan yang kita ada ini akan berpecah dan akhirnya kita akan bertelingkah antara satu sama lain.

"Saya menasihatkan semua pihak berhati-hati kerana ada banyak tukang dalang, batu ronson akan buat macam-macam untuk bawa cerita menaikkan semangat sifat kebencian diletakkan dalam hati manusia," ujarnya.






Pemuda UMNO WP beri 500 anak yatim baju raya

Lokasi : Jakel Mall, Kuala Lumpur

Acara : Program Bantuan Baju Raya Kepada Anak-anak  Yatim anjuran
Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Tarikh : 24/6/2015



Video 1 - Ku Nan mengucapkan penghargaan kepada Pemuda UMNO WP dan Jakel diatas pemberian baju raya kepada 500 anak yatim.



Video 2 - Ku Nan mengimbau kenangan manis beliau membeli baju raya semasa zaman kanak-kanak



1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Iftar Media Bersama Shahidan Kassim

Lokasi : Riverside, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Iftar bersama DS Shahidan Kassim

Tarikh : 24/6/2015



Kira-kira 150 wakil media menjadi tetamu DS Shahidan Kassim dalam majlis Iftar hari ini. Majlis berakhir dengan ucapan rungkas dari tuan rumah selepas solat Tarawikh.


1
 2
 3
 4


Wednesday 24 June 2015

Iftar Isa Samad FELDA

Lokasi : Dewan Bankuet, Menara Felda, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Iftar bersama Tan Sri Isa Samad dan pengurusan FELDA

Tarikh : 23/6/2015


Seperti biasa majlis Iftar anjuran Felda akan sesak, makanan enak dan goody bag tahun ini pula berisi sejadah dan kurma. Solat Maghrib diimamkan oleh Ustas Nasaruddin Mat Isa... syahdu bacaan.

1
Meja TIBAI
 2
Bersama orang kuat UMNO  Port Dickson.. Mustafa Kamil..tiga dari kiri
 3
 4
Bersama team "Lubuk Iftar & Duit Raya"... ceria ceria selalu
 5
 6
 7
Ng Lum Yong, pengasas Keadilan dengan cenderhati meja
 8
 9
Mantan Presiden MCA, Chua Soi Lek turut hadir sebagai tetamu VIP
 10
Dua dari kiri - Zahid Md Arip, Hafarizam Harun peguam UMNO, Zahidi Zainul Abidin MP Kangar dan Ust Nasaruddin Mat Isa
 11
Dato' Khairil Anuar EVP FGV bersama Dato' Zulkifli Noordin
 12
 13
 14
 15
 16
 17