Google+ Followers

Friday, 1 January 2016

#gkcm, #umnorebels memasuki fasa baru desak #undurnajib

Lokasi : Surau Ra'ayah, Taman Puchong Permai, Puchong

Acara : Sidang media selepas Majlis Solat Hajat pemula

Tarikh : 31/12/2015



Gabungan Ketua Cawangan (UMNO) Malaysia (#gkcm) hari ini memasuki fasa baru dalam usaha mereka untuk membawa perubahan kepada kepimpinan Negara khusus UMNO. #puchongrebels telah mengadakan satu majlis Solat Hajat pemula sebagai pelancaran kepada gerakan keseluruh Negara yang akan melibatkan 500-1,000 majlis yang serupa sepanjang tahun 2016.

Secara peribadi saya lihat gerakan ini bakal membawa masalah yang lebih besar kepada PM Najib Razak kerana kini orang UMNO sendiri di cawangan-cawangan seluruh Negara akan menarik penyertaan rakyat marhaen tak kira fahaman politik untuk sama-sama memohon perkenan Illahi supaya berlaku perubahaan demi kebaikan untuk #selamatkanmalaysia. Ini semua akan dilakukan melalui surau dalam khariah masing-masing.

Masalah kepada PM Najib akan menjadi parah dalam PRU14 kerana semakin ramai rakyat Malaysia akan mendapat maklumat dari gerakan disurau surau ini. Ini lah bentuk desakan Ketua-ketua Cawangan untuk diadakan pemilihan parti mengikut jadual asal bagi mengelak PM Najib Razak menanggung aib besar dalam PRU14.

Doa yang dipohon untuk perubahan dan kebaikan rakyat Malaysia ...tidak disebut secara eksplisit #undurnajid dan sebagai nya... #undurnajib menjadi agenda tersembunyi atau #silentagenda. 

Ahad ini 3/1/2016 #gkcm akan mengadakan satu perhimpunan melibatkan 1,000 Ketua Cawangan dalam satu majlis penerangan di Pasir Gudang, Johor pada jam 3.00 pm.


1
 2