Google+ Followers

Saturday, 2 January 2016

Sirul Azhar memohon Protection Visa untuk bergerak bebas di Australia

Lokasi : Plaza Damas, Seri Hartamas, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media oleh Messrs Kamarul Hisham & Hasnal Rezua, peguambela Sirul Azhar

Tarikh : 31/12/2015



Ringkasan

1. Sirul masih ditahan pihak Imigresen Australia

2. Sirul sudah memohon 'Protection Visa' pada awal tahun dan masih menunggu keputusan pihak berkuasa disana

3. 'Protection Visa' untuk menggantikan 'Social Visit Visa' yang sudah pun tamat tempoh. Visa tersebut bukan nya bertujuan memberi apa-apa 'perlindungan' atau pun suaka politik dan sebagainya kepada pemohon.

4. Peguambela Sirul , Australia dan Malaysia akan mengambil langkah seterusnya setleah pihak berkuasa Australia memberi respon.

5. Pada 25/11/2016 pihak Imigresen Australia telah menemubual Sirul.

6. Protection Visa yang menggantikan Sosial Visit Visa akan membolehkan Sirul bergerak bebas dalam kawasan Australia.

7. Australia tidak akan menyerahkan Sirul balik ke Malaysia kerana mereka mengambil pendirian untuk membantah hukuman mati.

8. Tempat tahanan Imigresen Australia selesa bagai kan berada dirumah bagi standard kita disini.

9. Sirul hanya akan membuat pendedahan bersumpah hanya dengan nasihat peguambela beliau.

10. Terdapat beberapa kumpulan dan individu yang cuba menghubungi Sirul dan ada juga yang cuba melawat beliau di pusat tahanan di Australia, tetapi  semua ditolak oleh Sirul.

11. Ada kumpulan yang cuba mendapatkan kerjasama Sirul bagi kepentingan politik, samada menyokong atau menentang kerajaan sekarang.

12.Segala perbualan antara Sirul dan Peguambela beliau tidak akan didedahkan kepada umum kerana ianya berkemungkinan akan memberi kesan kepada permohonan beliau untuk mendapatkan 'Protection Visa'..






1
 2
 3
5
 7
8
9