Sunday 28 February 2016

Pusat Transit Gelandangan KL yang pertama sudah mula beroperasi

Acara : Perasmian Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

Lokasi : Pusat Transit Gelandangan, Jalan Pahang, KL

Tarikh : 27/2/2016


Projek ini merupakan inisiatif CSR bersama DBKL dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB). Pihak SHARP dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad  (PUNB) turut bekerjasama dalam memastikan kebajikan golongan gelandangan ini terjamin dengan penyediaan barangan keperluan  dan bantuan kewangan.

Pusat Transit ini terletak diatas tapak seluas 1,319 meter persegi dan siap dibina dan mendapat Certificate of Completion pada 28/11/2015. Pihak MRB telah menyerahkan bangunan 3 tingkat ini kepada DBKL pada 29/1/2016. Ianya mempunyai kemudahan asas untuk penginapan 250 orang, bilik mandi, tandas, bilik dobi, ruang makan, tempat agihan makanan, surau yang berasingan bagi lelaki dan perempuan, bilik kaunselling, bilik kesihatan dan bilik simpanan barang bagi gelandangan yang mendaftar masuk. Pusat ini mula menerima kemasukan penghuni pada 10/2/2016.

Pihak SHARP telah menyediakan pelbagai barangan elektrikyang bernilai RM45,030 untuk kegunaan penghuni yang ditempatkan di sekitar kawasan pusat transit gelandangan ini. PUNB pula telah memberi sumbangan berbentuk tunai sebanyak RM20,000 untuk menampung kos operasi harian pusat ini.

Sehingga 26/2/2016 seramai 141 orang, 111 lelaki dan 30 perempuan telah mendaftar diri untuk menggunakan fasiliti dan mendapatkan makanan.

NGO yang berdaftar seperti Soup Kitchen dan sebagainya dibenarkan menjalankan aktiviti mereka di pusat ini.

Kaedah pengurusan pusat transit gelandangan ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa 1 adalah untuk tempoh 5 bulan pertama dari Februari sehingga Jun 2016 yang dikendalikan oleh satu pasukan sementara secara pinjaman daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN), DBKL, RELA, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kaunselor.

Bagi Fasa 2 pula, struktur pengurusan kekal dan perlantikan pengelola atau ketua operator akan dibuat melaluikaedah Request for Proposal (RFP) berdasarkan terma rujukan (TOR) dan SOP yang sedang dimuktamadkan oleh pihak Kementerian WP.



1
 2
 3
 4
 5
6
 7
 8
 9
 10

11
12 
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27


No comments:

Post a Comment