Google+ Followers

Sunday, 24 April 2016

902 wakil penduduk selia program kemasyarakatan seluruh WPKL

Acara : Majlis Penyampaian Surat Perlantikan Majlis Perwakilan Penduduk W.Persekutuan

Lokasi : Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur

Tarikh : 22/4/2016


Jangan buat program 'syok sendiri' - Ku Nan
KUALA LUMPUR: Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) perlu memastikan program anjurannya tidak bersifat 'syok sendiri' dan bertepatan dengan peruntukan disalur kerajaan. 

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata kerajaan menghabiskan jutaan ringgit untuk disalurkan kepada MPPWP bagi penganjuran program yang membawa kebaikan kepada penduduk setempat. 

Katanya, ahli jawatankuasa perlu berfikir dengan lebih kritis dan cekap apabila membincangkan mengenai agenda yang ingin diketengahkan. "MPPWP perlu menyelami keperluan masyarakat hingga ke peringkat akar umbi. 

Pelaksanaan program hasil permuafakatan MPPWP dan komuniti setempat akan membolehkan ia dikenali oleh masyarakat," katanya. Beliau berucap pada majlis penyampaian surat pelantikan MPPWP Kuala Lumpur bagi 2016/2017 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. 

Dalam majlis itu, beliau turut menyerahkan surat pelantikan kepada 902 wakil ahli MPPWP daripada 57 peringkat sub zon di Wilayah Persekutuan.

Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/146404

1
 2
 3
  4
 5
 6
 7
 8
 9
  10
 11
12
 13