Wednesday 15 June 2016

PRK P093 - Insiden penahanan nelayan Sekinchan boleh beri impak kepada undi China Seknchan

Acara : Dialog antara nelayan Sekinchan dengan Shahidan Kassim dan APMM

Lokasi : Tokong China Jalan Bagan Sekinchan

Tarikh : 14/6/2016


Dialog berkisar isu penahanan nelayan Malaysia oleh pihak berkuasa negara jiran dan juga pencerobohan nelayan asing kedalam kawasan perikanan Malaysia. Penerangan mengenai peranan APMM juga diberi oleh Shahidan Kassim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab keatas agensi tersebut. Shahidan juga memperkenalkan konsep APMM adalah Rakan kepada nelayan dan akan memainkan peranan sebagai pelindung mereka di lautan.

Pihak MCA dan GERAKAN yang menganjurkan dialog tersebut cuba mengambil peluang dengan kehadiran Menteri dan pengurusan kanan APMM untuk mendapatkan penyelesaian kepada kes penahanan 4 nelayan Malaysia oleh pihak Indonesia. Shahidan menegaskan bahawa kes tersebut telah pun dibawa ke mahkamah dan hukuman telah pun dijatuhkan. Pihak Malaysia sedang mengushakan pengampunan oleh Presiden Jokowi.

Kes nelayan ditahan pihak berkuasa negara jiran perlu diberi perhatian serius, telus dan ikhlas oleh pihak kerajaan Malaysia untuk menyakin kan para nelayan untuk terus menyokong kerajaan yang memerintah...

********************************************.

Foto 360 darjah

Nota : Anda hanya perlu klik gambar tersebut dan ianya akan terbuka di link theta360... anda boleh lihat keseluruhan persekitaran lokasi foto dirakam... anda juga boleh mengalihkan pandangan dan sudut dengan menggerakkan cursor kearah mana yang anda suka ... anda juga boleh enlarge or round up the image... selamat mencuba dan alami 



*************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13


No comments:

Post a Comment