Wednesday 27 July 2016

PRN Pulau Pinang - Keadilan tolak cadangan DAP kerana alasan lemah

Acara : Sidang media Majlis Pimpinan Pusat, Keadilan

Lokasi : Ibupejabat Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Tarikh : 26/7/2016


Video 1 - Kenyataan media Majlis Pimpinan Pusat Keadilan oleh Wan Azizah


KENYATAAN MEDIA
KEADILAN AKAN TERUSKAN PERBINCANGAN MENGENAI PILIHANRAYA PULAU PINANG

KEADILAN telah mengadakan satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Khas malam ini yang membincangkan cadangan DAP untuk mengadakan pilihanraya negeri bagi Pulau Pinang.

KEADILAN sebagai rakan politik di dalam Pakatan Harapan akan terus bersama berjuang untuk mempertahankan mereka yang dianiaya dan dizalimi, termasuk di dalam kes pendakwaan politik YAB Lim Guan Eng, DS Anwar Ibrahim dan ramai lagi pimpinan yang bangkit melawan rejim UMNO-Barisan Nasional. KEADILAN beranggapan bahawa dakwaan terhadap YAB Lim Guan Eng adalah bermotif politik.

Mesyuarat MPP juga telah membangkitkan beberapa persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan pilihanraya negeri Pulau Pinang. Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat telah memutuskan secara sebulat suara bahawa KEADILAN masih belum yakin dengan cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, dalam semangat setiakawan, KEADILAN tetap bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan parti rakan di dalam Pakatan Harapan.

Justeru, KEADILAN akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi parti untuk menerangkan pendirian ini kepada pimpinan DAP dalam masa terdekat.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

26 Julai 2016



*********************************************************************************

FB 360 darjah



No comments:

Post a Comment