Google+ Followers

Friday, 14 October 2016

Konsep perniagaan KIOS dalam kawasan kediaman diperkenalkan di Putrajaya

Acara : Perasmian Kios Makanan & Minuman 

Lokasi : Pangsapuri Putra Harmoni, Presinct 9, Putrajaya

Tarikh : 11/10/2016



Video 1 - Konsep Kios makanan dan minuman yang diperkenalkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan bagi tujuan membolehkan penduduk Putrajaya memperolehi sumber pendapatan kedua.


Video 2 - YDP Agong tidak akan masuk campur isu Najib Razak


Video 3 - Kaedah dan prosedur membuat bantahan terhadap persempadanan semula oleh SPR



******************************************************************************

  KENYATAAN / SIARAN AKHBAR

Bahagian Komunikasi Korporat
Perbadanan Putrajaya
Tel: 03-8887 7033   Faks: 03-8887 5013


PERASMIAN D’HARMONI @ 9 
PRESINT 9, PUTRAJAYA


PUTRAJAYA, 11 Oktober 2016:  Perbadanan Putrajaya telah berjaya membina sepuluh (10) unit Kios Jualan Makanan dan Minuman di Presint 9, Putrajaya yang telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos 2016. Ini merupakan projek menaik taraf bagi menggantikan aktiviti perniagaan di bawah khemah berpayung yang telah bertapak sejak tahun 2008.  

Projek yang dianggarkan berjumlah RM500,000.00 merupakan peruntukan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan di bawah Inisiatif Peningkatan Ekonomi Bumiputra yang disalurkan khas untuk pembangunan kios-kios tersebut yang bersaiz 10 kaki X 10 kaki.  

Majlis perasmian Kios Jualan Makanan dan Minuman di Presint 9, Putrajaya atau nama baharunya D’Harmoni@9 disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Adnan Bin Haji Md. Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutan dan YBhg. Datuk Seri Haji Hasim bin Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya. 

Projek ini bertujuan untuk membantu meningkatkan imej peniaga-peniaga bumiputra di Putrajaya bagi menjalankan perniagaan secara lebih teratur di samping memastikan aktiviti komersial sentiasa dapat dikawal kebersihan dan keselamatannya baik bagi peniaga ataupun pengunjung.

Sebanyak lima kios disewakan kepada pihak Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Putra Harmoni Presint 9, Putrajaya untuk diuruskan sepenuhnya penyewaannya kepada pengusaha. Ini adalah suatu punca pendapatan kepada Perbadanan Pengurusan atau JMB Putra Harmoni.  Manakala baki lima unit diuruskan oleh Perbadanan Putrajaya dengan disewakan kepada peniaga-peniaga kecil dari kalangan penduduk Putrajaya.

Beroperasi seawal jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam, kepelbagaian menunya adalah menarik antaranya Mee Rebus Tulang, Mee Jawa, Lontong, Soto, Nasi Goreng Ayam Sambal, Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan western. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Wan Sabaruddin Wan Ahmad, Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Pelesenan, Jabatan Perkhidmatan Bandar di talian 03-88877502 atau e-mel kepada wansaba@ppj.gov.my. 



(TENGKU AINA BINTI YTM TENGKU ISMAIL SHAH)
Pengarah,
Bahagian Komunikasi Korporat
b.p. Presiden Perbadanan Putrajaya


**********************************************************************************

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15