Google+ Followers

Friday, 18 November 2016

BERSIH 5 - UMNO seru ahli nya jangan sertai sebarang himpunan Kontra BERSIH

Acara : Perasmian Pembukaan Restoran KL Seafood Market

Lokasi : Tingkat 5 Parkir Bukit Aman / Kebun Bunga

Tarikh : 17/11/2016




SUA UMNO, Tengku Adnan telah mengeluarkan arahan supaya Pengerusi Biro Penerangan UMNO Melaka menarik balik surat bertarikh 14/11/2016 kepada bahagian bahagian UMNO Negeri Melaka untuk menyelaras Majlis Perhimpunan Rakyat Baju Merah. Setakat ini hanya UMNO Melaka sahaja yang mengeluarkan surat penyelarasan tersebut.

Tengku Adnan menegaskan bahawa UMNO tidak terlibat dalam penganjuran dan penajaan "counter rally" oleh pihak Baju Merah dan menafikan khabar khabar angin yang mengatakan peserta Baju Merah akan menerima RM50 seorang

Tengku Adnan menegaskan bahawa Jamal akan diuruskan oleh Polis, begitu juga dengan para peserta lain termasuk lah Maria Chin Abdullah sekalipun jika mereka melanggar undang undang.

DBKL tidak akan meluluskan sebarang permohonan untuk menggunakan Dataran Merdeka, Padang Merbok atau Tasik Titiwangsa. Penganjur diminta untuk menganjurkan perhimpunan mereka di kawasan yang tertutup seperti Stadium Stadium yang ada disekitar KL



Terdahulu Tengku Adnan telah menyempurnakan perasmian Pembukaan Restoran KL Seafood Market yang beroperasi ditingkat lima Parkir bertingkat Bukit Aman / Kebun Bunga