Google+ Followers

Monday, 29 February 2016

Food-truck akan menjadi konsep penting penjajaan makanan di Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Karnival Makanan Warisan 1 Malaysia

Lokasi : Dataran Astaka, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Tarikh : 27/2/2016



Ini julung julung kalinya karnival ini diadakan. Tujuan nya ialah untuk mempromosikan makanan warisan, mempromosikan konsep Food-Truck selain mempromosikan Tasik Titiwangsa. Ikuti penerangan Tengku Adnan mengenai konsep perniagaan Food-truck yang cuba dikembangkan di Kuala Lumpur. 


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15
 16


Sunday, 28 February 2016

Pusat Transit Gelandangan KL yang pertama sudah mula beroperasi

Acara : Perasmian Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

Lokasi : Pusat Transit Gelandangan, Jalan Pahang, KL

Tarikh : 27/2/2016


Projek ini merupakan inisiatif CSR bersama DBKL dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB). Pihak SHARP dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad  (PUNB) turut bekerjasama dalam memastikan kebajikan golongan gelandangan ini terjamin dengan penyediaan barangan keperluan  dan bantuan kewangan.

Pusat Transit ini terletak diatas tapak seluas 1,319 meter persegi dan siap dibina dan mendapat Certificate of Completion pada 28/11/2015. Pihak MRB telah menyerahkan bangunan 3 tingkat ini kepada DBKL pada 29/1/2016. Ianya mempunyai kemudahan asas untuk penginapan 250 orang, bilik mandi, tandas, bilik dobi, ruang makan, tempat agihan makanan, surau yang berasingan bagi lelaki dan perempuan, bilik kaunselling, bilik kesihatan dan bilik simpanan barang bagi gelandangan yang mendaftar masuk. Pusat ini mula menerima kemasukan penghuni pada 10/2/2016.

Pihak SHARP telah menyediakan pelbagai barangan elektrikyang bernilai RM45,030 untuk kegunaan penghuni yang ditempatkan di sekitar kawasan pusat transit gelandangan ini. PUNB pula telah memberi sumbangan berbentuk tunai sebanyak RM20,000 untuk menampung kos operasi harian pusat ini.

Sehingga 26/2/2016 seramai 141 orang, 111 lelaki dan 30 perempuan telah mendaftar diri untuk menggunakan fasiliti dan mendapatkan makanan.

NGO yang berdaftar seperti Soup Kitchen dan sebagainya dibenarkan menjalankan aktiviti mereka di pusat ini.

Kaedah pengurusan pusat transit gelandangan ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa 1 adalah untuk tempoh 5 bulan pertama dari Februari sehingga Jun 2016 yang dikendalikan oleh satu pasukan sementara secara pinjaman daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN), DBKL, RELA, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kaunselor.

Bagi Fasa 2 pula, struktur pengurusan kekal dan perlantikan pengelola atau ketua operator akan dibuat melaluikaedah Request for Proposal (RFP) berdasarkan terma rujukan (TOR) dan SOP yang sedang dimuktamadkan oleh pihak Kementerian WP.



1
 2
 3
 4
 5
6
 7
 8
 9
 10

Friday, 26 February 2016

Rosmah Mansor rasmi Hari Kraf Kebangsaan 2016

Acara : Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2016

Lokasi: Panggung Sari, Pusat Kraftangan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Tarikh : 25/2/2016



GLC, Pihak Swasta Digalak Pakai Batik Setiap Khamis - Rosmah


KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta supaya menggalakkan pekerja mereka memakai batik pada setiap Khamis, dalam usaha menggalakkan industri batik negara.

Beliau berkata pemakaian produk batik oleh penjawat awam pada setiap Khamis ketika ini, telah membantu meningkatkan jualan batik dan memperluaskan permintaan terhadap industri produk itu.

"Kini, terdapat 462 GLC dengan anggaran kakitangan mencecah 100,000 orang. Cuba bayangkan berapa banyak permintaan yang akan diwujudkan ke atas produk batik," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2016 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Beliau juga memuji inisiatif Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan) mengawal kualiti pengeluaran batik menerusi pengenalan Standard Malaysia MS692:2007, yang menjadikan produk kraf itu paling popular.

Sehingga kini, seramai 51 usahawan kraf batik menerima sijil pengiktirafan standard kualiti batik dan mematuhi piawaian yang ditetapkan, katanya.

"Pengiktirafan ini akan menjadi tanda aras terpenting terhadap mutu produk batik yang dihasilkan dan seterusnya memberi keyakinan kepada pembeli bahawa produk batik Malaysia dihasilkan melalui proses pengeluaran yang bermutu tinggi," kata beliau.

Sementara itu, Rosmah berkata produk kraf menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila mencatat hasil jualan berjumlah RM505.4 juta pada tahun lepas berbanding RM94.5 juta pada 2009.

Menurutnya peningkatan hasil jualan sebanyak 36 peratus setiap tahun itu melibatkan 5,130 usahawan kraf berbanding 1,003 pada 2009.

Beliau juga menyarankan usahawan kraf meningkatkan strategi pemasaran dengan melaksanakan promosi secara maya menggunakan teknologi pintar melalui jualan dalam talian seperti Zalora, Lazada, Fashion Valet dan MySale.

"Kini, pengguna lebih menggemari informasi di hujung jari termasuk pembelian produk secara dalam talian," katanya sambil memberitahu beliau sendiri mempromosikan batik dan songket Malaysia di negara-negara ikon fesyen seperti di Paris dan Ekspo Dunia Milano di Itali.

Terdahulu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pihaknya menyasarkan jualan sebanyak RM25 juta pada Hari Kraf 

Kebangsaan 2016 yang berlangsung selama 12 hari bermula semalam.

Beliau yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarkan perolehan nilai jualan tahun lepas sebanyak RM20.3 juta, yang menyaksikan produk kraf bagi kategori hasil tanah penyumbang utama nilai jualan iaitu sebanyak RM8.7 juta atau 43 peratus.

Hari Kraf Kebangsaan 2016 yang bertema 'Natif ke Kreatif' disertai 500 pengusaha termasuk dari luar negara seperti Perancis, Rusia, Belgium, Amerika Syarikat dan Pakistan.

Pameran dan jualan barangan kraf itu dibuka dari 10 pagi sehingga 10 malam, yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan kraf, pameran dan jualan produk kraf rekaan baharu, demonstrasi dan interaktif kraf, pameran produk kraf warisan, padanan perniagaan, bicara kreatif, demontrasi makanan tradisional, persembahan keseniaan dan peragaan fesyen.


-- BERNAMA



1
2
 3
L-R - Nazri Aziz, Rosmah Mansor dan Nancy Syukri
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Thursday, 25 February 2016

TUBE melahirkan generasi muda berkeupayaan berniaga

Acara : Perasmian Menara Perdagangan Antarabangsa & Industri

Lokasi : Menara  Perdagangan Antarabangsa & Industri, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Tarikh : 24/2/2016


Video 1 - Ucapan apresiasi oleh PM Najib Razak



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Perasmian Menara Perdagangan Antarabangsa & Industri

Acara : Perasmian Menara Perdagangan Antarabangsa & Industri

Lokasi : Menara  Perdagangan Antarabangsa & Industri, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Tarikh : 24/2/2016



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
10