Thursday 30 June 2016

Kembara Sahur Kementerian Wilayah Persekutuan

Acara : Jejak Sahur Kementerian WP disempurnakan oleh DS Anggraini Santiyaki isteri kepada Menteri WP

Lokasi : Lima rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur

Tarikh : 28/6/2016


KEMBARA SAHUR KESINAMBUNGAN INISIATIF CSR KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DI BULAN RAMADAN

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2016 – Kembara Sahur anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, Iconic Paragon S/B, Apple Vacation dan Caritutor.My merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bulan Ramadan 2016/1437H. YBhg. Datin Seri Utama Datuk Anggraini Sentiyaki, Isteri kepada YB Menteri Wilayah Persekutuan turut menyertai para sukarelawan menyampaikan sumbangan Nur Ramadan kepada 5 buah rumah anak yatim dan perlindungan pada malam ini.

2. Kembara Sahur ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti CSR KWP sebelum ini yang telah diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016 pada Februari yang lalu. Lima (5) buah rumah anak yatim dan perlindungan yang terlibat dengan Kembara Sahur ini adalah Rumah Perlindungan Dan Anak Yatim Raudhatul Jannah, Rumah Amal Permata Hatiku, Pusat Jagaan Sri Mesra, Rumah Perlindungan Nur Hati dan Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia. 

3. Di atas inisiatif YBhg. Datin Seri Utama Datuk Anggraini Sentiyaki sendiri, pelaksanaan program CSR di bulan Ramadan ini adalah merangkumi rumah anak yatim dan perlindungan yang telah menjadi keluarga angkat KWP semasa sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016 yang lalu. Melalui aktiviti Kembara Sahur ini dapat mengeratkan lagi hubungan KWP dengan anak-anak dan warga emas yang tinggal di rumah-rumah berkenaan. Inisiatif CSR ini merupakan keprihatinan pihak kerajaan khususnya KWP dan NGO’s terhadap golongan yang memerlukan serta membantu penerapan penghayatan dalam menjalani ibadah puasa dan menyambut ketibaan Aidilfitri.

4. Setiap penghuni akan menerima sumbangan Nur Ramadan berupa wang tunai RM150.00 setiap seorang, barangan keperluan harian, kuih raya dan makanan sahur. Jumlah keseluruhan penerima sumbangan adalah seramai 136 orang yang disampaikan sendiri oleh Datin Seri Utama Datuk Anggraini Sentiyaki. Keseluruhan sumbangan wang tunai berjumlah RM20,400.00, beras (400 kg) dan gula (80 kg) adalah sumbangan KWP. Manakala sumbangan serunding sebanyak 167 pack dan 45 botol kuih raya adalah dari Badan Amal Kasih Ibu Putrajaya. Pihak Iconic Paragon S/B dan Apple Vacation berbesar hati memberi sumbangan KFC dan bubur nasi McD (untuk warga emas sahaja) kepada semua penghuni termasuk penjaga untuk hidangan sahur. Setiap rumah juga menerima sumbangan barangan dari Caritutor.My iaitu 5 kg minyak masak, 3 kg bihun, mee maggi, 10 tin susu pekat manis dan 10 tin sardin.  

5. Diharapkan menerusi penganjuran aktiviti kemasyarakatan dan program-program CSR sempena bulan ramadan 2016 ini akan memberi impak yang besar dalam penglibatan rakyat secara umum serta memberi peluang kepada semua warga Wilayah Persekutuan untuk menyertai setiap aktiviti dan program yang dianjurkan. Ini adalah bertepatan dengan bulan yang mulia ini dalam membantu golongan yang memerlukan bagi menerapkan erti kesyukuran dengan nikmat yang diberikan dalam kehidupan. Semangat kasih sayang dan tolong-menolong dalam masyarakat di Wilayah Persekutuan amatlah perlu bagi memastikan keharmonian serta perpaduan warga Wilayah terus dikekalkan demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.

Disediakan Oleh:

Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Wilayah Persekutuan 
Kuala Lumpur
28 Jun 2016

********************************************************************************

Video 1 - Perjalanan Kembara Sahur


***********************************************************************************

1
@ Rumah Perlindungan & Anak Yatim Raudhatul Jannah, Taman Pelangi, Sentul
 2
@ Rumah Perlindungan & Anak Yatim Raudhatul Jannah, Taman Pelangi, Sentul
 3
@ Rumah Perlindungan & Anak Yatim Raudhatul Jannah, Taman Pelangi, Sentul
 4
@ Rumah Perlindungan & Anak Yatim Raudhatul Jannah, Taman Pelangi, Sentul
  5
@ Rumah Perlindungan & Anak Yatim Raudhatul Jannah, Taman Pelangi, Sentul
 6
@ Rumah Perlindungan & Anak Yatim Raudhatul Jannah, Taman Pelangi, Sentul
 7
@ Rumah Amal Permata Hatiku, Batu 4 1/2 Jalan Gombak
 8
@ Rumah Amal Permata Hatiku, Batu 4 1/2 Jalan Gombak
 9
@ Rumah Amal Permata Hatiku, Batu 4 1/2 Jalan Gombak
 10
@ Rumah Amal Permata Hatiku, Batu 4 1/2 Jalan Gombak

Tuesday 28 June 2016

Majlis Iftar bersama TSMY

Acara : Iftar bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin

Lokasi : Kelab Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tarikh : 26/6/2016


Fotos only


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Kalau dah tak guna lagi baik bakar saja Buku Perlembagaan UMNO - GKCM

Acara : Pembakaran Buku Perlembagaan UMNO oleh GKCM

Lokasi : Kelab Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tarikh : 26/6/2016


Video 1 - UMNO sudah tidak perlu Perlembagaan



**********************************************************************************

Foto 360 darjah

Nota - Anda hanya perlu klik gambar tersebut dan ianya akan terbuka di link theta360... Anda boleh lihat keseluruhan persekitaran lokasi foto dirakam...Anda juga boleh mengalihkan pandangan dan sudut dengan menggerakkan cursor kearah mana yang anda suka ... Anda juga boleh enlarge or round up the image... selamat mencuba dan alami pengalaman barudari sudut pandangan 360 darjah


*******************************************************************

1
 2
 3


Monday 27 June 2016

Muhyiddin dan Mukhriz kekal bersama sebagai satu pasukan setelah dipecat dari UMNO

Acara : Sidang mmedia TS Muhyiddin Yassin dan DS Mukhriz Mahathir berkaitan pemecatan mereka

Lokasi : Kelab Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tarikh : 26/6/2016



Video 1 - Kenyataan media TS Muhyiddin Yassin mengenai pemecatan beliau dari UMNO



Video 2 - Kenyataan media DS  Mukhriz Mahathir mengenai pemecatan beliau dari UMNO





Video 3 - TSMY menjawab soalan mengenai masa depan politik beliau





*******************************************************************************

Foto 360 darjah

Nota - Anda hanya perlu klik gambar tersebut dan ianya akan terbuka di link theta360... Anda boleh lihat keseluruhan persekitaran lokasi foto dirakam... Anda juga boleh mengalihkan pandangan dan sudut dengan menggerakkan cursor kearah mana yang anda suka ...Anda juga boleh enlarge or round up the image... selamat mencuba dan alami pengalaman barudari sudut pandangan 360 darjah



******************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8


PERKASA tetap waspada dengan DAP walaupun tidak bersetuju dengan Mufti Pahang

Acara : Iftar Pribumi PERKASA

Lokasi : Hotel Adamson, Kg Baru, KL

Tarikh : 25/6/2016


Video 1 - Ringkasan keputusan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PERKASA

1. menyokong kenyataan Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman meminta kerajaan memecat Christopher Muller yang telah mengeluarkan kenyataan menghina pekerja Melayu dalam MAH

2. menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Bill Kayong (PKR) yang mati dibunuh baru baru ini. Bill Kayong semasa hayat nya adalah pejuang peribumi Sarawak.

3. merayu kepada Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim supaya menarik balik keputusan untuk bersara awal untuk mengelak kesangsian dikalangan rakyat Malaysia.

4. menyanggah pandangan Mufti Pahang mengenai status Kafir Harbi DAP walaupun pada dasarnya PERKASA sentiasa berwaspada dengan DAP dan pegangan politik mereka.




1
2
3
4
5
6
7
8
9



Saturday 25 June 2016

Iftar Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Acara : Iftar MKT UMNO

Lokasi : Dewan Merdeka, PWTC

Tarikh : 24/6/2016


Fotos only ......


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
Potong pulut kuning bagi meraikan kejayaan berkembar dalam PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar
 9
Potong pulut kuning bagi meraikan kejayaan berkembar dalam PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar
 10
Potong pulut kuning bagi meraikan kejayaan berkembar dalam PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar