jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Hanya mereka yang sedar diri, insaf dan yakin dengan kemampuan diri sanggup merendahkan diri memohon maaf dan mengaku kesilapan sambil memohon dan merayu agar diberi peluang sekali lagi oleh para pengundi. Ikuti rayuan wakil Kedah, Dato' Othman Haji Aziz..
Pendedahan dibuat oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Haji Md Alwi ADUN Ketereh mengenai tanah tanah SEDC Kelantan yang di daftar atas nama Nik Aziz dan isteri beliau sedang kan beliau adalah Pengerusi SEDC. Anwar Ibrahim perlu di beritahu segera kerana beliau begitu yakin Nik Aziz tidak memiliki walaupun seinci tanah kepunyaan Negeri Kelantan..
Event : Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung 2012 Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO
Date : 27/11/2012 @ 9.00 pm
DS Najib dan DS Rosmah tidak dijadualkan menghadiri majlis perasmian malam ini. DS Rosmah bagaimanapun membuat kejutan dengan hadir seorang diri ketika TS Muhyiddin sedang berucap separuh jalan. Kami difahamkan DS Rosmah menghadirkan diri di suatu Gala Dinner sebelum 'meloloskan' diri untuk menghadiri satu majlis yang 'dekat dihati' beliau... Suatu contoh yang mungkin baik sangat di ikuti oleh isteri isteri para pemimpin lain..
Venue : Dewan Perhimpunan Persatuan Cina Kuala Lumpur
Event : Himpunan Sambutan Ulangtahun ke 5 Hindraf dan Pelancaran Pelan Induk Hindraf
Date : 25/11/2012 @ 10.00 am
Pengerusi Hindraf, P.Waythamoorthy telah pun pergi mengadap Anwar Ibrahim untuk membincangkan permasalahan yang dihadapi masyarakat India yang bernaung dibawah Hindraf (masalah kaum India yang lain telah pun ditangani oleh pihak pihak lain termasuk MIC).
Dilaporkan pihak PKR sangat berminat untuk bekerjasama dengan Hindraf. Waythamoorthy dilaporkan tidak mempunyai hubungan akrab dengan pihak parti pembangkang berbanding dengan adik beliau P.Uthayakumar.
Najib Razak juga telah mengambil langkah membuka ruang perbincangan dengan pihak Hindraf. Namun Hindraf masih mengambil sikap berwaspada kerana merasakan masyarakat miskin India telah 'terkena' beberapa kali sebelum ini.
Hindraf meletakkan syarat utama sebelum apa apa perbincangan dengan pihak kerajaan. Pengharaman ke atas Hindraf hendak lah ditarik balik dan Hindraf dibenarkan beroperasi sebagai NGO hak asasi manusia. Mereka juga mensyaratkan supaya penubuhan satu Kementerian bagi menjaga hak dan hal ehwal kumpulan kumpulan minoriti di Malaysia. Tidak pula dinyatakan secara jelas samada Hindraf mahukan kerusi Menteri tersebut.
Kelab Penyokong MGR dengan keahlian seramai 5,000 menyokong penuh kepimpinan Najib Razak yang dilihat sebagai pemimpin turun padang dan 'delivers'. Mereka tak mau pun bercerita pasal Sivaji The Boss walaupun Presiden Kelab ini bekas Timbalan Pengerusi Keadilan Wilayah Persekutuan...
Event : Perasmian Himpunan Barisan 1Malaysia oleh PM Najib Razak
Date : 24/11/2012 @ 12.45 pm
Jangan Libatkan Anasir Luar Rosak Potensi Negara - PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak khasnya pembangkang agar tidak cuba melibatkan campur tangan asing dan membawa budaya negatif dari luar yang boleh merosakkan potensi dan masa depan Malaysia sebagai sebuah negara.
Menyelar tindakan yang disifat memalukan negara itu, Perdana Menteri berkata potensi Malaysia tidak wajar dirosakkan dengan kemasukan anasir luar kerana negara ini penuh dengan pengharapan dan mempunyai masa depan yang lebih baik daripada apa yang dimiliki hari ini.
"Kita sudah ada yang baik di sini...'why fix when it is not broken' (kenapa nak betulkan jika tidak ada yang salah)," katanya ketika berucap pada Himpunan Barisan 1Malaysia : Untuk Masa Depan Rakyat sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini Sabtu.
Najib berkata Malaysia kini menjadi contoh kepada banyak negara malah ada yang mencemburui kejayaan dan pencapaian negara namun ada pihak di dalam negara yang sengaja mencari kesalahan kerajaan untuk dijaja ke negara luar.
"Jangan cakap dalam negeri, orang Bangsamoro pun hendak berdamai pandang ke Malaysia, (selama) 40 tahun, lebih 100,000 orang sudah mati, tapi kata putusnya pada Malaysia.
"Di sini ada orang cari salah pada kita, (sedangkan) yang lain lagi teruk. Di Amerika Syarikat pilihan raya presiden pun banyak masalah, pengundi tidak ada nama di tempat mengundi, keputusan lambat, tetapi tidak ada pihak yang kata ada penipuan besar, pemilihan (Presiden Barack) Obama bagi penggal kedua tidak sah, tidak ada...," katanya.
Sambil menempelak pembangkang yang sering mempersoalkan dan mempertikai kerajaan, Najib berkata mereka bagaimanapun mendiamkan diri apabila barisan pembangkang berjaya merampas lima negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.
"Jadi jangan minta negara luar campur tangan, jangan bagi malu kepada negara kita. Kita sudah buat yang terbaik untuk Malaysia tapi dia pergi Australia untuk minta campur tangan, nasib baik Australia tidak ikut," katanya, merujuk tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan meminta bantuan Australia untuk memastikan pilihan raya umum bebas dan adil di Malaysia.
Australia bagaimanapun menolak rayuan itu serta menegaskan bahawa negara itu tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.
"Dia tahu kita ada hubungan baik, dia tahu pemimpin kita, dia kenal. Ini dia (Anwar) pergi sana cucuk sana, cucuk sini.
"Kita jangan jadi macam itu, kita ada peluang dan masa depan yang cukup baik jadi fikirkanlah untuk masa depan anak-anak kita," tegasnya.
Menyedari sokongan rakyat tidak lagi tertumpu hanya kepada parti-parti siasah, Najib berkata realiti baharu politik yang didukung perkembangan teknologi maklumat menuntut kerajaan untuk mengukuhkan hubungan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat umum.
"Sebab itu kita mengiktiraf NGO kerana Barisan Nasional (BN) faham masa depan negara bergantung kepada permuafakatan bersama NGO dan masyarakat madani yang seharusnya dibawa bersama sebagai rakan kongsi untuk mencapai matlamat mentransformasikan negara," katanya.
Menegaskan BN bukanlah parti yang kaku, Najib berkata kerajaan bersedia melakukan perubahan untuk membawa kejayaan lebih besar kepada negara.
"Kita telah membuktikan tidak semestinya kita tukar kerajaan untuk maju tetapi kita boleh membawa perubahan yang besar dengan kerajaan yang sama," katanya. - BERNAMA
Venue : Tingkat 38, Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur
Event : Sidang media Ketua Penerangan UMNO
Date : 23/11/2012 @ 12.00 pm
Tan Sri Dr Mohd Yusuf Noor berpandangan tidak dizalimi dan ahli nya mendap.at menafaat dan faedah yang banyak dari pentadbiran UMNO. Malah UMNO lah yang telah dizalimi mnereka dengan doa yang merosakkan
Ikuti respon dari Ayahanda Rahimuddin Mat Harun, Setiausaha Agung Gerakan Pantau Agensi Kerajaan (GEMPAK) mengenai desakan Irene Fernandes (Tenaganita) supaya dipinda Artikel 89 (Perlembagaan Persekutuan). Menurut Irene, Artikel tersebut memberi kelebihan kepada orang Melayu dan menekan serta menindas kaum lain dalam Malaysia...
Setiausaha Agung Pertubuhan Keris Emas Malaysia, Ayahanda Dato' Ahmad menggariskan apa itu Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan mendesak Nurul Izzah menarik balik kenyataan beliau mengenai kebebasan memilih agama oleh orang Melayu...
Ini jawapan bersahaja Tun Dr Mahathir semasa sidang media selepas memberi ucapan di majlis Malaysian Condemn The Unjust War in Gaza. Nampak gayanya makin dekat PRU 13 makin bercelaru pembangkang dalam membuat pemilihan...kedudukan Anwar macam sudah tidak menentu dan hanya mengharap ikhsan parti komponen dalam pakatan pembangkang... Anwar harus bertindak tegas mengawal keadaan dari melarat sehingga 'Tun' Karpal mengambil alih tempat beliau pabila Putrajaya berjaya ditawan...