Wednesday, 27 February 2013

Anwar Ibrahim sudah tidak relevan

File pic.

ANWAR SUDAH TIDAK RELEVAN

Isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat ditakdirkan menawan Putrajaya terus dibincang. Nada perbincangan kelihatan semakin hangat dan goyah. Rakyat yang tidak menyokong Pakatan Rakyat pun turut memberi perhatian kepada isu yang masih belum ada penyelesaian yang melibatkan jawatan nombor satu itu.

Rata-ratanya rakyat samada penyokong Pakatan atau penyokong BN ataupun mereka yang berada di atas pagar dilihat memberi perhatian istimewa kepada isu ini kerana yang terlibat ialah manusia yang namanya Anwar Ibrahim. Sebut sahaja Anwar Ibrahim berbagai imej akan terpancar dan hampir semuanya menjurus kepada negatif untuk dirinya, negatif untuk Pakatan dan malapetaka untuk Negara.

Tiada siapa yang memiliki akal yang siuman dapat menerima seorang Perdana Menteri dengan imej yang berpecah-pecah dan sehingga kini dari dirinya sendiri, dari partinya dan daripada Pakatan sendiri belum kelihatan ada usaha membersihkan arang yang tercalar di sana sini pada muka Anwar Ibrahim.

Kebanyakan kita bersetuju bahawa untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan latar belakang sosio budaya yang beranika dan kekuatan tatasusila masih ampuh dalam kehidupan sebahagian rakyat, maka mana-mana individu yang tidak dapat memenuhi prasyarat-prasyarat ini sudah tentu tidak diberi ruang dan tempat oleh majoriti rakyat negara ini.

Rakyat Malaysia boleh memilih dengan menggunakan kriteria masing-masing seorang Perdana Menteri yang benar-benar menjadi kebanggaan bukan sahaja di kalangan Melayu Islam, dikalangan orang Cina orang India dan suku kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Bahkan dengan sistem demokrasi yang diamalkan, siapa sahaja yang mempunyai kelayakan boleh bersama-sama menentukan bakal Perdana Menteri  melalui undi yang mereka berikan.

Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kelmarin terdapat usaha untuk menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai penyandang jawatan Perdana Menteri. Pimpinan utama DAP dan PKR cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan endorsement untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri. Tetapi atas respons yang seolah-olah kaku daripada perwakilan di tambah pula dengan posisi PAS terhadap isu ini yang sudah diketahui lebih awal maka percubaan “memasarkan” Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri gagal sama sekali.

Pada masa yang sama PAS kelihatan tidak terpanggil untuk membincangkan soal tersebut lantaran PAS melalui Majlis Syura Ulama dikatakan telah membuat keputusan tidak bersetuju menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri. Rasional PAS mudah ditelah. Sebagai sebuah parti Islam sudah tentu Anwar Ibrahim gagal memenuhi prasyarat parti Islam itu untuk melayakkannya menjadi Perdana Menteri.

Kalau kita semak ke belakang sejarah melantik Perdana Menteri diperingkat awalnya hampir tidak menghadapi masalah. Tidak ada gelombang, tidak ada ribut dan tidak kelihatan tanda-tanda wujudnya gelora. Apa yang disaksikan hari ini berbeza sekali. Rakyat daripada berbagai kedudukan dan latarbelakang telah mara ke hadapan menyatakan pendirian mereka berhubung dengan siapa yang sepatutnya duduk di kerusi Perdana Menteri seandainya Pakatan menawan Putrajaya.

Tinjauan yang telah dibuat sekian lamanya di seluruh negara menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim bukan calonnya. Anwar Ibrahim tidak layak. Anwar Ibrahim akan menimbulkan aib di mata dunia dan pemilihan Anwar Ibrahim akan dilihat sebagai kebaculan rakyat Negara ini memilih seorang manusia yang dari segi moral mengamalkan prinsip membujur lalu melintah patah. Dari segi agama pula fahaman pluralisme agama dan Islam liberal kini dipenuhi dengan tanda soal yang beliau sendiri pun tidak mampu menghujah balik kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

Indikasi penolakan terhadap Anwar Ibrahim menjadi semakin menyeluruh. Ulasan-ulasan, pandangan-pandangan, observasi-observasi dan kajian-kajian yang dibuat oleh para intelektual samada yang mewakili NGO-NGO Islam yang terkemuka telah menambahyakinkan rakyat bahawa tidak ada gunanya mana-mana pihak termasuk DAP dan PKR menghabiskan masa memberikan berbagai alasan untuk terus menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Apapun yang hendak dilakukan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu Islam tidak mempunyai apa-apa hujah lagi bila neraca moral dan agama digunakan untuk dijadikan kriteria asas menentukan siapa Perdana Menteri.

PAS kelihatan seolah-olah baru sedar bahawa dari lamunan mereka majoriti orang Melayu yang bakal menjadi pengundi mereka menolak Anwar Ibrahim. Seingat saya, sewaktu saya didalam PAS, saya adalah di antara pimpinan Pas yang dari awal-awal lagi mencadangkan supaya Perdana Menteri Malaysia mesti datang daripada jalur kepimpinan PAS. Bahkan saya telah menamakan Presiden PAS Ust Hadi Awang sebagai calon yang paling layak jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim. Dengan tidak perlu memanjang hujah, letakkan dua gambar insan ini dihadapan kita. Kita yakin secara naluri dan ditambah dengan bisikan dhamir yang cintakan kebenaran, gambar Anwar Ibrahim akan menjadi malap dan terus gelap.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian supaya rakyat Melayu Islam tidak kelihatan begitu naïve terhadap apa yang berlaku dalam isu Perdana Menteri Pakatan itu. Di satu sudut ada sedikit kelegaan di hati kalangan ahli dan penyokong PAS bila Parti islam itu dilihat menolak Anwar Ibrahim. Penolakan terhadap Anwar Ibrahim seperti yang disebutkan sebelum ini timbul dengan agak tiba-tiba setelah buat sekian lamanya pimpinan tertinggi PAS menyebut melalui lidah mereka sendiri nama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Perubahan yang agak drastik seperti ini perlu dilihat dari kaca mata yang lebih berhati-hati. Dikhuatiri keputusan PAS walaupun tidak menyebut Anwar Ibrahim tetapi sehingga ke hari Konvensyen semalam PAS masih tidak menyebutkan siapakah di antara pemimpin PAS yang layak  menyandang jawatan itu.

Saya menjangkakan tindakan PAS tidak menamakan sesiapa adalah merupakan satu taktik untuk meraih semula sokongan ahli, penyokong dan masyarakat Islam terhadap PAS dalam PRU ke 13. Ditakdirkan semuanya berjalan seperti yang distrategikan, PAS akan mengolah semula keputusan parti mengenai calon Perdana Menteri. Saya tidak terperanjat kalau nama Anwar Ibrahim ditimbulkan semula oleh PAS untuk menjadi Perdana Menteri sebagai salah satu daripada percaturan politik terutama dalam situasi dimana PAS memenangi jumlah kerusi yang paling kecil dalam Pakatan Rakyat tersebut.  Saya juga berkeyakinan DAP dan PKR akan terus meremehkan dan memperkecilkan PAS seperti yang telah mereka lakukan sebelum ini. Keputusan pilihanraya yang tidak memihak kepada PAS akan menjadikan Parti Islam itu tidak lebih seperti melukut ditepi gantang sekadar untuk mencukupkan korum sahaja.    

Akhirnya, isu mengenai Perdana Menteri Pakatan Rakyat sepatutnya tidak perlu dipanjangkan lagi. Tidak ada logiknya mengulang-ulang hujah yang sama terhadap manusia yang sama yang sebahagian besar daripada rekod kewibawaannya telah diketahui di seantero dunia.

Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam konteks kepimpinan politik negara. Beliau juga tidak relevan dari segi membincangkan isu politik semasa terutama PRU ke 13. Rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku dan rakyat juga tidak mampu lagi menanggung aib disebabkan masalah moral yang bertimpa-timpa tanpa berkesudahan. Apa yang berlaku kepada dirinya akan dipalitkan kepada majoriti penduduk negara ini yang terdiri daripada penduduk Melayu Islam.

Rakyat Malaysia sudah dewasa. Rakyat Malaysia sudah matang dan rakyat Malaysia tidak perlu disogok ke telinga mereka setiap waktu dan masa mengenai Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia lebih prihatin dan cenderung untuk melihat gambar yang lebih besar tentang kerukunan dan kesejahteraan hidup bersama ahli keluarga dan masyarakat sekitar. Mereka tidak mahu dan serik dilibatkan dengan cerita-cerita yang memualkan.

Inilah masanya rakyat perlu bangkit menolak Pakatan Rakyat. Bukti Pakatan Rakyat tidak boleh bersatu begitu terang dan jelas dihadapan kita terutama dalam konteks siapa bakal menjadi Perdana Menteri. Kalau isu asas melantik Perdana Menteri tidak selesai, apa isu yang boleh diselesaikan oleh Pakatan Rakyat yang dikatakan akan menjadi peneraju di Putrajaya nanti.

Rakyat tidak sepatutnya memperjudikan masa depan negara dengan mengizinkan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. Seandainya kita lakukan juga, ertinya kita redha melihat anak bangsa kita menerima bahana daripada ketidakprihatinan kita itu.   


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
26 Februari 2013



Cara Pakatan membiayai program Manifesto.

Venue : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 26/2/2013 @ 11.30 am


Pakatan Rakyat bergantung kepada kejayaan program membenteras rasuah dan kecekapan dalam  pengurusan kewangan negara supaya ketirisan dan pembaziran wang dielakkan. Walaupun tanpa hasil tambahan Anwar yakin penjimatan dari dua initiatif tersbut memadai untuk membiayai segala yang telah di janjikan dalam Manifesto Pakatan...


Pakatan pertikai kesungguhan Ikrar Integriti

Venue : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 26/2/2013 @ 11.30 am


Pakatan Rakyat menolak jemputan untuk menandatangani Ikrar Integriti kerana mempertikaikan kesungguhan perlaksanaan perogram tersebut. Alasan nya ialah penandatangan dalam Ikrar tersebut terdiri daripada mereka yang berskandal besar...




Tuesday, 26 February 2013

Menawarkan apa saja, teknik untuk menang PRU13

File Pic..
KENYATAAN YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI MANIFESTO PAKATAN RAKYAT


Pakatan Rakyat telahpun  membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini.

Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru. Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut :

  1. Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”.

  1. Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.

  1. Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian. PAS sebagai salah sebuah parti Islam yang kini merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat biasanya mengutarakan konsep insan sepadu yang mesti dibangunkan seutuhnya. Ini bermakna di samping kemajuan material, pembangunan seharusnya menekankan aspek mental dan intelektual terutamanya spiritual yang akan menjamin lahirnya masyarakat yang seimbang pembangunannya. Sementara di peringkat individu seimbang juga syaksiah keperibadiannya. Rakyat sedemikianlah yang di harap mampu menjelmakan konsep “Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur” seperti yang disebut berulang kali oleh pimpinan PAS.

  1. Apa yang ditawarkan pada analisa akhirnya lahirlah manusia-manusia yang teguh kedudukan material yang lazimnya mudah menonjolkan sifat-sifat keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan demi mengejar “superiority material”. Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka.

  1. Kita sudah menyaksikan bagaimana masyarakat barat melalui proses untuk mencapai tahap kemajuan dan kesejahteraan material seperti yang dibangga-banggakan. Atas tekanan material semata-mata akhirnya masyarakat dibebani dengan berbagai penyakit masyarakat samada yang timbul daripada masyarakat itu sendiri atau yang diimport daripada luar.

Rata-ratanya masyarakat tidak mempunyai benteng pertahanan untuk mempertahankan keutuhan nilai-nilai sosio budaya, akhlak, budi pekerti dan tata susila dan kekuatan dalaman yang sangat diperlukan untuk menongkah cabaran abad yang berikutnya.

  1. Seperti yang di ulas panjang lebar sebelum ini tawaran-tawaran yang dikemukakan tidak lebih daripada janji-janji kosong setakat untuk menggamit keyakinan pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. Yang paling mudah bagi mereka nanti bila sampai masanya bila janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan “manifesto bukan satu perjanjian”. Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan gula-gula manis untuk memikat hati rakyat. Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.

  1. Para penganalisa politik sehinggi kini menyebutkan bahawa tawaran Pakatan Rakyat dalam konteks pembangunan sebuah negara seperti Malaysia dapat disamakan seperti mimpi disiang hari. Pakar-pakar ekonomi pula menghujahkan seandaianya sebahagian apa lagi kesemua butiran-butiran manifesto itu hendak dilaksanakan, Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara muflis. Ketika itu pihak yang menawarkan bintang dan bulan tersebut mudah mencuci tangan sebaliknya rakyatlah yang akan menanggung bahana dan derita yang mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi yang akan datang.

  1. Bagi mereka yang belum mempunyai pengalaman mengurus dan mentadbir sebuah negara, tawaran-tawaran yang dibuat lebih mudah untuk dinukilkan. Sebaliknya kepada pihak yang sudah berpengalaman mengurus negara sudah tentu mengambil kira berbagai faktor terutamanya faktor boleh atau tidak boleh tawaran itu dilaksanakan. Kita belum melihat tawaran daripada BN lagi. Seandainya BN juga dalam masa terdekat ini dapat mengemukakan manifesto mereka, maka bolehlah rakyat membuat penelitian dan mengambil satu posisi terhadap kedua-dua manifesto tersebut.  Barulah rakyat boleh menilai yang mana yang lebih munasabah dan yang mana yang boleh dipercayai serta yang mana yang mempunyai kredibiliti untuk diberi mandat di dalam PRU ke 13 nanti.

Setakat yang  dapat kita saksikan di negeri-negeri dalamana Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbirnya, fakta-fakta menunjukkan bahawa sebahagaian yang dijanjikan dalam manifesto untuk masing-masing negeri tidak berjalan seperti yang diharapkan. Harga rumah yang rata-ratanya melambung tinggi menjadi penyebab orang-orang Melayu di Pualu Pinang dan Selangor keluar mencari tempat kediaman di kawasan-kawasan pinggiran bandar, luar bandar dan kawasan terpencil menghampiri hutan simpan yang mampu dimiliki sesuai dengan pendapatan isi rumah mereka.    

Seperkara lagi bagi Pakatan Rakyat mereka boleh janjikan apa sahaja. Lantaran kemungkinan untuk memenangi Putrajaya masih jauh daripada yang diangan-angankan. Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa sahaja. Beri rakyat bulan dan bintang. Manalah tahu, kalau ada di antara rakyat yang boleh terpengaruh dengan janji-janji politik yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak mengabui mata dan minda rakyat.


Hanya rakyatlah yang semestinya bijak. 55 tahun kita merdeka, sepatutnya tidak ada golongan rakyat di Malaysia yang masih boleh digula-gulakan. Tidak ada lagi golongan rakyat di negara ini yang sanggup diperkotak-katikkan kebolehan minda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Rakyat Malaysia sudah dimasukkan ke dalam kumpulan rakyat yang berpendidikan. Rakyat yang boleh menentukan masa depan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negaranya sendiri.


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
25 Februari 2013  

Sekitar Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4

Venue : Shah Alam Convention Center, Shah Alam, Selangor

Event : Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4

Date : 25/2/2013 @ 10.00 am - 2.00 pm



 1/66 Baru Bian bersuit hitam
 2
 3
 4  Sami Sikh yang sering kelihatan dimahkamah ketika perbicaraan Anwar
 5
 6
 7
 8
 9 
 10

Friday, 22 February 2013

Institut Rakyat dilancarkan

Venue : Hotel Empire, Subang Jaya, Selangor

Event : Majlis Pelancaran Institut Rakyat

Date : 21/2/2013 @ 3.00 pm


Kanali   Institut Rakyat


 1/27
 2  Yin Shao Loong - Research Director
 3
 4  Ginie Lim - Research Associate
  5  Tricia Yeoh - Research Director
 6  Wong Hoy Cheong - member of the Board
 7
 8  Wan Azizah - Chairperson
 9
 10

Thursday, 21 February 2013

Wan Azizah seru jangan 'pekong didada' dibuka

File pic - Wan Azizah

KENYATAAN MEDIA

21 FEBRUARI 2013

Perbezaan pendapat yang wujud antara parti-parti Pakatan – sama ada berhubung rundingan kerusi mahupun perkara-perkara lain – tidak patut didedahkan kepada umum begitu sahaja, apatah lagi dengan menjelang pilihan raya.

Sebarang perbezaan di dalam Pakatan sepatutnya diselesaikan secara dalaman, sebagaimana yang telah disarankan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

PAS, DAP dan KEADILAN telah membuat impak besar dalam lanskap politik Johor dan kita telah mencapai kata sepakat dalam isu-isu pokok. Hubungan ini harus dijaga. Kenyataan-kenyataan media yang negatif tidak membantu dan boleh dieksploitasi pihak lawan.  

KEADILAN juga terus memberi keyakinan kepada Chua Jui Meng untuk memimpin Majlis Pimpinan Negeri Johor. Beliau telah begitu banyak menyumbang kepada perkembangan parti di negeri tersebut dan seharusnya terus diberi peluang melakukan perubahan demi rakyat.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT 


Wednesday, 20 February 2013

Pengumuman Pelancaran Institut Rakyat

Venue : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 19/2/2013 @ 11.30 am


Tricia Yeoh sedang memberi penerangan


PELANCARAN INSTITUT RAKYAT: KE ARAH MALAYSIA BARU

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), sebuah parti yang memperjuangkan islah dan keadilan untuk semua, akan melancarkan Institut Rakyat – sebuah badan penyelidikan yang independen. Walau diwujudkan oleh KEADILAN, Institut Rakyat (IR) adalah independen berdasarkan punca kewangan dan juga hasil penyelidikan yang dijana. Objektif utama IR adalah untuk memberikan perspektif yang seimbang kepada badan eksekutif parti.

Institut Rakyat akan menawarkan pandangan serta saranan dasar-dasar kepada KEADILAN. Hal ini seiring dengan visi sebuah Malaysia yang mekar di dalam suasana pertumbuhan ekonomi mapan serta perkembangan sosial, alam sekitar dan perhubungan kaum dan agama yang harmoni.

Institut ini merupakan hasil usaha pelbagai individu dan orang ramai yang terlibat di dalam kajian dasar, kertas kerja, dan juga penulisan-penulisan yang dihasilkan oleh ramai sukarelawan, pelajar-pelajar praktikal, dan pekerja-pekerja parti dalam beberapa tahun. Inisiatif terbaru ini berfokuskan kepada memperkuatkan asas kepimpinan yang berdasarkan dasar-dasar yang kukuh.

Kami didorong oleh keperluan untuk adanya dasar-dasar yang berpandukan kefahaman yang mendalam dari segi pembangunan manusia, keadilan sosial, hak-hak asasi dan peluang yang sama.

Kami menubuhkan IR untuk mengiktiraf keperluan untuk:

Menaikkan tahap keyakinan awam (terutamanya kelas menengah, ahli perniagaan dan diplomatik) di dalam pembuatan dasar oleh parti-parti politik.
Mengubah senario politik di Malaysia dari ketakutan, ugutan, dan personaliti ke arah persaingan dasar kompetitif dan perdebatan.

Menyediakan kertas kerja dan kajian selidik yang menyeluruh bersama dengan pilihan dan implikasi untuk ahli pimpinan eksekutif agar dapat membuat pilihan dasar yang paling baik.
Memastikan timbang tara di dalam perlaksanaan dasar.


Malaysia sekarang berada di sebuah persimpangan jalan – untuk menghadapi pelbagai cabaran dari spektrum politik, sosial, dan juga ekonomi. Kami sedar bahawa terdapat kekurangan kebebasan institusi, sistem keadilan yang semakin gagal, dasar ekonomi-sosial yang tidak memberi tumpuan yang penuh untuk menghapuskan kemiskinan tegar dan juga kemiskinan di kawasan bandar, dan kelemahan hala tuju dasar yang memburukkan lagi index-index utama di negara kita hari ini – kebebasan media, kedudukan kompetitif, dan kadar jenayah yang semakin meningkat. Perdebatan dan perbincangan yang serius amatlah penting untuk memastikan objektif-objektif dasar dapat dilaksanakan.

Oleh itu, kami dengan sukacita ingin mengumumkan pelancaran sebuah pusat penyelidikan dasar untuk memenuhi keperluan-keperluan ini. Tema pelancaran “Ke Arah Malaysia Baru” adalah amat sesuai, sepertimana yang kami harapkan untuk adanya dasar-dasar alternatif ke arah Malaysia yang lebih baik, untuk generasi masa depan yang akan datang. Kertas kerja pertama yang akan dibentangkan adalah bertajuk “Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna.”

Majlis pelancaran ini akan diadakan pada Khamis, 21 Februari 2013, 3 petang di Hotel Empire, Subang Jaya. Sesi ucaptama akan disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan diikuti oleh seorang penceramah jemputan.

Institut Rakyat mempunyai visi untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara berkembang dengan pembangunan ekonomi yang mampan dan seimbang dengan pembangunan sosial, alam sekitar, dan keharmonian bangsa dan agama. Kami percaya kepada sebuah falsafah di mana semua rakyat Malaysia tidak boleh ditinggalkan, tidak mengira bangsa, perbezaan kawasan, fahaman politik, gender, dan juga agama.


INSTITUT RAKYAT

19 February 2013



Najib cannot treat PKR Wanita Chief lightly

Venue : Ibupejabat Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sebelum sidang media

Date : 19/2/2013 @ 11.00 am


Ah Jib Gor appeared on a CNY TV commercial playing the Chinese drum. Keadilan Wanita Chief, Zuraida Kamaruddin felt that Ah Jib Gor looked out of place and 'unreal' with the drum. I have managed to coax her into showing the correct manner to treat and great with the Chinese drum when the Lion Dance troupe paid a visit to Keadilan HQ during their rounds in the area today..  

She was afraid that I might 'spin' the video.. Well in good faith I am sharing with the viewers the two clips that I shot without 'manipulation' save for the 'slow mo' effect in the second segment...Amacam ada gaya boleh gugat Ah Jib Gor ???



Note : Ajib Gor corrected to Ah Jib Gor on 21/2/2013 @ 8.57 am

Tuesday, 19 February 2013

Nik Aziz merapu lepas makan ubat?

Venue : Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur

Event : Majlis Bersama Negarawan Ulung , Tun Dr Mahathir Mohamad

Date : 18/2/2013 @ 10.00 am


Kalimah Allah hanya lah untuk orang Islam. Sehina hina orang Islam apabila membenarkan kalimah Allah digunakan orang lain...




Sekitar majlis warga FELDA Bersama Tun Dr Mahathir

Venue : Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur

Event : Majlis Bersama Negarawan Ulung , Tun Dr Mahathir Mohamad

Date : 18/2/2013 @ 10.00 am





1/73
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Monday, 18 February 2013

Kunjungan Najib baik bagi Dong Zong..

Venue : Padang besar Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong, Jalan Bukit Tinggi, Kajang, Selangor

Event : Dong Zong's CNY Open House 2013

Date : 17/2/2013 


Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian menterjemahkan jawapan yang telah diberikan dalam bahasa Mandarin kepada sekumpulan wartawan media Cina..



Sekitar rumah terbuka Dong Zong bersama Anwar


Venue : Padang besar Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong, Jalan Bukit Tinggi, Kajang, Selangor

Event : Dong Zong's CNY Open House 2013

Date : 17/2/2013 


Anwar Ibrahim tiba di majlis pada jam 11.20 am dan meninggalkan majlis pada jam 12.20 pm. Beliau juga tidak membuat sebarang ucapan. 

1/22
 2
 3  Kumpulan sorak ..
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 17 February 2013

Sekitar rumah terbuka Dong Zong bersama Najib Razak

Venue : Padang besar Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong, Jalan Bukit Tinggi, Kajang, Selangor

Event : Dong Zong's CNY Open House 2013

Date : 17/2/2013 

DS Najib Razak tiba awal pada jam 9.45 am walaupun dijadual tiba pada jam 10.00 am. Ramai wakil media yang terlepas liputan ketibaan Najib. Tiada ucapan oleh pihak tuan rumah mahupun dari Najib sendiri. Beliau berada di lokasi selama empat puloh lima minit dan meninggalkan majlis tepat pada jam 10.30 am.


1/24
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10