Friday, 29 November 2013

Najib Razak tak pernah serik walau dikhianati

Lokasi : Jalan Segambut, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Jambatan KTM ke Mont Kiara, Segambut

Tarikh : 28/11/2013 @ 10.00 am


Dengar lah pengakuan Ku Nan mengenai sikap DS Najib Razak yang tidak pernah serik dengan pihak-pihak yang mengkhinati kepercayaan beliau. Itu lah sifat beliau sebagai pemimpin yang berkeperibadian tinggi kepada semua rakyat Malaysia tidak kira samada mereka menyokong beliau atau sebaliknya..





Wakil rakyat DAP memang busuk hati ??

Lokasi : Jalan Segambut, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Jambatan KTM ke Mont Kiara, Segambut

Tarikh : 28/11/2013 @ 10.00 am


Daripada ucapan Ku Nan ini dapat saya simpulkan bahawa wakil rakyat kawasan Segambut, Lim Lip Eng dari DAP yang menentang pembangunan projek jambatan ini memang busuk hati dan hanya mementingkan diri sendiri. 



1/17
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10


Thursday, 28 November 2013

KJ perkenal KPI dalam pengurusan Pemuda UMNO

Lokasi : Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur

Acara : Mesyuarat pertama Exco Pemuda UMNO bagi sesi 2013-2016

Tarikh : 26/11/2013


Berita penuh di 


Mungkin ada baiknya jika KPI setiap Jawatankuasa di nyatakan secara terang dalam website Pemuda sebagai tanda ketelusan. Selain mengingatkan AJK yang terbabit akan matlamat yang perlu dicapai , ianya juga akan dapat mengelak serangan atau kritikan yang tidak berasas terhadap pengurusan Pemuda.

1/14
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13  Khairul Azwan (kiri) dan Jamawi Jaafar. Khairul dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan sementara
Jamawi pula dilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda 
 14


Wednesday, 27 November 2013

UMNO hanya perlu dua sayap untuk 'terbang'

Lokasi : Dewan Tun Hussein, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Ramah Mesra kepimpinan Wanita negeri dengan Ketua Wanita UMNO

Tarikh : 26/11/2013 @ 2.00 pm


Kak Ijat hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama EXCO Wanita yang baru dilantik bagi penggal 2013-2016. Selain jawatan Kak Rosni sebagai Penolong Setiausaha Wanita yang masih dikekalkan, jawatan-jawatan lain termasuk jawatan Ketua Penerangan masih lagi dipertimbangkan dan hanya akan diumumkan dalam masa terdekat. 

Fokus Kak Ijat ialah untuk meletakan Wanita dalam klasifikasi baru dan tidak lagi dikenali sebagai Sayap UMNO setara dengan Puteri dan Pemuda UMNO. Ianya sebagai pengiktirafan kepada sumbangan dan kematangan Wanita sebagai IBU dalam parti UMNO. Kak Ijat akan mencadangkan kepada Presiden parti dalam masa terdekat untuk mengkategorikan Wanita UMNO sebagai 'TULANG BELAKANG UMNO' sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno minggu depan. 


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13


Apa musibah lagi akan menimpa Anwar?

Lokasi : Bilek mesyuarat tingkat 38, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur


Tarikh : 26/11/2013 @ 4.00 pm


Apa lah malang nya nasib Anwar Ibrahim yang ditimpa musibah bertalu talu dalam masa sebulan ini. Minggu lepas beliau dengan tiba-tiba buat penafian yang mengejutkan mengenai dakwaan 40,000 pengundi Bangla yang digunakan BN semasa PRU13. Kenyatan 'u-turn' beliau menimbulkan kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari kalangan penyokong sendiri. Apa tidak nya segala ucapan dan kenyataan beliau semasa berkempen PRU13 telah di rakam oleh pelbagai pihak dan boleh digunakan sebagai bukti penipuan dan fitnah beliau.

Kini hampir seluruh jentera PKR di Sabah lumpuh dengan keluarnya 11 ketua cabang PKR Sabah yang telah didahului dengan keluarnya 2 ADUN mereka dari Matunggung dan Kedamaian. Gelombang kedua dikhabarkan akan menyusul tidak lama lagi dengan keluarnya 9 lagi ketua cabang menjadikan 20 daripada 25 cabang PKR Sabah tidak mempunyai ketua. Yang parah nya apabila ahli-ahli biasa yang menjadi penyokong dan pengikut ketua-ketua cabang yang terlibat akan atau bakal turut sama meninggalkan PKR.

Dimana nak letak muka Anwar kerana isu yang timbul ialah hilang nya kepercayaan kepada beliau. Jangan cerita pasal maruah. Kita nantikan respon beliau dalam masa terdekat ini. Saya percaya rakan-rakan media akan memburu beliau di Parlimen hari ini..


Ikuti sesi penerangan oleh 'renegades' PKR Sabah..



"Tanya sama Anwar apa sebab goyang.."

Lokasi : Bilek mesyuarat tingkat 38, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur

Acara : Majlis pengumuman 11 ketua cabang PKR keluar parti.

Tarikh : 26/11/2013 @ 4.00 pm


Kenyataan balas yang diterima dari sumber dalaman PKR sebaik saja majlis pengumuman selesai....
"Ha..ha.. semua group Azmin masa PRU13. Kumpulan yang boleh dijual beli"
"Sabah cukup mudah kena beli...sebab itu tak harap dgn puak2 Sabah ini"

P.S Bottom line Najib kini dalam kedudukan boleh 'pulang paku buah keras'..
TANYA SAMA ANWAR APA SEBAB GOYANG
NANTI JAWAB ANWAR SABAH DAH HILAAAAANG !!

Ingat lagi tak bait-bait senikata lagu olahan Anwar ketika berkempen pada PRU13 yang lalu?.

Kami diberitahu bahawa dalam masa terdekat ini hampir tiga suku daripada 25 cabang PKR Sabah akan kehilangan sekurang-kurang nya Ketua Cabang mereka dan kemungkinan diikuti oleh ahli-ahli cabang yang terlibat. Alasan nya mudah saja...mereka telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Anwar Ibrahim.. 

Ketua Cabang yang mengumumkan keluar parti hari ini ialah dari Kudat, Kota Marudu, Sepanggar,  Kota 
Belud, Batu Sapi, Pensiangan, Beluran, Kinabantangan ,Silam, Kalabakan dan Semporna.

1
 2
 3 
 4  Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj Musa Aman
 5  Najib Razak bersalaman dengan ADUN Matunggung, Datuk Jelani Hamdan
 6
 7  Najib bersalaman dengan ADUN Kedamaian, Jeremy Malajad @ Ukuh
 8
 9
 10
 11
12 
 13