Tuesday, 31 March 2015

Bill Persendirian Hadi bertujuan menaik martabat Mahkamah Syariah

Lokasi : Pusat Media, Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

Tarikh : 30/3/2015


Presiden PAS akan membawa Usul Persendirian berhubung pindaan kepada Jadual 9 Undang-undang Syariah Negeri Kelantan pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang sedang berjalan sehingga 9/4/2015. 

Pindaan tersebut bertujuan memberi bidang kuasa yang lebih kepada  Mahkamah Syariah untuk menghukum orang-orang Islam sekurang kurang nya setara dengan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.

Pindaan ini menurut Hadi hanya memerlukan 'simple majority' dan tidak perlu persetujuan dua pertiga ahli dewan rakyat.



1
 2
 3
 4
 5
6
 7


Sunday, 29 March 2015

PDRM masih mengizinkan #KitaLawan menyusahkan wargakota

Lokasi : Jalan Ampang berhadapan dengan British Council

Acara : Demonstrasi #KitaLawan

Tarikh : 28/3/2015


Secara teknikal pendemo telah mencapai kejayaan besar hari ini walaupun berdepan dengan tindakan menahan reman segala macam individu yang dianggap menjadi penganjur atau menjuarai #KitaLawan oleh PDRM.. Penganjur boleh mendabik dada dan memohon peruntukan yang lebih dari sponsors untuk penganjuran satu lagi program besar pada 1/5/2015. Dimana silap nya strategi PDRM ?

Ramai dikalangan wakil media yang terpinga pinga cuba mencari jawapan dan rasional mengapa Ketua Aktivis Jingga13, Fariz Musa tidak ditahan reman sedangkan beliau lah yang menjadi dalang utama dalam penganjuran #KitaLawan sejak dari mula lagi.. 

Mengapa melakukan segala macam tangkapan termasuk kejadian 'menculik' Hishamuddin Rais dan melalui segala macam publisiti buruk tetapi masih gagal menghalang demonstrasi pada hari ini. Kalau nak diberikan kelonggaran pun cukup lah sekadar berdemo di SOGO, mengapa biarkan mereka ini berarak sehingga kepinggir KLCC ? Adakah Fariz Musa seorang 'snitch' atau tali barut Polis yang dibiarkan bergerak dalam Jingga13 dan 'makan dari dalam' ?

Hari ini seorang kakitangan warga asing dari British Council telah 'mengamuk sakan'  dengan bersemuka pendemo secara bersendirian. Beliau begitu marah kerana pendemo telah menyebabkan kesusahan kepada pelajar dan ibubapa yang ingin mengambil anak-anak mereka dari British Council. Laporan boleh diperolehi di Pendidik British Council berang dengan peserta #Kita Lawan

Bottomline.... #KitaLawan kali ini menyerlahkan perpecahan dalam arah tuju dan fokus gerakan jalanan pihak penganjur. Ianya dimulakan dengan #March2Freedom bagi tujuan pembelaan dan solidariti bersama Anwar Ibrahim. Keluarga Anwar begitu aktif mengambil bahagian dalam setiap siri himpunan pada peringkat awal.

Hari ini tiada kelihatan langsung kelibat Nurul Izzah atau mana-mana adik beradik mahupun ibu beliau. Isu Anwar pun sudah tidak lantang dibawa pendemo. Mereka berpecah dan membawa isu masing-masing dari Pecat IGP, 1MDB, GST dan majlis perkahwinan anak Rosmah dan Najib.

Jelas sekali Anwar sudah tidak relevan.. Isu pemenjaraan beliau hanya digunakan sebagai palam untuk kick-start program bantahan dijalanan bagi menjatuhkan Najib. Sekaranglah masa nya pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat dapat peluang menonjolkan diri dan keluar dari bayangan Anwar Ibrahim.


1  Altantuya dan Jho Low pun diheret kejalan
2
 3
 4  Manimaran , MP Kapar berucap
 5
 6
 7 Dua lapisan GD dan dua lapisan SB berjaga jaga takut KLCC dirempuh pendemo
 8
 9
 10

Saturday, 28 March 2015

Masih ada yang sanggup mati untuk Rosmah dan Najib??

Lokasi : PJ Industrial Park, Petaling Jaya, Selangor

Acara : Sidang media "Langkah Mayat Saya Dulu" oleh Ramesh Rao

Tarikh : 27/3/2015



Sebentar lagi akan bermula himpunan #kitalawan dihadapan SOGO yang dijangka akan berlarutan sehingga ke KLCC.. Jumlah pendemo tidak lah dapat dipastikan. Polis telah pun memulakan operasi menahan dan mereman 'kepala-kepala' yang biasa mengepalai siri himpunan dihadapan SOGO sejak kelmarin.

Dalam banyak banyak NGO di Malaysia hanya NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) sahaja yang mengambil inisiatif untuk berhadapan dengan pendemo dan mempertahankan majlis perkahwinan anak Najib dan Rosmah dari diganggu pendemo. Majlis bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Hulubalang perang dari seluruh Pahang pun tidak kedengaran memberi kata sokongan atau berjanji untuk turun berkampong dan mempertahankan keselamatan majlis perkahwinan anak Najib.

Alasan besar yang diberi Presiden PMSP ialah untuk menghalang pendemo dari menganggu VVIP dari negara asing yang bakal menarik campurtangan mereka dalam urusan negara ini. Kalau setakat NGO preman apalah sangat yang dapat dilakukan oleh PMSP? Tidak kah kawalan keselamatan PDRM mencukup ?. Adakah PMSP memandang kecil kemampuan PDRM ?

Maka tidak dapat tidak, saya terpaksa timbulkan persoalan MENJILAT... Ikuti jawapan Ramesh dipenghujung rakaman video.



1
2
 3
 4
 5

Jangan takut dengan Polis jika tidak buat salah dan onar

Lokasi : Padang Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur


Tarikh : 25/3/2015


PDRM adalah satu penguatkuasa yang 'degil dan keras hati'... Mereka tidak dengar arahan sesiapa walau Menteri KDN sekalipun  dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang yang telah digubal.

Menurut Khalid PDRM tidak memihak kepada sesiapa dalam menguatkuasakan undang-undang. Pihak yang berkeras mengtakan PDRM berat sebelah adalah pihak pembangkang yang sentiasa membuat kacau dan onar. Jadi mereka lah yang sentiasa diberi perhatian oleh PDRM..

P.S - Perhatikan saja permintaan Nurul Izzah dalam Parlimen... minta kurang kan jumlah anggota Special Branch, tambah Pegawai Penyiasat di Balai-balai Polis supaya senang memproses mereka yang ditahan dengan cepat. Struktur PDRM hendak lah mesra pihak pembangkang.






Gerakan rakyat hilang fokus, Anwar sudah tidak relevan ?

Lokasi : Air Terjun depan Dataran DBKL dipersimpangan Jalan TAR dan Tun Perak

Acara : Perkhemahan seminggu mendesak perletakan jawatan Ketua Polis Negara

Tarikh : 27/3/2015


Perkhemahan bermula dari hari Sabtu lepas dengan tujuan mendesak perletakan jawatan oleh TS Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara. Malam kelmarin telah berlaku kekecohan disini apabila beberapa orang Penguatkuasa DBKL diserang dan dipukul oleh peserta haram perkhemahan ketika mereka cuba menarik turun kain rentang yang dipasang.

Sebentar tadi pula sekitar jam 945 pm, aktivis Hishamuddin Rais telah di 'culik' oleh sepasukan orang yang tidak dikenali yang menaiki kereta Honda betul-betul dipersimpagan Jalan TAR / Jalan Tun Perak dihadapan tontonan semua yang berada dilokasi. Hishamuddin yang dalam perjalanan ke lokasi telah ditarik atau 'di-bundled-in' kedalam kereta yang memecut kearah Pudu. Mereka dipercayai anggota Polis Cawangan Khas menurut beberapa rakan wartawan yang bertugas dilokasi. 

Isu Anwar nampak nya semakin tenggelam dengan pelbagai isu lain yang dibawa peserta yang berfahaman lain dari penyokong Keadilan... Di lokasi ada yang bawa isu GST dan isu Ketua Polis Negara .. Banner #march2freedom langsung tidak kelihatan.. Program berlilin di Sg Buloh pun sudah seminggu dihentikan setelah tiada sambutan ...  Kecuali Nurul Izzah yang turun membaca sajak pada malam pertama, tiada laporan diterima yang menunjukkan anak-anak Anwar membuat kunjungan lanjut ke tapak lokasi. Gerakan rakyat nampak nya sudah fragmented dan tidak fokus pada satu isu utama.

1
 2
 3
 4
 5 
 6
 7  Kaunter mengumpul tandatangan untuk pembebasan Anwar ditutup awal. Tunggu lama pun tak berguna lagi dah setelah berita permohonan pengampunan dilaporkan telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan.
 8
 9
 10
 11
 12

Christopher Leong jangan fikir boleh terlepas dari tindakan undang undang

Lokasi : IPD Petaling Jaya, Selangor

Acara : Laporan Polis keatas Christopher Leong oleh YuktesVijay

Tarikh : 27/3/2015


Kelmarin dalam Parlimen Menteri Nancy Shukri telah memberi jawapan bahawa tiada tindakan telah diambil keatas mantan Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong kerana tiada laporan Polis dibuat keatas beliau. Laporan yang dimaksudkan ialah keatas kenyataan yang dibuat oleh Christopher ketika mengulas keputusan Mahkamah Pesekutuan dalam Kes Liwat 2.0

Yuktes Vijay bekas pembantu peguam Anwar Ibrahim dalam Kes Liwat 2.0 telah bertindak sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab dengan membuat laporan Polis seperti dikehendaki untuk membolehkan siasatan dibuat keatas Christopher. 

Walaupun sudah hampir dua bulan kenyataan tersebut dibuat, Christopher tidak boleh dibiarkan terlepas begitu sahaja kerana kenyataan beliau begitu mengelirukan sehingga boleh dinaggap sebagai hasutan dari anggota badan professional yang seterusnya menyebabkan keyakinan keatas sistem kehakiman negara terhakis..


1
 2
3
 4
5
6. Syabas PDRM / Khalid Abu Bakar diatas kecekapan dan kesungguhan dalam membuat penyiasatan yang berkaitan kes berprofil tinggi. Ini screeshot Facebook yang diperolehi tak sampai tiga jam selepas laporan dibuat


Thursday, 26 March 2015

PDRM hanya kuatkuasakan undang undang yang jelas dan tidak bercanggah

Lokasi : Padang Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur


Tarikh : 25/3/2015


Nasihat IGP Khalid Abu Bakar ... jangan komen pasal hukum-hukum hudud dan perundangan Islam sama ada adil atau tidak. Tetapi rakyat Malaysia bebas berbincang mengenai hudud dari segi perlembagaan negara, bukan nya mengatakan adil atau tidak hukum Hudud tersebut..

Khalid juga menegaskan bahawa PDRM hanya menguatkuasakan undang-undang yang jelas dan tidak bercanggah atau undang-undang yang bertindih antara satu sama lain. Para pengubal undang-undang lah yang bertanggungjawab untuk mengubal undang-undang yang boleh dikuatkuasakan oleh PDRM. 



Jangan menghasut kalau takut dipantau Polis

Lokasi : Padang Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur


Tarikh : 25/3/2015



IGP Khalid Abu Bakar tidak heran dengan desakan pihak pembangkang untuk beliau tutup akaun Twitter beliau sendiri kerana beliau mempunyai 126,000 anggota PDRM yang boleh bantu pantau segala mesej hasutan yang dimuat naik melalui Twitter atau apa saja bentuk platform media alternatif. 

Kalau tak mahu di pantau dan diambil tindakan jangan lah buat kerja hasutan dan menimbulkan kemarahan orang lain... itu nasihat beliau




Wednesday, 25 March 2015

208 tahun pengalaman PDRM berbanding tak sampai 10 tahun Pakatan Rakyat

Lokasi : Padang Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur

Acara : Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-208, Tahun 2015

Tarikh : 25/3/2015



Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-208 tahun, terbayang dibenak kepala saya betapa banyak nya pengalaman yang telah terkumpul oleh PDRM untuk membolehkan mereka membaca dan menyelam pemikiran pihak-pihak yang cuba membuat onar di negara ini. Awesome...

Daripada 208 tahun saya telah menghadiri 35 tahun sambutan Hari Polis di PULAPOL... Banyak kenangan di PULAPOL termasuk lah sejarah pertemuan kali pertama saya dengan isteri saya.. sehingga menjejak ke jinjang pelamin.


1
2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10