Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur
Event : Sidang Media Dr Hasan Ali
Date : 28/7/2012 @ 12.00 pm
KENYATAAN
AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
PRESIDEN
JATI DAN ADUN GOMBAK SETIA
1.
ISU HUDUD
Sekali lagi isu mengenai Negara Islam dan perlaksanaan
Hudud ditimbulkan dan mendapat liputan media. Dalam debat bersama Ustaz Fathul
Bari, Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi memberitahu bahawa Karpal
Singh dan DAP telah menunjukkan sifat berlembut dan mula memahami hasrat
menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud. Tetapi observasi itu disanggah
keras oleh Karpal Singh dengan menempelak Ustaz Nasrudin yang dianggapnya
sebagai pimpinan muda dalam ranking yang agak rendah dalam hirarki kepimpinan PAS.
Karpal mengulang beberapa kali bahawa beliau dan DAP tidak pernah bersetuju
dengan perjuangan PAS itu dan PAS sememangnya telah menggugurkan sama sekali
hasratnya untuk menubuh Negara Islam dan melaksnakan Hudud seperti yang di
dakwa oleh Karpal dalam Muktamar PAS tahun lalu. Pemerhati politik ragu dengan
dakwaan Karpal tersebut. Mana mungkin PAS meninggalkan terus Negara Islamnya
sebaliknya menganjurkan perlaksanaan negara berkebajikan.
Mursyidul Am PAS nampaknya terus bertekad untuk
melaksanakan Hudud di negeri Kelantan. Seperti yang diketahui, Karpal dan DAP
juga menyanggah saranan tersebut. Terakhir Mursyidul Am PAS terus menyuarakan
perkara yang sama.
Persoalannya ialah, benarkah dakwaan Karpal Singh
bahawa PAS telah sama sekali menggugurkan hasratnya untuk menubuhkan Negara Islam
dan melaksanakan Hudud. Kedua-dua perkara ini sememangnya menjadi tonggak
perjuangan PAS sejak parti Islam itu ditubuhkan lebih 60 tahun yang lalu.
PKR juga kelihatan konsisten tidak bersetuju dengan
matlamat penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud yang diperjuangkan oleh
PAS. Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty menegaskan baru-baru ini
bahawa perlaksanaan hudud tidak terdapat dalam Buku Jingga yang menjadi asas
persetujuan bersama Pakatan Rakyat. Manakala yang terakhir, Ketua Angkatan Muda
PKR, Shamsul Iskandar secara terbuka bersetuju dengan pandangan Karpal Singh
dan DAP yang tidak bersetuju dengan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan
Hudud oleh PAS.
Saya berpendapat pimpinan tertinggi PAS perlu
menjelaskan :
a) Samada apa yang didakwa oleh DAP itu benar-benar menggambarkan
apa yang telah diputuskan dalam muktamar tahun lalu iaitu PAS tidak lagi
memperjuangkan Negara Islam dan perlaksanaan hudud;
b) Adakah benar negara berkebajikan sememangnya
menjadi pengganti kepada negara Islam dan seterusnya akan menjadi agenda utama
perjuangan PAS;
c) Adakah benar tindakan PAS menggugurkan agenda Negara
Islam dan perlaksanaan Hudud itu telah diputuskan dengan persetujuan DAP dan PKR
Sebelum kita mendapat jawapan yang pasti daripada
pimpinan tertinggi PAS, setakat apa yang dipaparkan di dalam media, jelas
kelihatan bahawa pimpinan PAS tidak kira kedudukan mereka, tidak diizinkan sama
sekali menimbulkan isu negara Islam dan perlaksanaan Hudud. Negara Islam dan Hudud,
daripada muktamar yang lalu sudah menjadi taboo dan digantikan dengan negara
berkebajikan yang beroperasi dalam kerangka negara sekular.
Jika ini berlaku, saya amat khuatir Malaysia akan
menjadi negara sekular yang memberi ruang luas kepada fahaman liberalisme, anti
agama, suburnya budaya hedonisme dan terurainya sebarang ikatan agama dalam
proses pembangunan negara dan umat.
Saya tidak dapat menggambarkan ketika inipun
masyarakat sudah konfius dan hilang arahtuju serta jatidiri. Bayangkan apa akan
terjadi sekiranya Malaysia menjadi negara yang sekular dibawah telunjuk DAP dan
PKR.
Sehingga ini tidak banyak respon daripada pimpinan PAS
mengenai isu terbaru ini. Golongan parasit terus membisu. Tidak ada seorangpun
di antara mereka, pemuda, muslimat atau pimpinan pusat yang tampil kehadapan
sekurang-kurangnya memberi sokongan moral kepada Ketua Dewan Pemuda PAS yang
digasak oleh pengerusi DAP.
Begitulah longgarnya ukhuwwah dikalangan pimpinan tertinggi
parti Islam itu. Itulah juga bahananya ahli PAS memilih barisan pimpinan dari
kalangan parasit-parasit yang kepala mereka hanya terbayang Putrajaya sahaja.
Ini jugalah harga yang perlu dibayar oleh ahli dan penyokong parti Islam itu.
Harga ini bertambah mahal sekiranya keputusan PRU ke-13 menyebelahi Pakatan
Rakyat.
No comments:
Post a Comment