Lokasi : Bunohan, Tumpat, Kelantan
Acara : Ceramah BN
Tarikh : 16/9/2014
Setakat ini kebanyakan ceramah PAS masih lagi berkisar serangan keatas peribadi calon BN. Mereka sentiasa mempertikaikan jubah, serban, gelaran ustaz, pendidikan pondok dan sebagainya seolah olah terlalu takut calon BN itu terlebih Islam dari calon mereka.
Ustaz Rujhan yang saya sempat singgah semasa beliau berceramah menggunakan pendekatan menyerang janji kosong yang telah dibuat oleh PAS ... beliau menggunakan skrin multi-media untuk mengukuhkan fakta hujah beliau.
Lusa segala pemimpin PAS yang bersidang di Muktamar PAS akan kembali membantu kempen mereka disini. Kita nantikan persembahan mereka seterusnya. Adakah mereka akan terus mungkir janji dan menyerang peribadi calon BN atau mereka mempunyai kaedah yang lain pula...
1
2 Ustaz Rujhan
3
4
5
6
7
Satu langkah yang baik untuk UMNO, dengan memileh orang seperti calon ini, orang ramai akan buka mata bahawa UMNO juga memperjuang kan ISLAM...UMNO juga berjuang mengikut lunas lunas Islam, pembangunan yang di bawa oleh UMNO adalah untuk ummah, kebajikan yang di buat UMNO untuk ummah...semua nya tuntutan Islam..dan Ustaz dlam UMNO akan bersama berjuang untuk memperbetulkan kepimpinan cara Islam...syabas UMNO..Islam tetap bersama mu, ulamak UMNO akan tetap bersama mu...selamat berjuang untuk ugama bangsa dan Negara..
ReplyDeleteKita mula Nampak orang berserban mula bersama UMNO..ini cara yang baik, bukan main wayang...semoga ramai lagi ustaz ustaz yang tulin akan bersama UMNO untuk membina UMNO party yang berteraskan Islam...dan adil kepada semua rakyat..
ReplyDeleteAlhamdulllah !!
ReplyDelete