Lokasi : Pusat Kawalan Bencana Negara, Markas SMART, Puchong, Selangor
Acara : Tinjauan TPM
Tarikh 27/12/2014
Video ini mengandungi :
1. Pengakuan TSMY bahawa media sosial merupakan salah satu alat perhubungan yang
penting dan berguna dalam situasi dan keadaan terkini.
2. TSMY menasihatkan penggiat media sosial supaya lebih bertanggungjawab untuk memaparkan
perkara dan fakta yang benar dengan turun kepadang untuk mendapatkan cerita dan gambaran
yang sebenar
3. Beliau kecewa kerana ada laporan media sosial lebih berasaskan maklumat pihak ketiga
tanpa ada pengesahan... contoh yang diebut beliau ialah kes di Manek Urai
4. TSMY menasihatkan penggiat media sosial lebih bertumpu kepada usaha-usaha menyelamat
yang dilakukan oleh pelbagai agensi, dengan memberi gambaran yang boleh menaikan
semangat kepada mereka yang bertugas dan harapan kepada mangsa.
5. Janganlah menambah beban kerisauan kepada mangsa banjir dan petugas yang cuba
menjalankan tugas menyelamat.
1
TSMY sempat mengadakan video conferencing dengan MB Perak dan juga MB Terengganu. Situasi
dikedua-dua negeri terkawal sepenuhnya. Isu-isu yang dihadapi di Kelantan seperti, putusnya bekalan elektrik, bekalan disel, komunikasi dan air bersih tidak dihadapi oleh Perak dan Terengganu. Walau bagaimanapun TSMY akan tetap menjadualkan lawatan dan tinjauan ke kedua dua negeri tersebut minggu depan.
2
Dengan adanya kemudahan tele-conferencing akan memudahkan TSMY memantau dan mendapat maklumat terus dari MB negeri-negeri yang terlibat banjir secara 'real-time'
Dengan adanya kemudahan tele-conferencing akan memudahkan TSMY memantau dan mendapat maklumat terus dari MB negeri-negeri yang terlibat banjir secara 'real-time'
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
Harapnya pihak blogger dapat menghebahkan kepada semua NGO yang hendak beri bantuan supaya menyelaraskan dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana yang diketuai oleh Pegawai Daerah yang berkenaan melalui Setiausaha Keselamatan Daerah supaya tidak timbul kejadian seperti tahun lepas di mana ada kampung yang dapat bantuan sampai 4 ke 5 kali, tetapi ada kampung yang hanya dapat bantuan JKM sahaja hingga menyebabkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan kerana menyangka bantuan NGO itu adalah bantuan dari kerajaan.
ReplyDeleteSemoga para NGO dapat memberikan kerjasama kepada pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan mangsa yang hanya melihat orang lain saja dapat tapi dia tak dapat.
Ini bukanlah untuk pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana nak merampas bahan itu dari pihak NGO, tetapi untuk penyelarasan supaya tidak timbul isu rasa tidak puas hati di kalangan mangsa yang ketinggalan.
Ini disebabkan NGO tidak mempunyai maklumat kawasan mana yang dah dapat sampai dua tiga kali, dan kawasan mana yang tak dapat lagi, hanya dapat dari JKM sahaja.
Oleh itu, berilah kerjasama untuk memudahkan kerja. Sekian, terima kasih.