Tuesday, 14 April 2015

Berdamailah Puteri UMNO tidak mahu mengipas atau membodek kepimpinan

Lokasi : Dewan Tun Hussein, PWTC, Kuala Lumpur

Acara: Sidang media selepas Perjumpaan Khas antara Puteri UMNO dengan 
PresidenUMNO

Tarikh : 14/4/2015




"Perjumpaan Puteri dengan Najib Razak baru selesai. Puteri hanya diberi penerangan ringkas mengenai pelbagai isu semasa. Permintaan Puteri kepada Najib supaya kemelut Tun & Najib diselesaikan dengan secepat mungkin dalam semangat kekeluargaan. Puteri amat hormat kpd Tun kerana Puteri lahir dizaman Tun dan hormat Najib kerana beliau PM kini. Puteri merasakan kini bukan masanya untuk membodek dan mengipas kepimpinan kerana rakyat dan ahli sudah bosan dan meluat dengan sikap tersebut...nevertheless dengan perpaduan anggota party, Puteri yakin kemelut ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat...178 Ketua Puteri bahagian menghadiri majlis ini"

 Ikuti kenyataan penuh oleh Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati dalam sesi sidang media selepas perjumpaan dengan PM Najib Razak

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14


16 comments:

  1. Tun Dr. Mahathir menerima sokongan dari segenap lapisan dan kelompok masyarakat, masyarakat di bandar, di kampung, tua dan muda, Melayu, Cina India, pribumi sabah dan sarawak, orang asli, malahan pelbagai profesion pekerjaan seperti guru, pengurus, pengarah, pengawal keselamatan, tukang masak, kerani, pegawai dan kakitangan kerajaan, malahan artis juga memberikan sokongan kepada Tun Dr. Mahathir membuktikan perjuangan oleh Tun Dr. Mahathir diterima ramai dan mendapat sokongan ramai kerana apa yang diperjuangkan oleh Tun Dr. Mahathir adalah jelas dan difahami oleh segenap lapisan masyarakat bahawa semua itu itu bukanlah serangan peribadi terhadap orang itu atau orang ini, tetapi isu yang dibangkitkan itu adalah isu melibatkan kepentingan negara, kepentingan rakyat, serta kelangsungan kuasa politik Barisan Nasional, tak ada isu peribadi pun.

    Hanya kelompok yang suka menafikan apa yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir itu sahajalah samada mereka sanggup menipu diri sendiri kerana habuan atau memangnya mereka jenis menyokong membuta tuli walaupun perkara yang dibuat oleh orang yang disokong mereka itu walaupun orang itu menguruskan negara dengan caca marba dan penuh dengan masalah sekarang ini.

    Sangat jelas bahawa rakyat sangat prihatin dengan kelangsungan negara ini serta untung nasib mereka jika negara ini diuruskan secara salah oleh orang yang diamanahkan menguruskan negara ini. Rakyat tidak boleh terima pengurusan negara yang hanya merosakkan ini kerana yang menjadi mangsa akhirnya adalah rakyat jua.

    Selamat Berjuang Tun Dr. Mahathir, Teruskan Perjuangan Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air Tercinta, Malaysia Boleh, Keranamu Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu berdendang mengikut rentak pembangkang.....

      Delete
    2. 7.06 anda penyokong penyamun!!!tiada istilah pembangkang dan kami mahu kebenaran persoalan yang diutarakan oleh tun m!!!!ingat penyokong pas je macam lembu.... Umno pun sama!!!!puihhhh

      Delete
    3. Anon 02:29
      saya kini peminat komen anda!

      Delete
  2. Pemboros patut berhenti je. Jangan menyusahkan rakyat dengan pelbagai cukai. Dapat cukai belanja boros bagi komisen tinggi2

    ReplyDelete
  3. Berdasarkan gambar-gambar dan kenyataan oleh Pergerakan Puteri UMNO, terdapat rasa kurang senang mereka dengan corak pengurusan negara dan isu-isu yang berlaku ketika ini. Saya melihat Pergerakan Puteri lebih jujur berbanding Pemuda, 154 Ketua Bahagian, serta Wanita UMNO.

    Dalam sidang media itu juga dilihat Pergerakan Puteri UMNO agak berbeza pendapat berbading Pemuda, 154 Ketua Bahagian serta Wanita UMNO. Pergerakan Puteri UMNO lebih suka isu yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir dijelaskan dengan cara yang betul dan jujur, bukannya sokongan membuta tuli yang akhirnya menjadi menang sorak kampung tergadai. Bukannya menjulang pemimpin setinggi-tingginya tetapi akhrinya terjatuh dengan begitu teruk dan tak dapat diselamatkan.

    Apa yang boleh dibuat kini adalah suatu forum atau perbincangan antara Tun Dr. Mahathir dengan Najib dan disaksikan oleh semua kepimpinan UMNO di semua peringkat supaya mereka jelas dan faham dengan apa yang berlaku. Najib mungkin dah memberi penerangan, tetapi apakah penerangan itu mencukupi serta benar? Jangan beri penerangan sekilas-sekilas sahaja, patutnya beri penerangan yang jelas beserta bukti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yakin Puteri tahu apa yang mereka cakapkan. Jangan mengipas dan membodek saja. Jangan melambung macam pemuda. Enough is enough Najib. Jangan sampai ahli semua berkurang ajar halau kamu keluar.

      Delete
  4. Mesej yang tersirat dari Puteri boleh membuat pengurusan kanan UMNO terutamanya Tengku Adnan tak boleh tidor malam

    ReplyDelete
  5. Tahniah Puteri! Melihat pendirian Puteri, masih ada Srikandi Melayu yang berani memperkatakan kebenaran. Saya yang menilai reaksi kebanyakan sayap dan ahli ahli UMNO merasakan UMNO diselubungi dengan kegelapan. Tetapi dengan pendirian Puteri, saya melihat ada cahaya di hujung terowong.

    Syabas Puteri. Mungkin ada di antara ahli anda bakal menjadi Perdana Menteri pertama Malaysia dari gender wanita. SYABAS!

    ReplyDelete
  6. Syabas Puteri, setidak2nya anda lebih matang berpolitik berbanding senior anda Pemuda & Wanita.
    "Puteri merasakan kini bukan masanya untuk membodek dan mengipas kepimpinan kerana rakyat dan ahli sudah bosan dan meluat dengan sikap tersebut"<<<<<syabas!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas Puteri..anda telah menunjukkan kematangan dalam permainan politik. Tidak seperti Wanita Umno yg mengampu tak kesudah. Sudah tiba masa Shahrizat Jalil diganti dengan kepimpin muda yg berwawasan dan berani menegakkan yg benar. Hentikan bodek dan jilat menjilat dalam Umno teritamanya oleh Wanita Umno dan Shahrizat Jalil..

      Delete
  7. KEPADA KEPIMPINAN UMNO/BN KEDAH........INGAT TAK ATAU BUAT-BAUT TAK INGAT. ATAU SUDAH MULA TAKBUR/SOMBONG KE....KAN KEDAH TELAH JATUH KE TANGAN PAS..TAK KAN TAK INGAT. TUMBANGNYA KERAJAAN PAS KERANA KRISIS DALAMAN PAS SENDIRI....AKIBATNYA HANCUR LEBUR "KERAJAAN PAS" KEDAH. APAKAH UMNO/BN KEDAH MAHU MENJADI "KERAJAAN PAS" YANG DAH TUMBANG TU? JADI JANGANLAH BERBALAH SESAMA SENDIRI. BETUL KATA PEPATAH MELAYU" ANTAN DAN LESUNG BERTINDIH-TINDIH (DIANTAR AHLI UMNO BERBALAH) AYAM (DAP/PAS/PKR) JUGAKI YANG KENYANG. ADALAH LEBIH BAIK ISU-ISU YANG SENGAJA DIBANGKIT OLEH PEMBANGKANG DIJAWAB OLEH PEMIMPIN BERKENAAN DENGAN SEJELAS-JELASNYA. KALAU NAK BUAT PENJELASAN SETIAP HARI BUATLAH...BERANI KERANI BENAR TAKUT KERANA SALAH. JANGAN CONTOHI KETUM, SURUH BELA DIRI DIMAHKAMAH, DIA BERI CERAMAH POLITIK PULAK SALAHKAN ORANG ITU DAN INI. AKHIRNYA.....DIHANTAR KE "ISTANA SANGKAR BESI" SUNGAI BULUH.

    KEPADA AYAHDA TUN M. I KNOW YOU WERE THE ONE WHO ADVOCATED "BY BRITISH LAST" WHEN OUR X COLONIAL MASTER TRIED TO BULLY US AT ONE TIME. HOW EVER, IT IS STILL RELEVANT TO ADHERE TO AN ENGLISH PROVERB " THOSE WHO LIVE IN GLASS HOUSE SHOULD NOT THROW STONE" WHICH CAN CAUSE THE WHOLE "GLASS HOUSE" TO COLLAPSE. I REALLY ADMIRE TUN (YOUR LEADERSHIP/YOUR WISDOMWE) SO BE COOL, AND RECONCILE.

    ReplyDelete
  8. Jangan disebut nama Shahrizat Jalil kaki jilat tegar. Naik geli dengar dia kalau bagi ucapan membodek MB atau PM. Berjela jela lidah dia terjelir menjilat dan meleleh leleh air liur samapi kecelah peha punya menjilat. Tak ada siesiapa dalam Umno mampu lawan jilatan Shahrizat Jilat.

    ReplyDelete
  9. Heloo anon 23.49. Kalau tak suka tak perlu lah hina Wanita dan Kak Ijat. Kamu lambung sajalah siapa yang minat

    ReplyDelete
  10. Saya rasa memang benar sudah timbul seorang pemimpin Puteri yang beribawa, seorang serikandi yang berani. Bila sampai masa sertai Wanita Umno nanti maka sumbangkanlah bakat yang ada seperti yang ada di Puteri. Berani lah dan jangan buat sikap buruk menjilat dan membodek seperti lembu tua yang hanya menunggu masa kena sembelih

    ReplyDelete
  11. Cakap la ape pun..TV3 dan Utusan akan Spin nampak lebih pro pada najib..

    ReplyDelete