Monday, 31 August 2015

Rakyat Malaysia perlu sokong BN bukan Najib dalam PRU14

Lokasi : Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor


Tarikh : 29/8/2015


Video 2 - Dalam PRU14 rakyat Malaysia diminta undi dan pilih wakil BN tetapi bukan calon BN di Pekan. Walaupun dengan undi tidak percaya calon Perdana Menteri yang bakal mengganti Najib masih tetap dari UMNO / BN kerana UMNO/BN mempunyai kerusi majoriti di Parlimen. PM yang baru akan membentuk kerajaan BN yang baru menggantikan kabinet Najib Razak.





Tun M yakin Mukhriz juga akan dipecat

Lokasi : Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor


Tarikh : 29/8/2015


Video 1 - Tun M yakin Mukhriz juga akan dikenakan tindakan pemecatan dari jawatan Menteri Besar tidak berapa lama lagi. Beliau juga pernah dipecat pada zaman Tunku Abdul Rahman dahulu tetapi telah berjaya menjadi Perdaan Menteri pula selepas itu.

Tun M mengingatkan mereka yang in memecat supaya bersedia menghadapi kesan dari pemecatan tersebut.





Sunday, 30 August 2015

Tun M tolak BERSIH tapi sokong PEOPLE'S POWER

Lokasi : Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor

Acara : Bicara Negarawan - "Malaysia Hari Ini : Kemana Kita?"

Tarikh : 29/8/2015


WAJIB TONTON !!! Video berdurasi 44:39 min yang mengandungi skop luas meliputi 1MDB, BERSIH 4.0, Najib Razak dan BANGSAT nya, skandal 'sumbangan' RM2.6 billion, situasi semasa dan masa depan UMNO / BN. Tun M mencabar pejuang untuk berani mengambil risiko dan berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan yang mendatang. Tun M sendiri bersedia ditangkap pada bila-bila masa sahaja untuk disenyapkan suara beliau. Namun yang pasti beliau tidak pernah dan tidak akan menyokong BERSIH tetapi menyokong usaha rakyat Malaysia untuk menurunkan Najib Razak dari tampuk pemerintahan. Baju kuning is not for him.


1
 2
 3
 6
7
 8
 9
 10

Betul ke Zahid mendalangi gerakan menyaman Najib ???




Kenyataan Media.

MUSTAHILKAH ZAHID HAMIDI DIBELAKANG AININA ?

1. Ainina ahli Umno Langkawi telah memfailkan saman terhadap PM Najib atas isu sumbangan wang RM2.6 bilion Untuk Umno kedalam akaun peribadi Najib.Tindakan Ainina adalah satu keberanian luar biasa seorang Wanita Melayu keatas seorang yang berkuasa dalam negara.

2. Keberanian ini harus dipuji dan dicontohi.Tapi persoalan yang berlegar dipasaran politik hari ini ialah tak mungkin keberanian ini lahir tanpa jaminan perlindungan politik sesaorang yang juga berkuasa.maka timbul lah cakap cakap politik yang kedengaran sekarang ialah mustahilkah Zahid Hamidi TPM dibelakang Ainina.

3. Rasional kepada pertanyaan itu ada, seperti yang pernah saya katakan sebelum ini Zahid sudah tentu tidak mahu menempah sejarah menjawat jawatan TPM yang paling singkat tempohnya jika usaha undi tidak percaya pada Najib oleh ahli Parlimen ini berjaya menurunkan Najib.Sebab itu dikatakan Zahid terpaksa melakukan apa saja tekanan pada Najib agar berundur secara terhormat.

4.Tetapi Zahid terlupa ada satu lagi halangan beliau ialah kedudukan Tan Sri Muhyidin sebagai timbalan Presiden Umno yang memungkinkan mengambil alih jawatan PM jika Najib turun secara terhormat.Melainkan Zahid kena pasti terlebih dahulu Tan Sri Muhyidin dipecat dari keahlian Umno. Saya percaya Zahid sedang meneroka jalan seterusnya bukan sekadar untuk tidak menjadi TPM yang singkat tetapi melompat selangkah lagi sebagai PM.

5.Jalan berliku terpaksa ditempuhi Zahid.terpaksa lah beliau kena main peranan pembuat satay,cucuk cucuk dan tukang kipas satay untuk bakar satay dan akhir baru dia boleh makan.

UMNO MACAM MACAM ADA.

Dato' Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
29 Ogos 2016/14 Zulkaedah 1436H

--
Sent from my OPPO smartphone

Saturday, 29 August 2015

Gagal jelaskan mengenai sumbangan RM2.6B, Najib disaman ahli UMNO

Lokasi : Lobi Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, KL

Acara : Sidang media oleh Pn Anina Saadudin mengenai saman beliau keatas Presiden UMNO

Tarikh : 28/8/2015


Menggemparkan ! Kerana gagal memberi penjelasan yang memuaskan mengenai sumbangan RM2.6 billion yang dimasukkan kedalam akaun persendirian beliau, seorang ahli Wanita UMNO Padang Mat Sirat, Langkawai, Pn Anina Saadudin telah memfailkan saman keatas Presiden UMNO , Najib Razak.

Keputusan beliau untuk menyaman bagi pihak UMNO telah menarik pelbagai reaksi dikalangan orang UMNO. Ramai yang menyatakan bahawa Anina tidak boleh bertindak bagi pihak UMNO kerana beliau bukan Pegawai yang diamanahkan . Ada yang menegaskan bahawa tindakan beliau menggunakan saluran perundangan dengan secara otomatik melupuskan keahlian beliau dalam UMNO

Ini perkembangan yang tidak sihat bagi Najib Razak kerana ianya menyentuh soal integriti beliau, tetapi ramai pula dikalangan ahli UMNO memberi reaksi yang berbeza didalam laman media sosial. Mereka memberi galakan dan sokongan kepada Pn Anina yang mereka anggap sebagai Srikandi sebenar yang berani melawan arus.




1
 2
  3
 4
 5
 6
 7
 8


Friday, 28 August 2015

Gagal dan Batal kesudahan nya

Mesej berikut diterima dari ketua penganjur Anti BERSIH 4.0 yang hadir di IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan berikutan demonstrasi silat yang diadakan dihadapan SOGO, KL pada 25/8/2015 yang lalu.

Secara ringkas nya, rancangan untuk mengumpulkan 30,000 orang di hadapan Plaza Low Yat pada 29/8/2015 telah di BATALKAN walauapun penganjur mengatakan bahawa ia nya ditunda. Kalau ditunda bererti majlis yang sama bagi tujuan yang sama tetapi dalam hal ini kedua dua nya berserta lokasi majlis juga akan diubah. Dalam erti kata lain ianya TERBATAL dan GAGAL diadakan.

Mungkin ini lah tindakan terbaik untuk dilakukan dalam suasana yang agak tegang sekarang ini untuk mengelak malapetaka yang lebih beasr. Biarkan PDRM sahaja yang berhadapan dengan peserta BERSIH 4.0 dan mengambil tindakan yang sewajarnya "on a clear battle field".



Eampat orang ini lah yang telah dipanggil IPD Dang Wangiuntuk memberi keterangan 


Penganjur demonstrasi silat di panggil Polis untuk ambil keterangan

Lokasi : Dataran Merdeka, KL

Acara : Sidang media pengan jur Anti BERSIH 4.0

Tarikh : 27/8/2015



Penganjur sudah berbelah bagi perasaan setelah dipanggil Polis IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan berhubung demonstrasi silat dihadapan SOGO dua hari lepas iaitu pada 25/8/2015. Ada yang kata penganjur akan ditahan reman dan ada yang kata setakat memberi keterangan sahaja.
Apa pun tindakkan cepat PDRM berjaya membuat penganjur demonstrasi (walaupun pro-BN) untuk berhenti dan berfikir semula tindakan seterusnya yang bakal mereka ambil.

Jam 430 petang ini Ketua UMNO Bahagian Sg Besar, Jamal Md Yunos yang mengepalai BERSIH 4.0 (merah) dan tiga ahli jawatankuasa yang terbabit dalam demonstrasi silat perlu mengadap pegawai atasan Polis IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan.



1
 2
 3


Wednesday, 26 August 2015

Thank you KJ - TSMY




KENYATAAN MEDIA

YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

26 OGOS 2015

Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO, dan barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia atas kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik RM 2.6 bilion kepada Perdana Menteri. Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani Ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan Saudara Khairy kepada kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden UMNO yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan UMNO, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda UMNO dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul. Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau “take the bulls by the horns”, saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state). Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjauhi kita daripada sebarang malapetaka, na’uzubillahi min zalik.

Atas kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya di dalam kerajaan supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya menyampaikan kebimbangan saya melalui platform parti, iaitu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang saya dijemput hadir sebagai perasmi. Saya lakukan ini kerana saya sayangkan UMNO. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

Namun, malangnya terdapat segelintir individu di dalam UMNO sendiri yang lantang mengkritik saya. Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita. Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. Mereka menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan. Seorang Ketua Bahagian di negeri Selangor antara yang paling kuat mendesak saya meletak jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia meletak jawatan. Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti.

Kepada mereka ini ingin saya ingatkan. Sejarah sumbangan saya kepada UMNO cukup panjang. Saya telah berjuang di dalam UMNO lebih 40 tahun. Malah, ketika UMNO diharamkan dahulu, saya mengambil tanggungjawab untuk membina semula UMNO di Johor sehingga UMNO kembali kuat dan negeri Johor menjadi penyumbang terbesar kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya umum. Saya juga tetap setia bersama parti ketika UMNO menghadapi pelbagai krisis. Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan.

Namun, semua ini tidak akan mematahkan semangat saya, apa lagi melemahkan daya juang saya untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara. Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan.

Kepada Allah saya berserah.


TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Mampu kah penganjur Anti BERSIH 4.0 kumpul 30,000 orang ??

Lokasi : Depan SOGO, Kuala Lumpur


Tarikh : 25/8/2015


Ketua UMNO Bahagian Sg Besar, Jamal Md Yunos mengumumkan akan mambawa turun 30,000 orang penyokong mereka pada 29/8/2015 untuk berdepan dengan peserta BERSIH 4.0 (Kuning) sekiranya mereka meneruskan demonstrasi / perhimpunan mereka.  Kumpulan (Merah) ini akan berkumpul di Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang dan akan berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Pudu melintasi Dataran Maybank.

Kumpulan ini akan disertai oleh 'panglima perang' yang tidak akan teragak agak untuk menunjukkan aksi silat mereka kepada orang ramai sekiranya peluang mendatang. Pada BERSIH yang lepas orang yang sama pun ada membuat pelbagai ugutan dan intimidasi, tetapi tidak pula kelihatan kelibat mereka apabila ribuan peserta BERSIH menakluki jalan raya di merata lokasi.

Harap harap nya mereka ini auta sajalah dan biarkan PDRM sahaja yang mengendalikan urusan keselamatan  supaya keadaan tidak bertambah kusut.




Perserta BERSIH 4.0 mesti sedia bertempur jika teruskan hajat

Lokasi : Depan SOGO, Kuala Lumpur

Acara : Demonstrasi bantahan  keatas BERSIH 4.0

Tarikh : 25/8/2015



Apa tujuan penganjur protes ini mempersembahkan pemuda-pemuda yang menunjukkan langkah silat yang lebih mirip kepada orang yang dirasuk hantu harimau ?  Adakah ini satu bentuk intimidasi atau ugutan kepada para peserta BERSIH 4.0. Tidak kah ini bertentangan dengan slogan BERSIH 4 CINTAKAN KEAMANAN mereka...? Atau mereka sudah hilang keyakinan kepada kemampuan PDRM untuk mengawal keadaan ?

ATAAAAUUUU mereka ini hanya mahu menunjuk nunjuk sokongan kepada Perdana Menteri yang dalam keadaan tertekan sekarang ini ?? Tetapi adakah ini sahaja caranya yang mereka boleh fikirkan ? Tidak kah tindakkan mereka ini akan membawa bencana lebih besar  kepada negara dan Perdana Menteri sendiri sekiranya betul betul berlaku pertembungan kelak ? Kalau berlaku ianya berkemungkinan melibatkan tiga penjuru, PDRM, BERSIH merah dan BERSIH kuning.... Kenapa tidak dibiarkan sahaja urusan keselamatan dijaga oleh pihak berkuasa sahaja ?



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Monday, 24 August 2015

Mesyuarat MT UMNO dtangguh kepada 9/9/2015

Lokasi: Eco City, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Laman @ Eco City

Tarikh : 21/8/2015


Majlis Tertinggi UMNO yang sepatut nya bersidang pada 28/8/2015 telah ditunda ke 9/9/2015 kerana ada bahagian UMNO yang masih belum selesai dengan mesyuarat perwakilan masing-masing. Sementara itu pengurusan UMNO masih belum dapat laporan penuh mengenai pemimpin UMNO yang didakwa oleh Zahid Hamidi sebagai kepala komplot yang ingin menjatuhkan pentadbiran PM Najib Razak. Kalau sudah ada laporan, tindakkan yang sewajarnya akan diambil.



DBKL tegas tidak akan beri permit BERSIH 4.0

Lokasi: Eco City, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Laman @ Eco City

Tarikh : 21/8/2015



DBKL tidak akan memberi kebenaran dan permit untuk perhimpunan BERSIH 4.0 yang akan diadakan dari 29 & 30 Ogos ini samada di Dataran Merdeka mahupun di Padang Merbok. Kedua dua lokasi tersebut akan disiap sediakan bagi tujuan sambutan awam Hari Merdeka 2015. Dataran Merdeka akan berlangsung majlis sambutan utama manakala Padang Merbok pula akan digunakan sebagai pusat logistik oleh kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian.

Tengku Adnan menyarankan BERSIH 4.0 mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Melawati, Shah Alam dan jangan menganggu lokasi bagi acara sambutan Hari Merdeka. 

Terdahulu Tengku Adnan telah merasmikan Taman Penajaan Taman Angkat DBKL Laman@ Eco Sky atau The Park@ Eco Sky, di Jalan Ipoh, Mukim Batu, Kuala Lumpur tadi. Eco Sky Development Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif untuk menyertai program Penajaan Taman Angkat yang dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan bersama-sama DBKL di bawah Program Greener Kuala Lumpur iaitu inisiatif untuk menghijaukan Kuala Lumpur dengan menanam pokok-pokok rendang di sekitar Kuala Lumpur dan meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya penghijauan yang libatan pihak swasta dan pemaju hartanah. Ini adalah antara langkah untuk menghijaukan Kuala Lumpur dengan menukarkan kawasan lapang kepada taman awam. Ada juga kemudahan rekreasi disediakan yang dapat dinikmati oleh warga kota untuk melakukan pelbagai aktiviti. Ada kemudahan riadah dan jogging di keseluruhan taman dan turut disertakan dengan peralatan senaman. Semoga usaha murni untuk memberikan keselesaan kepada warga kota akan terus mendapat sokongan dari pihak swasta dan orang ramai juga. (extracted from Ku Nan's FB)


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11