Lokasi : Port Dickson Golf & Country Resort, Negeri Sembilan
Acara : Sidang media Permuafakatan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Malaysia
Tarikh : 21/11/2015
Seramai 34 Ketua-Ketua UMNO Cawangan dari serata Malaysia telah membuat perhimpunan dan mesyuarat koordinasi, susulan daripada perkumpulan 13 Ketua-Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang yang dibuat dilokasi yang sama pada 24/10/2015 yang lalu.
Kumpulan ini yang mendakwa mempunyai sokongan lebih 5,000 daripada 22,000 Ketua-Ketua Cawangan UMNO seluruh Malaysia ada perancangan untuk mengadakan satu perhimpunan / permukiman besar sebelum penghujung tahun.
Ikuti rakaman kenyataan penuh oleh Ketua Cawangan UMNO Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin yang menggariskan tiga tuntutan berikut :
1. Najib razak berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia
2. UMNO tidak mengambil sebarang tindakan disiplin keatas Tan Sri Mahyuddin atau sesiapa sahaja ahli UMNO hanya semata-mata kerana mereka mengkritik kepimpinan parti.
3. UMNO tidak menangguh dan mengadakan pemilihan parti mengikut jadual yang asal.
1
2
3
4
5
salam encik jinggo.
ReplyDeletesekarang baru lah saya faham tentang 1mdb. ianya bukannya satu pelaburan yang sepatutnya di biayai kerajaan. ini kerana segala urusniaga perniagaan nya banyak yang meragukan. tiada satu unit badan kerajaan yang di arahkan untuk melakukan kajian terperinci tentang perlaksanaannya. juga petro saudi hanyalah sebuah syarikat atas angin. memang sesuatu yang kelakar. dato seri najib telah membuat satu lawak atau lelucon seperti dalam cerita dongeng 'raja dengan baju barunya' . masaalah nya di sini, raja itu ingin bergaya lalu mengupah dua orang jahat buat baju. tetapi orang jahat itu tak buat apa apa pun. manakala cerita 1mdb ini pula di buat dan di karang sendiri oleh perdana menteri kita yang telah mengambil alih kuasa dari seorang bekas pm yang lemah juga, tetapi nampaknya najib lebih lemah akan hawa nafsunya. terima kasih.
W.Salam.. tepat sekali.
Deletesalam. maka ceritera 1mdb ini tidak boleh di perkatakan oleh orang orang najib yang bersekutu dengan nya. ini menandakan najib amat malu, masih mahu berlagak atau masih ingin berkuasa agar orang tak boleh melakukan apa apa kepadanya. sebenarnya encik jinggo, saya amat bersetuju dengan cadangan ayahanda dato kadir jasin agar kita memberi laluan selamat untuk dato seri najib berundur atau dengan kata lain meletak jawatan secara terhormat tetapi kita ketepikan sahaja apa apa kesalahan yang telah di lakukannya. ini kerana selama mana dia berpaut pada jawatannya, selagi itu kita semua akan tertekan.
Deletejadi , apa apa pun, biarlah dia pergi tanpa kita perlu mendakwa atau menyamannya. lagipun , kalau dia berhenti sekarang dah boleh dapat gelaran tun. rasanya dah cukup dah tu. kami kat bawah ni, entah bila dapat gelaran pun tak tahu lah. janji ada duit boleh beli makan pakai pun dah cukup.
terima kasih
Marina, ideally that should be the way tapi masalah nya rescue package untuk 1MDB belum terbukti berjaya dan selamat untuk PM yang nak mengganti. It must remembered liabilities 1MDB terletak kepada bahu PM yang memegang jawatan dan bukan kepada PM as an individual. Itu lah sebab nya 1MDB jadi begitu attractive to lenders ...
Deletesalam.
ReplyDeleteyb hamidah telah pun di pecat dari umno. memang najib guna habis kuasa dia untuk mendiamkan orang orang yang mengkritiknya. satu perkara yang pasti, disebabkan hawa nafsunya yang dah tak terkawal ini, dia memang telah di rasuk syaitan. dia lupa yang kuasa Allah lebih hebat dari nya. teruskan lah guna kuasa itu selagi boleh. tetapi ingat, yang benar tetap akan teguh berdiri manakala yang batil akan jatuh tersungkur dengan izin Allah taala. terima kasih.
salam
ReplyDeletepernahkah anda dengar ucapan dua orang pembangkang yang berapi api tentang 1mdb? seorang orang melayu lagi seorang orang cina. mereka pernah di saman oleh orang nombor satu negara. masaalahnya yang cina kutuk jho low daan yang melayu pula kutuk najib. di atas pentas yang sama tetapi saling menyalah kan orang dari kaum sendiri. yang melayu tu memang la muka tak malu memalukan najib tetapi nak malukan najib tak kisah lah. masaalah nya yang dia kutuk umno apahal pula? orang cina tu kutuk jho low, sebab dia sebenarnya perli orang melayu macam mana kita boleh percaya pada orang dia yang memang kuat menipu. memang la insiden 1mdb ini memalukan sebab dalangnya orang yang tidur sebantal dengan orang nombor satu. tapi tak payah lah kutuk umno sampai tak nak sokong perjuangan umno. ramai lagi orang umno yang berkaliber bakal menggantikan orang nombor satu yang penuh dengan masaalah di sebabkan jho low tu. dulu pak lah ada patrick badawi, sekarang najib ada jho low. salin kulit je tapi dajal orang kafir juga. terima kasih.
salam,
ReplyDeletebaru baru ni ada beberapa negeri mengangkat wanita sebagai ketua polis la , penghulu lah. bukan apa, ini negara islam, walau macam mana pun keadaannya, lelaki yang beriman perlu didahulukan di sebabkan masaalah aurat wanita agak menghadkan pergerakan dan pekerjaan wanita. tak payahlah kita terikut ikut dengan persamaan gender di negara barat sana. mereka tak dapat mengharapkan lelaki mereka yang banyak mendera hati dan perasaan kita. di sini, masih ramai lelaki beriman, berilmu dan boleh di harap untuk melakukan kerja kerja itu. sekarang ni pun di sekolah sekolah terlalu memberi kelebihan wanita menjadi pengetua. sebenarnya jika kita teliti, lelaki lah sepatutnya menggalas tugas pengetua di sekolah. dahulu, wanita diberi tugas pengetua sebab tak ramai guru lelaki mempunyai ijazah kerana ijazah menjadi keutamaan perlantikan pengetua. sekarang telah ramai guru lelaki memegang ijazah. maka wajiblah sekarang tugas pengetua di kembalikan kepada lelaki semula, terima kasih
maaf, ralat ...perasaan mereka. terima kasih.
ReplyDeleteCuba nak tanya - Kau org ni berjuanang untuk apa. tak payah cakap kau berjuang untuk rakyat. Kau org sanggup dapat gaji 5k sebulan atau lebih atau mati matian untuk rakyat he he he
ReplyDelete