Tiada lagi misteri bekalan air tak putus putus
Saya agak kehairanan setelah masuk tiga hari bekalan air yang sepatutnya sudah terputus, tidak juga terputus lagi walaupun saat nya ditunggu tunggu dengan penuh debaran. Sebagai langkah berjaga jaga bekas simpanan air sentiasa di top-up bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Isteri dan anak-anak saya pula berterusan menggunakan mesin pembasuh pakaian tanpa henti seolah olah bekalan air tidak akan terputus pada bila bila masa. Tensioned saya..
Pagi ini saya terima satu kenyataan Dr Dzulkefly, Ahli Panel Air Selangor merangkap Pengarah Strategi AMANAH melalui Whatsapp yang menerangkan apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor untuk mengatasi krisis air yang dijangkakan dari Isnin sehingga hari menjelang Krismas.
Terima kasih saya dan keluarga ucapkan kepada mereka yang telah menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab... boleh lah kami mandi dan menjalankan aktiviti melibatkan air seperti biasa
Bekalan air diterima seperti biasa di kawasan Medan Idaman, Gombak |
Media BN Burukkan Kerajaan Selangor..
1. Benarkah lebih 3.8 juta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur menghadapi masalah air sehingga 24 Disember?
2. Seperti yang diduga peluang memburukkan kerajaan Selangor terpapar dihampir kesemua media arus-perdana. Kerajaan Selangor dibidas kerana kononnya lambat menyelesaikan masalah air di Selangor.
3. Berita di dada akhbar arus perdana jelas digunakan olih Umno-BN memburuk imej Menteri Besar dan Exconya yang kononnya tiada perancangan. Sebagai contoh di Utusan, antara lainnya.."apabila timbul isu bekalan elektrik sekarang, Syabas baru rancang kaji naik taraf janakuasa kedua-dua loji-loji rawatan airnya". Ini adalah nyata pembohongan..
4. Tidak timbul kerajaan Selangor lambat ambil tindakan. Loji SSP 1, 2 dan 3, dilengkapi dengan standby genset berkapasiti 5 MW dengan bekalan voltan 3.3kV dan bolih menghasilkan sekitar 60% kapasiti. Dengan itu, semasa kerja penyenggaraan yang wajib dibuat untuk selama 16 jam itu, loji akan mengaktifkan genset. Namun masih wujud 'kekurangan' atau 'shortfall' sekitar 820 MLD sahaja.
5. Atas tindakan segera pihak Kerajaan Negeri Selangor dan MBnya untuk mengaktifkan fasiliti 'standby' tersebut, kemelut atau krisis digembar-gemburkan media penguasa politik telah dapat dielakkan. Maklumat yang bolih dipercayai mengesahkan 90% dari 'shortfall' tersebut telah dapat di atasi dan hanya tinggal 10% yang diharapkan dapat dipulih seluruhnya esok hari.
6. Tidak timbul MB lambat dalam mengambil tindakan untuk 'upgrade' kekuatan genset kerana ia adalah mengikut SOP dan peningkatan kekuatan genset tidak berada dalam keperluan mendesak.
7. Sepatutnya SPAN membantu menyelesaikan masalah dan lebih malang lagi, membuat kenyataan mengeliru dan menimbulkan kebimbangan pengguna. Jelasnya ada tidak kena kalau agensi Persekutuan 'mempolitikkan' isu yg menyinggung kemaslahatan rakyat dan pengguna.
Dr Dzulkefly Ahmad
Ahli Panel Air Selangor, merangkap
Pengarah Strategi
Parti Amanah Negara
20 Disember 2016ll
FB Entry
No comments:
Post a Comment