Acara : Sidang media oleh Peguambela dan Penasihat Undang Undang PPBM
Lokasi : Lobi Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Tarikh : 22/2/2018 @ 1.00 pm
Ringkasan
PPBM memfail Saman Pemula keatas ROS
Sejak Nov 2017, ROS telah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mengelirukan orang ramai
ROS tidak memberi sebarang respon keatas surat menyurat daripada PPBM
Oleh kerana sikap ROS yang berlanjutan tidak memperdulikan permohonan PPBM, maka sudah tiba masanya bagi perkara ini dibawa dan diadukan ke Mahkamah.
Empat deklarasi yang dipohon
- deklarasi bahawa ROS hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka seperti yang termaktub dibawah Akta Pertubuhan
- sekiranya ada apa apa siasatan yang perlu diambil keatas PPBM maka ianya hendak lah dilakukan mengikut peruntukan dibawah Akta Pertubuhan
- segala kenyataan kenyataan awam ROS yang berbaur niat jahat (Mala Fide) adalah salah dibawah Akta Pertubuhan
- mana mana aduan oleh mana mana pihak keatas PPBM hendaklah disiasat dibawah peruntukan undang undang yang sama i.e Akta Pertubuhan
Perintah Halangan - Sementara menunggu keputusan Mahkamah, ROS tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan awam yang boleh menambahkan kekeliruan orang ramai.
***********************************************************************************************************************************
1
2
No comments:
Post a Comment