KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN PUTRA
Isnin, 17hb Mei 2021
MOHON PERKENAN DYMM YDPA & MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU SEBELUM TERLAMBAT
SEGERAKAN MAGERAN
COVID19 & EKONOMI NEGARA TERGUGAT & ANCAMAN YAHUDI ZIONIS ISRAEL
1. Rakyat begitu cemas dengan ancaman Covid19 yang makin meningkat tiba-tiba. Menjelang Aidil Fitri Zionis Israel menyerang Masjid al-Aqsa dan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa.
2. Isu serangan biadap zionis Israel mengemparkan dunia terutama umat islam sejagat kerana kezaliman yang tidak berperikemanusian dan peristiwa ini sering berlaku. Ia nya berlaku bila ada usaha merampas tanah dan kediaman rakyat Palestin.
3. Di Negara kita semua pihak terutama umat islam bersolidariti mengecam dan mengutuk tindakan ganas Zionis Israel. Manakala kutipan derma mula di lancar untuk membantu rakyat Pelestin.Tahniah Rakyat Malaysia.
4. Dalam kebangkitan menyuara keganasan zionis Israel, jangan pula lupa dan terabai serangan Covid19 yang makin mengancam dan angka kematian makin meningkat.
5. Kita jangan lupa penderitaan rakyat tempatan terutama kaum pribumi di desa-desa serta yang hilang perkerjaan dan perniagaan. Apakah tindakan kerajaan menangani Covid19 semua pihak berpuas hati, keadaan ekonomi rakyat makin pulih ATAU BAGAIMANA status terkini. Semua pihak jangan terlepas pandang isu isu penting mengenai penderitaan rakyat akibat ancaman Covid19 yang wajib di dahulukan dalam apa keadaan sekali pun.
6. Masih ramai yang langgar SOP PKP dan PKBP. Darurat telah di isytiharkan. Parlimen tidak bersidang walaupun DYMM YDPA bertitah Parlimen bolih bersidang untuk bincang ancaman Covid19 dan menyerahkankan kepada pihak kerajaan untuk mengambil tindakan bagi di adakan Sidang Parlimen. Tiada apa perkembangan manakala keberkesanan menangani Covid19 dan pemulihan ekonomi rakyat dan negara amat mengecewakan. Jumlah kematian kumulatif akibat Covid19 setakat ini 1,902 orang dan kematian pada 16hb Mei 2O21 adalah 36 orang. Apa kesudahan nya? Yang dalam ICU bilangan nya amat menakutkan. Kematian nya lebih dari peristiwa 13 Mei 69.
6. Olih kerana Parlimen tidak bersidang, manakala Ahli Parlimen serta Adun Adun tidak berfungsi yang bolih di sifatkan makan gaji buta dan jumlah Menteri yang terlalu banyak dan membazir, maka AMAT WAJAR MOHON AMPUN PERKENAN DYMM YDPA MEMANGGIL MESYUARAT KHAS MAJLIS RAJA-RAJA untuk memutuskan ada kah Perdana Menteri yang ada ini adalah seorang PM yang Sah atau sebaliknya. Jika diputuskan PM yang ada ini adalah PM yang tidak sah maka Tuanku bolih melantik seorang PM baru yang dipercayai mempunyai sokongan Majoriti Dewan. PM baru bolih pohon sembah perkenan kepada DYMM YDPA agar PARLIMEN DI BUBAR dan di serahkan kepada MAGERAN sama saperti Darurat 13 Mei 69. Darurat mesti di menafaat sepenuhnya. Darurat 13 Mei 69 kerana permusuhan kaum yg menyebabkan kematian. Ancaman Covid 19 juga mengakibatkan kematian lebih ramai dari rusuhan 13 Mei 69. Ianya soal nyawa rakyat mesti di dahulukan. Ini lah tujuan Darurat dan bukan sebab2 kepentingan lain.
7. Saya yakin rakyat akan bertambah tenang dan kegawatan politik bolih di redakan buat sementara sehingga keadaan pulih saperti pengalaman yang tercetus akibat trajedi 13 Mei 69. PRU 15 bolih di adakan mungkin selepas MAGERAN menjalankan operasi negara mungkin dalam tempuh 2 tahun. Pasti ianya berjaya bila tidak ada ganguan dan terlalu politicking dan ada pihak menangguk di air yang keruh.
8. Terkini berita mengejutkan yang merupakan ancaman keselamatan negara dari luar. Kerajaan haram Yahudi Zionis Israel telah membuat keyataan terbuka akan menyerang HAMAS di seluruh dunia dan menyebut nama Negara Malaysia salah satu sasaran nya. Ini terlalu serious dan rakyat serta pasukan keselamatan sama ada dari polis atau tentera wajib bersedia menghadapi sebarang kumungkinan. Segera kan proses meletakkan pentabbiran negara dibawah pasukan MAGERAN yang berwibawa, berintegriti dan berpengalaman.
9. Saya menyuarakan pandangan ini sebagai rakyat yang amat-amat prihatin dengan suasana kesihatan, kehidupan rakyat dan ekonomi negara dan juga sebagai Presiden Parti Bumiputra Perkasa atau PUTRA. Menjadi tanggungjawab moral saya untuk bersuara secara telus dan berterus terang tanpa apa-apa kepentingan tetapi demi kelangsungan ajenda negara yang sedang terancam akibat Covid19 dan kecelaruan politik negara sejak PRU14 sehingga sekarang serta tidak ada tanda-tanda kearah keadaan yang positif. Banyak isu isu timbul dan tidak perlu huraian kerana ianya cerita duka, sedih dan amat menyakitkan hati.
MOHON AMPUN PERKENAAN DYMM YDPA & MAJLIS RAJA RAJA MELAYU YANG MERUPAKAN PAYONG RAKYAT DAN NEGARA
PUTRA PERKASA NEGARA
Yang benar,
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Presiden Parti PUTRA
17hb Mei 2021
7pagi.
Nota : Banner awal bertarikh 10/1/2021 mengenai permohonan PUTRA untuk dipertimbangkan oleh YDPA
No comments:
Post a Comment