KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
11hb July 2021
TSMY WAJIB LETAK JAWATAN PM
1. PUTRA adalah Parti yang tidak memihak kepada mana mana blok PN atau PH atau BN. PUTRA adalah Parti kuasa ketiga (third force) berdiri dan tegak atas prinsip DEMOKRASI BERPALIMEN, RAJA BERPELEMBAGAAN, MENJUNJUNG KELUHURAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW) dan bukan PARTI bersifat hipokrit serta bersendiwara . Jika putIh kata putIh dan bukan Parti Menang Sorak Kampong Tergadai.
2. Maka Putra berpendapat NAMPAK JELAS DAN BUKAN TAK JELAS YAB TSMY PM serta kerajaan nya SUDAH HILANG MAJORITI DI PARLIMEN. Ini susulan dari penarikan sokongan Parti UMNO kepada YAB PM TSMY dan keluar dari PN. Ia nya sama kaedah diwaktu YAB TSMY di lantik menjadi PM ke-8 oleh DYMM YDPA melalui kaedah sokongan blok Parti dan bukan di kira dari pendirian secara individu ahli-ahli Parlimen. Tun Dr Mahathir dan 4 kumpulan nya mendakwa tidak bersetuju tetapi di borong sebakul dari Parti Bersatu menyokong YAB TSMY. Maka DYMM YDPA menggangap YAB TSMY mendapat sokongan majoriti. Memang tidak nampak dan semua pihak tidak sedar.
3. Terkini selepas Parti UMNO tarik diri menyokong YAB TSMY sebagai PM , sudah ada di kalangan Ahli Ahli Parlimen dari UMNO mengumunkan pendirian mereka menarik sokongan kepada YAB TSMY selaku PM kerana taat kepada arahan Parti. Mereka ini di kalangan yang bermoral dan setia kepada Parti dan bukan laugan kosong. Sebelum ini pun sudah ada MP UMNO yang berbuat demikian dan ada juga yang surung tarik buah keranji dalam perahu.
4. Sebelum ini dunia tahu sokongan sokongan kepada TSMY sebagai PM berjumlah 113 sahaja dari jumlah 220 (2 meninggal dunia). Maka mengambil kira atas penarikan sokongan Parti UMNO dan perisytiharan sebahagian Ahli-ahli Parlimen UMNO secara terbuka, maka jelaslah YAB TSMY telah hilang sokongan majoriti di Parlimen. Nampak jelas dan tidak perlu pakai cermin mata untuk tengok dengan jelas. Berjalan tengah malam pun, tidak perlu pakai lampu suluh.
5. MAKA TSMY TIADA PILIHAN SELAIN DARI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PM. Perlu tunggu apa lagi. Nama pun sudah masuk dalam sejarah sebagai PM ke-8. Ok lah tu. Jika YAB TSMY berjiwa besar dan bersifat negarawan, maka berundur secara terhurmat bagi membolihkan DYMM YDPA Payong Negara mengambil tindakan selanjutnya untuk menamatkan krisis politik, krisis perlembagaan, krisis nilai rakyat dengan berbagai kegelisahan akibat kegagalan kerajaan menangani isu Covid19 secara berkesan serta ekonomi negara yang terus merundum.
6. YAB TSMY patut mengambil iktibar saperti Tun Abdullah Badawi yang meletakan jawatan secara terhormat apabila di desak sewaktu menjadi PM ke-5 kerana kekalahan teruk BN pada PRU 2008 dan kekecohan budak Tingkat 4 di PMO. Tan Sri jangan lupa.
YAB TSMY juga turut mendesak Tun Abdullah Badawi letak jawatan kerana nampak peluang dapat mengisi jawatan TPM apabila YB Dato Seri Najib Razak mengisi jawatan PM ke 6. Sejarah selalu mengukir dan berulang Ini pun orang nampak
7. Tun Abdullah Badawi tunjuk tauladan yang baik kerana keilmuan agama Islam nya. Selalu jadi iman dan baca doa. Saya masih ingat kerana lama juga dalam UMNO. 12 Tahun menjadi ketua bahagian UMNO Pasir Mas dan macam-macam jawatan termasuk Ahli MKT selama 6 tahun dan Exco Pemuda UMN0 serta menerima hadiah ISA (Operasi Lalang 1987) kerana isu Ketuanan Melayu dan di singkir sebagai Ketua Bahagian UMNO tanpa sebab olih Tun Abdullah Badawi atas nasihat budak Tingkat 4 dan orang-orang sekeliling nya, walaupun saya begitu gigih dalam gerak kerja mempertahankan UMNO waktu Krisis Pemecatan YB Dato Seri Anwar Ibrahim. Tun Abdullah Badawi tidak gugur mereka yang kahwin di Tak Bai atau yang terpalit dengan berbagai isu tapi gugur atau pecat saya tanpa usul periksa di bulan Ramadhan al Mubarak tahun 2003.
Memang betul-betul sial dan 15 hampir tahun saya tidak berparti. Kemudian tubuh NGO PERKASA dan baru lah Tahun 2019 terlibat sama dengan rakan-rakan lain tubuh Parti Putra atas dasar menolak perjuangan Menang Sorak Kg Tergadai dan terlibat dengan politik hipokrit dan munafik.
8. Walaupun saya di zalimi olih Tun Abdullah Badawi Mr Clean kerana memecat saya, namun saya tetap menghormati beliau di atas sifat istiqamah nya meletakkan jawatan PM ke-5 secara terhormat. Inilah kehebatan Tun Abdullah Badawi.
Maka YAB TSMY patut mengambil tauladan yg di tunjukan olih Tun Abdullah Badawi.
Gesaan saya ini agar YAB TSMY meletakkan jawatan secara terhormat bukan bersifat peribadi. YAB TSMY tidak ada apa-apa isu dengan saya. Saya mula berkenalan dgn TSMY sejak tahun 1973 diwaktu sama sama menjadi ahli rombongan pertukaran Belia Malaysia Kanada selama 3 bulan. Sewaktu saya menjadi Ketua Bahagian UMNO Pasir Mas, pernah mencalunkan TSMY sebagai Calon Naib Presiden UMNO kerana waktu itu beliau tidak cukup bilangan pencalonan untuk bertanding Naib Presiden. Saya terpaksa korbankan calon lain yang saya sudah janji untuk calonkan. Panjang cerita the untold story.
9. Secara tegas dan terus terang, gesaan saya ini bukan peribadi tetapi atas prinsip, bukan saya tidak sayang kepada TSMY tetapi saya lebih sayang kepada negara dan nasib rakyat (meminjam kata kata Brutus kepada Caeser).
Hormatilah Demokrasi dan Keluluhuran Undang-undang. Berhentilah.
Terima kasih
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali.
Presiden Putra.
1I hb July 2021
2pm.
No comments:
Post a Comment