BERANI KERANA BENAR YB SYED SADDIQ!!
Saya doakan YB Syed Saddiq akan dipelihara oleh Allah SWT dan menghindarkan beliau dari segala bentuk fitnah oleh kalangan tertentu yang gagal untuk memaksanya menyokong mereka.
YB Syed Saddiq adalah seorang tokoh muda yang berpotensi dan disebabkan oleh prinsipnya yang tidak mahu memihak kepada segala bentuk salah-laku maka satu gerak-kerja untuk membunuh kareer politiknya sedang dijalankan oleh kerajaan ‘tebuk atap’ PN.
Adalah diharapkan YB Syed Saddiq akan kental menghadapi fitnah ini dan sama sekali tidak akan tunduk pada sebarang tekanan yang sedang dilalui olehnya masakini.
Pada tahun 2016 di zaman kerajaan kleptokrasi saya juga telah dianiayai serta difitnah oleh mereka namun tetap kental dengan prinsip tidak menggadai maruah diri bagi menyebelahi para pengkhianat negara.
Sebagai orang pertama di negara kita yang didakwa bawah Akta SOSMA di mana saya ditahan dalam lokap serta penjara Sg Buloh selama dua bulan setengah; akhirnya kerana berada di pihak yang benar Allah SWT tetap memelihara kesejahteraan seterusnya dibebaskan dari penjara sg buloh oleh mahkamah.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Adil. Saya amat yakin Allah swt akan membela serta memelihara YB Syed Saddiq dari bahana fitnah ini.
Sesungguhnya, saya ingin nasihati YB Syed Saddiq agar tidak berganjak dan jangan sama sekali tunduk pada kerajaan ‘tebuk atap’ PN walau apa sekalipun mereka bakal menganiayai beliau.
‘Berani kerana benar!!’ YB Syed Saddiq harus berpegang erat kepada pepatah ini!! Beliau akan dipandang mulia oleh keseluruhan rakyat di tanahair kita.
Saya amat mengenali YB Syed Saddiq dari zaman kami tubuh Deklarasi Rakyat sehinggalah tertubuhnya parti PPBM sebelum PRU14.
Bagi saya YB Syed Saddiq adalah seorang tokoh muda yang berprinsip, berintegriti, anti rasuah serta jatidiri yang amat rendah diri.
Keseluruhan rakyat ingin melihat YB Syed Saddiq melangkah masuk ke kamar mahkamah atas dasar kebenaran serta Insya-Allah bakal terlepas dari dugaan fitnah ini dalam masa terdekat. Ameen!!
HIDUP YB SYED SADDIQ!!
Yang Ikhlas,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan
21 Julai 2021
No comments:
Post a Comment